ㅡSelasa, 20/12.
Diruang tamu, Jam 1:23 PM.
"Aku memang tak pernah nampak appa jimin cemana" Kata-kata Jin menyedarkan mereka semua.
"Haahlah, rasanya.. dia masih hidup ke?" Soal Yoongi.
"Entah lah. Jimin pun tak pernah persoalkan tentang appa dia." Hoseok mengangguk tanda sokong dengan kata-kata Namjoon.
"Kesian budak tu." Taehyung yang lama mendiamkan diri mula berkata.
---
Aku kembali pada tempat dimana ghost girl dan yang lain berada.
"Sekarang kau paham?" Soal ghost girl tu pada aku. Aku menggelengkan kepala aku lagi.
"Sebenarnya, cincin tu memang amat berkuasa. Appa kau, gunakan ia untuk memerangkap roh kami semua didalam cincin tu. Tapi, angela hilangkan ia dalam dunia ga--" belum sempat Ghost girl tu menghabiskan ayatnya, aku memintas katanya.
"Sapa angela?" Soal aku. the daughter mengangkat tangannya lalu tersenyum. "Akulah" jawabnya. Ohh, jadi tulah nama sebenarnya.
"Dan, kitorang semua bersyukur angela buat camtu. Sebab, kitorang ada kemungkinan tuk terselamat." Semua mengangguk tanda setuju.
"Dengan cincin tu, kitorang akan terperangkap dalam alam ni. Dan, appa kau mengcontrol kitorang menggunakan roh kitorang. Jadi, kitorang tak dapat pergi dengan tenang, sebaliknya terseksa sebab terperangkap dekat tempat ni." Sambung the mother.
"Kau kena pergi ke satu memori lagi." Lalu pandangan aku sekali lagi kabur.
Aku kini berada di rumah asal aku. Aku nampak appa dan omma berada diruang tamu. Mereka seperti sedang berbincangkan sesuatu hal yang mustahak.
Aku meluru kearah mereka bagi mendengar perbincangan mereka dengan jelas.
"Apa kita nak buat tanpa cincin tu?" Soal omma pada appa yang sedang kusut tu. Omma memandang appa dengan pandangan yang risau.
"Cincin tu adelah segalanya, tanpa cincin tu, kita tak boleh nak teruskan semua ni." Sambung omma lagi. Appa hanya terdiam. Aku yakin dia sedang risau dan tak tahu nak buat apa.
"Aku tahulah! Aku tengah pikir ni. Kau janganlah nak tambahkan kusut aku!" Balas appa dengan nada yang marah. Omma terdiam.
Mereka berdua terdiam buat beberapa seketika.
"Aku tahu" balas omma menyebabkan appa memandang omma dengan pandangan berharap. Dia harap agar omma akan memberikan idea yang logik dan bagus.
"Apa kata kita lakukan sebuah game?" Soal omma dengan bersungguh-sungguh. Appa terdiam.
"Kita buat game untuk mendapatkan cincin tu, jadi kita tak perlu masuk kedalam alam tu. Kita masukkan player-player kita yang kena mencari cincin tu." Cadang omma. Aku mengaku, cadangan omma memang hebat dan kreatif. Tapi, bahaya.
Dia sanggup bahayakan nyawa orang lain. Dia umpan orang untuk kemudahan dirinya.
"Ya, bagus." Kelihatan senyuman terus terukir pada wajahnya. "Kita boleh lakukan cadangan kau tu" sambung appa lagi.
YOU ARE READING
gamers.
Tajemnica / Thriller"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...