Suara yang menyampuk itu makin membuatkan Hana terkedu. Tidak perlu menoleh, telinganya sudah boleh memproses siapa pemilik suara itu.
Bajunya yang basah di tutup dengan blazer hitam milik si empunya suara.
Terkejut remaja wanita itu mendengar fakta yang dikeluarkan lelaki asing tadi. Sekaligus memaksanya untuk mengangkat kaki. Namun begitu, kata-kata pemilik suara tadi membuatkan remaja itu tidak jadi melangkah.
"Saya nak awak mintak maaf dengan girlfriend saya. Sekarang." Tegas.
"Eh, kau siapa nak main arah-arah orang pulak? Tak payah nak cover sangat perangai busuk girlfriend kau tu. Jangan-jangan ramai jantan dia simpan belakang kau." Lantang remaja itu bersuara. Masih tidak mahu mengalah.
"Sila minta maaf sekarang sementara saya masih boleh berdiplomasi dengan awak." Makin tegas suara si jejaka di sebelahnya. Hana di sebelah hanya menundukkan wajah menahan malu. Kehadiran si jejaka sedikit sebanyak membantu Hana daripada terus dimalukan.
"Eleh, mengada-ngada, baru kena macam tu dah"
"Okay. Awak tunggu surat saman malu dari kami. Awak dari Kolej Mesra Shah Alam kan?" kata-kata si dia yang pantas memintas kata-kata remaja itu membuat Hana mengangkat kepala dan diam memerhatinya yang sangat kemas dengan kemeja dan tie. Nampak sangat berkredibiliti, malu jika dibandingkan dengan dirinya yang sudah melekit dan kotor dek penangan air Starbucks. Lebih mengejutkan Hana adalah kata-kata yang keluar dari mulutnya.
'Saman malu?'
Terasa bahunya di paut erat, membawanya keluar dari kafe tersebut.
"Fine! Aku mintak maaf" jerit remaja tadi.
"Sorry. It is too late now. Tunggu je surat saya. Nurina" Senyuman sinis diberikan sebelum meneruskan perjalanan. Hana digamit erat dalam pegangannya.
"You..""Hmm."
"You nak bawa I pergi mana ni? I malulah." Kata Hana sedikit merengek.
"Where is your car?"
"I came with Sara. But, she's at the Jakel."
"Good. Text her. Tell her you're coming home with me." Senada saja suaranya.
"tapii..."
"Where is your phone?"
Walaupun keliru Hana tetap menghulur handphonenya.
"What did you save her name?"
"Mak Nenek"
Menggeleng kepala jejaka tersebut mendengar contact name Sara. Namun, si jejaka melangkah menjauh apabila talian di sebelah sana diangkat. Dan kembali ke arahnya dengan senyuman.
"Jom."
Langkah Hana hanya mengikut sehingga kereta Nissan GT-R itu bergerak meninggalkan shopping mall itu. Kereta di berhentikan di satu taman. Hana sendiri tidak sedar kereta sudah berhenti di situ.
"Nak buat apa kat sini? You kata nak hantar I balik?" soalan pelik keluar dari mulut Hana.
"You nak balik macam ni ke? I takut parents and Amy risau tengok you." Kata si dia lantas keluar dari kereta untuk mengambil sesuatu di bonet Nissan GT-R miliknya.
Masuk kembali kedalam kereta. Hana dihulur dengan bungkusan kecil. Hana hanya mempamer muka pelik.
"Belakang ini ladies. You pergi lah basuh muka. Mesti tak selesa kan? Kebetulan I beli t-shirt baru semalam. Luckily, I lupa nak keluarkan semalam. So, you tukarlah baju tu. Seluar you tak kena air kan? sebab I takde seluar nak bagi you." Katanya sambil tersengih. Jelas kelihatan kedua lesung pipitnya.
"Oh, seluar I okay. Oh. Sekejap. I tukar."
"I tunggu you kat sini."
Selesai mencuci muka dan menukar pakaian. Hana menghampiri Nissan GT-R yang dinaikinya tadi. Kelihatan pemiliknya sedang duduk di boot keretannya. Hana turut duduk di boot Nissan GT-R, bukan duduk betul pun. Sekadar menyandarkan punggungnya.
"Am. Thanks." Sungguh, kalau Ameer tidak muncul, tidak tahu bagaimana mahu menangani remaja itu. Otaknya terus blank apabila nama abangnya disebut. Dia cuba connecting the dots. Tetapi gagal. Tak Nampak kaitan. Ameer yang membisu disebelahnya membuat dia menoleh.
Terkedu. Fikirnya Ameer tidak fokus dengan apa yang diperkatakan olehnya. Namun, Ameer sedang terlalu fokus terhadapnya sehingga membuatkan pipinya mula bertukar warna.
"Thanks sangat." Ulang Hana.
"I've told you, I will do anything. For you." Entah kenapa ayat Ameer kedengaran sangat romantis pada pendengarannya.
"Mana you tahu budak tu budak Kolej Mesra?" malas mahu terhanyut dengan perasaannya. Hana segera mengubah topik yang sedari tadi berlegar di kepalanya.
"I duduk situ dah lama. Budak itu duduk belakang meja I, rancak dia berbual dengan kawan-kawan dia. I ingat lepas kawan-kawan dia balik, dia pun balik. Rupa-rupanya dia serang you. Nasib baik I dengar nama Amy disebut."
Sebenarnya, Ameer sudah mahu balik ke pejabatnya kerana terganggu dengan bunyi bising seperti orang bergaduh. Di sebabkan Ameer membelakangi mereka, jadi Ameer tidak mahu ambil pusing tentang pertengkaran mulut itu. Namun ketika nama Hafiz Zulhaimy disebut, dia segera berpaling. Bagaikan luruh jantungnya melihat wanita yang di serang itu. Sedikit kesal dengan diri sendiri kerana tidak mengambil perhatian dari awal. Jika tidak pasti wanita yang telah mencuri hatinya itu tidak perlu dipermalukan sebegitu rupa.
"Sorry, I lambat tolong you." Kesal Ameer berkata.
Hana hanya merenung Ameer. Muka Ameer yang merenung ke hadapan melekakannya. Sungguh, dia rasa tenang melihat muka tenang Ameer. Hilang semua persoalan yang tadinya timbul berkenaan serangan remaja tadi.
P/S:: **Ameer lepas buka blazer and Hana yang pakai baju Ameer**
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
RomanceCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.