ㅡ Jumaat, 25/11.
Ruang tamu, Jam 10:17 Pagi" Hyung , ghost girl itu kan salah satu karakter yang ada dalam Resident Evil..ke-7 , kalau tidak silap akulah." Ujar Hoseok meminta kepastian.
"Yalah , tapi selalunya Jimin hyung memang pandai kalahkan dia." Jungkook pula mencelah.
" Jadi aku rasa itu bukan perkara yang susah untuk diuruskan.."
---
"Ghost Girl?!"
"Nasib kau tak baiklah, newbie."
Aku hanya menunduk setelah aku dapat mengetahui yang aku mendapat Ghost Girl. Suatu permulaan yang tidak baik. Aku tidak dapat membayangkan apa yang aku akan tempuhi selepas ini dan aku sudah beranggapan yang nyawa aku memang — betul-betul di hujung tanduk.
Aku mengangkat muka aku apabila aku dapat merasai sentuhan tangan pada bahuku. Jungkook kini berada di hadapan aku. " Hyung, aku tahu kau boleh lakukan. Kan ? " Katanya meyakinkan aku dan cuba untuk menaikkan semangatku.
Aku hanya mengangguk dengan perlahan. Perasaan aku berkecamuk. Keyakinanku jatuh merundum serta merta.
Tidak , aku memang merasakan yang aku tidak dapat melalukannya. Ghost Girl .. memang tidak masuk akal dan gila.
Bunyi siren yang amat kuat mengetuk gegendang telinga kami. Mahu sahaja luruh jantungku ketika itu. Pada masa yang sama , siren itu bermakna Permainan Maut telahpun bermula.
"Jimin, mari aku tolong tunjukkan kau di mana rumah untuk Ghost Girl. Nae ? " Jin menawarkan diri dengan murah hatinya untuk menolong aku yang masih tidak mahir dalam selok-belok bandar itu. Aku mengulum senyuman. " Terima Kasih , hyung."
Kami menapak memasuki bandar itu danaku menuruti setiap langkah Jin sehinggalah kami tiba di hujung bandar tersebut. Semakin jauh perjalanan , penglihatan aku semakin samar-samar.
"Jimin , kita sudah sampai." Kata-kata Jin itu menghapuskan lamunan aku.
Tangan aku sudah mula menggigil. " Ah , ya ?" Aku menutur kata dengan nada terketar-ketar. Walaupun aku seorang lelaki sekalipun , aku tetap mempunyai rasa takut dalam diriku. Siapalah yang terlalu berani menghadap semua syaitan itu ?
" Jimin , selamat berjaya. " Jin menepuk bahuku perlahan dan memberikan aku senyuman yang sayu. Aku hanya mampu mengangguk. Jin mengatur langkah untuk keluar darj hujung bandar. Semakin lama .. figura Jin sudah hiang daripada pandanganku.
Aku meneguk air liurku. Aku pasti aku boleh lakukan.
Pada kala itu , sesuatu terlintas pada fikiranku.. Ghost Girl..?
Ghost Girl...
Sebentar , Ghost Girl kan salah satu karakter dalam permainan Resident Evil 7 yang aku selalu main ? Bagaimana pula aku boleh melupainya sedangkan aku selalu main permainan itu ? Mesti rasa takut aku itu menelan semua ingatan aku juga.
Aku mengulum senyuman. Keyakinaku sudah kembali semula. Aku memang selalu memenangi permainan ini kalau aku melawan dengan karakter Ghost Girl. Karakter itu hanya mempunyai satu kelemahan sahaja iaitu sinaran cahaya. Perbuatan yang kita perlu elakkan daripada melakukannya ialah tidak menghasilkan bunyi.
YOU ARE READING
gamers.
Mystery / Thriller"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...