ıı. Game ㅡ save me

4.1K 847 297
                                    

18 January

Real.

"Korang nampak hoseok tak? Dia kata tadi dia nak tidur.. tapi dekat bilik takde pun nampak dia tidur." Kata Yoongi. Dia tampak cemas apabila menyedari yang kawannya sorang tu takde dekat bilik dimana mereka semua akan tidur.

"Ntahlah.. dekat bilik air kut." Kata Namjoon pulak. Dia sedang bermain chess lawan dengan Taehyung. Memang tak ingat dunia lah kalau dorang main chess tu.

Yoongi melabuhkan punggung nya disebelah Jungkook yang sedang bermain dengan phonenya. Diperhatikan si maknae dia sorang tu nampak cam biasa je.

"Weh kook, nampak hoseok?" Jungkook terhenti daripada bermain dengan phonenya lalu memandang Yoongi dengan senyuman yang melebar.

"Takde nampak pulak. Wae hyung?" yoongi melepaskan keluhan yang berat. Mana pulak kawan dia sorang ni?

"Dia takde kat bilik tidur.." jawab Yoongi lemah. Risau pun ada.

"Hm, maybe dia kuar jap hirup udara segar. Hyung tak payah lah risau sangat" kata Jungkook lalu menepuk bahu yoongi perlahan. Dia sempat tersenyum senget tapi yoongi tak perasan senyumannya tu.

"Aku pergi tandas dulu lah hm" yoongi mengundur diri. Dia melangkah satu persatu anak tangga menuju ke bilik air.

Jauh dalam sudut hatinya, dia masih lagi risau akan kehilangan Hoseok, kawannya. Walaupun kekadang Hoseok tu cam pelik tapi, kawan still kawan.

Yoongi mula perasan yang kawannya yang lain tu tak kesah langsung tentang kehilangan Hoseok. Dia pelik jugak, tapi rasa peliknya segera diketepikan.

Belum sempat dia pulas tombol pintu bilik air tu, dia seperti terdengar suara seseorang.

"T-tolong!"

Yoongi tersentak. Suara tu,

Suara hoseok.

---

"Apa kita nak buat ni? dorang yang lain mungkin akan sampai bebila masa je." Kata Yunju dengan gelisah. Aku hanya terdiam.

Aku pun sebenarnya tak tahu nak buat apa. Walaupun aku pernah masuk kedalam alam ni, tapi sampai sekarang aku takde idea langsung cemana nak buat sekarang ni.

Tapi hanya ada satu cara sahaja yang boleh aku lakukan.

Aku kena berhadapan dengan mereka yang lain. Tapi, aku telah cedera.. mungkin ia akan jadi susah kalau aku nak lawan dengan yang lain tu dengan keadaan aku sekarang.

Tapi kalau asyik nak lari je daripada masalah, masalah tu takkan selesai.

Aku mula bangun. Yunju yang berada disebelah aku memandang aku dengan wajah yanh penuh dengan tanda tanya.

"Kita kena gerak sekarang" kata aku pada Yunju. Yunju membulatkan matanya padaku. "Kau gila ke? Nak berhadapan dengan mahluk ngeri tu?" Soal Yunju dengan wajah yang gelisah.

Aku hanya mengangguk perlahan.

"Kau nak berlawan dengan keadaan kau skang ni?" Aku mengangguk lagi dan kedengaran Yunju menghela keluhan yang panjang.

 gamers.Where stories live. Discover now