16 January
Reality
"Hyung," jungkook berlalu keluar daripada keretanya. Ya, mereka pergi ke tempat dimana pintu masuk kealam game tu disambungkan. seperti terpukau, dorang yang lain hanya mengekori telunjuk Jungkook sahaja.
Kecuali Hoseok.
Sepanjang perjalanan ke tempat tu, Hoseok tak senang duduk. Dia memang agak ada sesuatu yang tak kena, tapi yelah.. takde sapa yang percayakan dia kalau dia bersuara sekali pun. Nak cakap pada yoongi? Ha, ayat sentap dia bagi dekat manusia tak bersalah tu. Skeri tau dok?
"Kita dah sampai" sambungnya lalu tersenyum pada hyungnya yang lain. Hyung yang lain melangkah turun daripada kereta, mereka memandang kesekitar mereka.
Ianya sebuah banglo putih.
"Kenapa kita ada dekat rumah parents kook?" Soal Namjoon sambil matanya tak lepas daripada memandang sekitar rumah Parents Jungkook. Jungkook tersengih dengan kata-kata Hyungnya itu, dia fikir ianya lucu baginya.
"Yelah, kat sini lah pintu tu berada. Sekarang, hyung nak masuk ke tak? Kalau taknak takpe.." jungkook berkata perlahan dan dengan pantas hyung yang lain mengangguk tanda nak.
Hoseok memandang mereka semua pelik. Tak tahu kenapa, dia rasa pelik dengan kekawannya tu. Kenapa dorang nampak terdesak sangat nak masuk alam tu?
Jungkook mengatur langkah masuk kedalam rumah. Tanpa beri salam or apa, dia main redah sahaja masuk. Macam rumah tu takde orang. Yang lain pulak hanya mengekori jungkook.
"Mana parents kau kook?" Soal Hoseok pelik kerana melihat seluruh kawasan ruang tamu rumah tu kosong dan bersih sahaja macam takde sesiapa pun pernah jejak dekat situ.
Jungkook mengukirkan senyuman. "Dorang kuar jap. Hyung janganlah risau pasal dorang. Aku dah bagitahu parents aku yang aku datang. Nae?" Lembut sahaja Jungkook membalas pertanyaan Hoseok tu. Kalau tengok muka si biskut ni, memang inesen orangnya.
Ia membuatkan Hoseok berbelah bahagi. Betul ke dia ni jahat? Or.. tekaan aku salah? Kata hati kecilnya. Tapi dengan segera dia mengetepikan soalan tu dalam mindanya dan fokuskan tentang apa yang terjadi skang.
"Hyung-ah, kita kena tunggu sampai besok tuk masuk dalam game tu. Hm, hyung semua bermalam lah dalam rumah ni ya?" Kata Jungkook dan yang lain hanya mengangguk paham.
Hoseok bertambah pelik dan pelik. Kenapa yang lain hanya mengikut telunjuk Jungkook je? Takde pape ke yang dorang curious?
Tetapi, seperti biasa dia hanya mengendahkan sahaja pertanyaan daripada dirinya sendiri tu. Dia malas nak berpikir lagi kerana dia tahu yang tekaan nya memang salah.
"Okaylah, skang pun dah malam. Elok kita bermalam je dekat umah kook ni." Kata Namjoon selaku ketua. Yang lain hanya mengangguk tanpa mengatakan pape. Dan hoseok pulak, nak taknak kena akur jelah.
Setelah beberapa minit, mereka mula menyelesakan diri dalam rumah parents kook tu. Yang lain kelihatan tenang dan hanya tersenyum, macam takde pape yang dirisaukan menakala, Hoseok pulak tak senang duduk bila tengok kekawannya bertambah lain dan lain.
"Yoongi hyung?" Hoseok memanggil hyungnya tu. Yoongi melirikkan matanya kearah Hoseok lalu jelingan tajam dihadiahkan free padanya. Dengan kekeliruan, Hoseok terdiam lalu menunduk merenung kebawah meja.
YOU ARE READING
gamers.
Mistério / Suspense"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...