"Kill 'em, and you will be the winner. "
" we will start in, three,"
"Aku akan kalahkan korang! " Suara garau teriakan Namjoon yang mendahului kami untuk membuka bicara , mengejutkan kami seisi bilik tersebut. Penyataan Namjoon yang menyapa telingaku itu hanya kurespon dengan sengihan.
"Hyung, jangan nak beranganlah, Kook yang akan jadi pemenang kali ini" Jungkook menghadiahkan senyuman sinis kepada Namjoon yang sudah mula menjelingnya tajam tanda jengkel.
" two, "
"Tak, bukan kali ni. Aku dah berlatih time ni banyak kali, tak mungkin aku boleh kalah!" Kata-kata Taehyung yang kedengaran semangatnya yang memara itu membuatkan aku tertawa sejenak. Semangatnya itu berkobar-kobar , tetapi hanya untuk meraih kemenangan.
"Eleh, Taehyung. Kau dah banyak kali kalah time ni. Jangan mimpilah" Hoseok hyung pula menjelirkan lidahnya pada Taehyung. Taehyung yang turut tidak mahu mengalah juga memjelirkan lidahnya pada Hoseok semula.
"Jangan bergaduh, kita berlawan dalam permainan ini sebagai kawan. Jadi jangan lah nak anggap serius sangat" Suara Jin hyung pula kini menyampuk , sempat menyampaikan ceramah pendeknya pada rakan-rakan yang lebih muda daripadanya itu. Jin hyung , dia tidak berapa kisah dengan kebendaan game atau menang dan kalah ini.
Ceramah pendek Jin yang berjaya menghentikan perbalahan tekak mereka ,kini mereka hanya mampu berdehem sahaja.
" one! "
"Yang mati dulu, kena belanja makan pizza malam ni!" Kata-kataku itu disambut dengan sorakan gembira rakan-rakanku yang lain. Kami mula bermain bersungguh-sungguh demi sebuah kemenangan yang hanya boleh diraih oleh seorang pemain sahaja.
Permainan yang tertera di kaca televisyen itu bermula. Semua avatar pemain yang masing-masing dikawal oleh kami mula berlari , dengan visi mendapatkan key untuk mencapai kemenangan. Dalam permainan ini , kita sendiri dapat melihat perangai setiap pemain itu , yang terdirinya . .
Ada yang hanya mahukan kemenangan sahaja.
"Tidak... hyung! Selamatkan aku! Hantu tu datang!" Jungkook dengan suara simpati , hanya mampu menutup muka dan pandangannya kerana tidak sanggup untuk melihat avatar yang dikawalnya , sudah dimamah oleh hantu yang kejam. Alat kawalannya pula sudah selamat tercampak ke belakang.
" Ha, padan muka. Itulah kau , tadi berlagak sangat Tak sudi aku nak tolong." Namjoon tidak terdetik pun mahu menghulurkan pertolongan pada Si Jungkook itu. Malah , Namjoon hanya menunjukkan muka angkuhnya. Jungkook hanya mampu meratap avatarnya yang sudah mati penuh kesedihan dan kesayuan.
Ada jugak yang hanya membisu dan tumpukan sahaja pada kemenangan.
"Omo! Yoongi hyung dah dapat satu key lah! Cepatnya dia!" Yoongi tersenyum sinis.
Ada juga yang kerugian , langsung tidak dapat menemukan apa-apa.
"Argh! Mana key tu..!" Jin cuba untuk menekan punat pada alat kawalannya yang hanya membuatkan avatarnya berpusing-pusing pada posisi yang sama.
Ada juga pemain yang suka bermain tipu helah.
"Tak adil hyung! Dia jadikan aku sebagai umpan dia!" Taehyung merengus dalam rungutannya yang tidak berkesudahan. Bahu Hoseok menjadi mangsa Taehyung , ditolak-tolak kasar mengeluarkan amarah terpendamnya. Hoseok pula hanya tergelak jahat.
"Dalam peraturan tak ada pun tulis pun ' tidak dibenarkan menjadikan pemain lain sebagai umpan. Ada ? Tak ada kan ? " Hoseok berkata sinis kepada Taehyung.
YOU ARE READING
gamers.
Mystery / Thriller"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...