yunju's special part

5.8K 905 129
                                    

Yunju ' s

Daripada jauh, aku hanya memandang mereka semua berpelukkan. Tanpa aku sedari, aku tersenyum sambil memandang mereka semua.

Mereka bahagia, aku pun turut bahagia.

Gembira aku rasa bila dapat lihat dorang semua bersama balik. Memang sangat gembira. Jungkook dan Jimin. Dorang memang patut bersama.

Ni kali pertama aku nampak Jungkook tersenyum lebar macam tu. Ya, tak dinafikan apa yang aku telah lakukan padanya tu memang tak sia-sia. Demi kebahagiaan jimin dan Jungkook aku sanggup lakukan apa je.

semua orang perlukan dia, sebab tu dia perlu hidup.

---

" jimin, terima kasih untuk segalanya." Aku berkata sebelum Jimin masuk kedalam pusaran tuk keluar daripada alam jahanam ni.

Lalu, aku memandang Jungkook yang sedang bernafas dengan berat tu. Aku tahu dia tengah menahan kesakitan yang dia alami sekarang.

Aku memang boleh pulihkan dia. Tapi, kuasa aku ni ada batasnya. Untuk selamatkan nyawa manusia yang dah nazak, kuasa aku akan digunakan lebih banyak. Mungkin separuh daripada kuasa aku akan diambil.

Kalau benda tu berlaku, roh aku tak boleh lagi dinampak oleh manusia lain dan aku hanya boleh memerhatikan mereka sahaja.

" jungkook-ah," aku mengusap rambutnya. Dia memandang aku lalu tersenyum. Air mata aku mula bergenang apabila melihat dia berbuat sedemikian.

" semua orang perlukan kau." Aku memegang tangan Jungkook dengan erat. Aku nampak air matanya perlahan-lahan mengalir. Aku hanya ukirkan senyuman aku.

" jimin perlukan kau." Air mata aku mengalir lagi.

" sebab tu kau perlu hidup " aku memegang pada abdomennya dimana luka itu ada. Aku menekan tangan aku pada luka tu membuatkan Jungkook mengerang kesakitan.

Secara tetiba, ada sebuah cahaya datang daripada tangan aku. Ia makin terang dan terang membuatkan tenaga aku makin lemah dan lemah. Tapi, aku gagahkan diri aku supaya dapat menyelamatkan Jungkook.

Akhirnya, aku selesai. Kulit Jungkook kembali bersambung. Jungkook mula tersedar dengan perbuatan aku.

" noona! "

aku rebah. Tubuhku menghentak lantai.

Jungkook meluru kearah aku lalu dia memangku kepala aku. Mata aku mula berat dan berat. Aku dapat dengar Jungkook memanggil nama aku berulang kali.

Aku angkat tangan aku lalu memegang wajahnya. Air mata aku deras mengalir daripada mata aku. " dorang perlukan kau jungkook. Pergi, kau perlu hidup." Kata aku lagi.

Jungkook menggelengkan kepalanya berulang kali.

" aniya- a-aniya. N-noona maca--macam mana? " soal nya. Aku senyum.

" aku akan sentiasa ada disisi kau dan Jimin. Jangan risau kook-ah. " kata aku. Aku dapat rasa tangan aku yang sedang memegang wajah Jungkook tu makin kabur dan skang aku tak dapat rasa lagi kulit mulus jungkook tu pada tangan aku.

Saat tu, aku tahu yang aku takkan dapat muncul dihadapannya.

Tubuh aku semua perlahan-lahan kabur dan kabur.

Akhirnya, aku hilang bagai debu dan meninggalkan Jungkook sendirian.

---

Aku memegang topi aku lalu menariknya kebawah lagi agar ianya menutup wajah aku.

Tapi aku tak tahu napa, Jimin boleh nampak aku semasa aku mengambil makanan tadi. Aku ingatkan aku memang dah halimunan.

Tapi dengan jimin tak.

Mungkin jimin memang istimewa. Aku tersenyum.

Aku harap hidup dorang akan lebih bahagia pada masa depan. Aku akan sentiasa perhatikan dorang dan berada disisi dorang.

Buat masa sekarang, Selamat tinggal.

---

The Ruler.

[ Park Yunju ]

 gamers.Where stories live. Discover now