"Eh, tadi mama rasa Am pakai baju cantik. Kenapa balik dah tukar t-shirt pulak ni?" soal Puan Mazleen pelik melihat anaknya yang baru sahaja pulang.
"Oh, tak ada apa lah ma. Ma, kenapa tak tidur lagi? Papa mana?" malas Ameer mahu bercerita tentang kejadian lemas yang menimpa Hana. Dia cuma berdoa agar mamanya tidak perasan kesan tumbukan yang diterima dari Syamir tadi.
"Haa, rindu kat papa ke?" suara Encik Zaki yang menuju ke ruang tamu itu menarik perhatian Ameer.
"Mestilah rindu. Pa, ma. Ameer nak cakap sikit ni." Cuba beriak biasa walhal hatinya bagai nak pecah memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku tentang reaksi mama dan papanya nanti.
"Haaa, Ameer nak cakap apa? Lain macam je. Gaya macam nak mintak kahwin je kan ma." Gurau Encik Zaki mendengar kata-kata Ameer. Puan Mazleen tergelak lucu dengan jenaka suaminya.
"Yes pa, ma. Ameer nak kahwin."
Senyap.
Sunyi.
Puan Mazleen memandang Encik Zaki. Encik Zaki pula mula beriak serius. Mug di tangan diletak di atas meja.
Melihat reaksi mama dan papanya Ameer kalut. Dia perlu menunjukkan kesungguhannya kali ini.
"Ma, pa. Ameer serius. Ameer nak kahwin. Kalau boleh Ameer nak mama dengan papa masuk meminang untuk Ameer hujung minggu ni."
"Kamu sungguh-sungguh nakkan dia? Papa tak nak sebab mama selalu suruh kamu bawa menantu untuk mama, Ameer pakai tangkap muat je. "
"Pa, Ameer serius. Ameer pernah cakapkan dengan mama and papa, kalau Ameer dah jumpa Ameer ajak kahwin terus. Ameer tak akan buang masa." Sekali lagi Ameer meyakinkan mama dan papanya. Memang sebelum ini Puan Mazleen sering menggesanya berkahwin, tetapi dia memang belum mahu ada komitmen dengan mana-mana perempuan sehinggalah dia berjumpa Hana. Siapa sangka perjumpaan yang baru berapa kali telah mendorongnya untuk melamar gadis itu.
"Okay, papa tak kisah. Yang penting niat kamu tu betul. InsyaAllah hujung minggu ni kami pinangkan dia untuk Ameer. Tak gitu Puan Mazleen?" putus Encik Zaki. Yakin dengan keputusan anaknya.
"Iyalah Encik Zaki sayang. Anak awak ni pun bukan muda sangat. Anak Maklong umur 28 jugak, anak dah nak masuk dua dah. Takut kalau tak pinangkan nanti terus berubah fikiran pulak anak awak nanti." Balas Puan Mazleen. Risau juga hatinya, takut Ameer berubah fikiran. Kerana sebelum ini, Ameer tidak pernah membalas apa-apa jika di asak dengan soal perkahwinan.
"Tak ma. Ameer yakin, Hana wanita yang Ameer cari selama ni."
"Okay, kalau macam ni, kita jangan tunggu lama-lama kan pa. Hujung bulan ni majlis teruslah. Sempatkan?" cadangan Puan Mazleen membuatkan Encik Zaki terkejut sambil membuntangkan matanya.
"Tahulah excited nak dapat menantu, sabarlah kot ye Puan Mazleen. Kita ada adat. Kena ikut adat." Balas Encik Zaki sambil menggeleng, mug yang tadinya di letak di atas meja dicapai.
"Pa, ma. Ameer kalau boleh nak nikah hujung minggu ni." Ayat Ameer membuatkan Encik Zaki terus tersedak.
"Ingatkan mama dia gelojoh. Kamu lagi gelojoh rupanya." Ayat Encik Zaki disambut dengan tawa Ameer dan Puan Mazleen.
"Ameer harap papa boleh bincang dengan keluarga Hana. Kalau boleh Ameer tak nak lambat-lambat. Kos perkahwinan apa semua nanti Ameer tanggung. Just tell me."
"Sayang, awak tengok anak awak. Tak sabar sangat nampaknya tu." Sakat Encik Zaki lagi.
Hujung minggu paling mendebarkan buat Hana. Tidak menyangka semua berlaku terlalu pantas. Keluarganya semua bersetuju dengan pilihannya lebih-lebih lagi Hafiz Zulhaimy.
"Hana, family Ameer dah sampai mana?" tanya Encik Zamri.
"Hana pun tak tahulah ayah. Sekejap, Hana mintak Abang Amy call kan Ameer."
"Aik, kenapa Amy yang kena call. Ameer nak pinang Amy ke Hana ni?" Encik Zamri pelik dengan Hana.
Hana seakan baru tersedar. Selama ini dia tidak pernah menyimpan nombor telefon Ameer. Memang selama seminggu ini Hafiz Zulhaimy yang memberi khabar dan pesan Ameer kepadanya. Tiba-tiba terjentik rasa ragu-ragu dihatinya.
'Betul ke apa aku buat ni?'
"If I told you, this was only gonna hurt. If I warn you that the fire's gonna burn.."
Telefon yang berdering minta diangkat Hana pandang tanpa riak. Nombor tidak dikenali. Malas mahu melayan pada waktu begini.
"If I told you, this was only gonna hurt. If I warn you that the fire's gonna burn.."
Deringan dari nombor yang sama memaksa Hana untuk mengangkat telefon.
"Hello. Nak apa" kasar Hana menjawab.
"I nak you." Lembut suara yang membalas dari sana membuatkan lidah Hana terus kelu.
"Ehemm. Siapa ni?" kotak suara dibetulkan supaya kembali ke tone asal.
"Your future hubby. I just nak bagitahu, kami singgah solat dekat masjid taman ni dulu. Lepas tu terus ke rumah you. Nanti you bagitahu family you eh. I call Amy tapi tak angkat. That's why I call you. Sorry kacau you." Talian terus diletak.
Hana tergamam.
'Ameer merajuk ke? Sebab aku tak kenal suara dia? Atau sebab aku tak save nombor telefon dia?'
Tidak menyangka Ameer memiliki nombornya tetapi tidak pernah menghubunginya. Adakah dia yang salah kerana tidak menunjukkan sebarang effort dalam hubungan mereka?
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
Storie d'amoreCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.