ㅡIsnin, 26/12.
Di WOTP, Jam 4:15 PM.
"Awak kena belajar juga terima dia. Dia tetap anak kita. Dia ada darah daging saya." Kata si dia. Dia menghulurkan Mrs Park Segelas jus anggur dan Mrs Park dengan malasnya mengambil ia daripada tangan si dia.
Mrs Park tidak terasa mahu minum, jadi dia meletakkan gelas tu diatas meja dihadapannya.
"Walau apa pun terjadi, saya tidak akan terima dia. Awak pun tahu tentang tu bukan?"
Mrs Park tak lekang daripada wajah masamnya. Baginya, budak tu memang bukan anaknya.
Sapa nak terima anak yang takde darah daging dengannya?
"Jimin adelah anak saya. Hanya dia Seorang sahaja." Mrs Park memeluk tubuhnya. Si Dia menghela keluhan yang berat.
"Jagi--"
"Saya kata tak. Jadi taklah."
"K, fine." Si Dia bangun daripada sofa tu. Dia meluru kearah laci meja yang terletak bersebalahan dengan tangga rumahnya lalu, laci meja tu ditarik dan dia mengeluarkan seutas rantai yang ditengah-tengah nya terdapat batu permata yang berwarna merah.
Dia kembali meluru kearah Mrs Park yang sedang menyisip minumannya. Senyuman dihadiahkan pada perempuan yang dicintainya itu.
"Saya ada hadiah untuk awak."
wajah Mrs Park terus bersinar. Dia memandang si dia dengan mata yang berkilauan.
"Ha?"
"Ni, saya dah buat satu rantai untuk awak" dia menunjukkan seutas rantai tu pada Mrs Park yang sudah terharu tu.
"Dah lama awak tak bagi saya hadiah camni. Terima kasih." Kata Mrs Park dengan gembira. Habis lesap semua api kemarahannya tentang anak yang dikatakan oleh si dia tadi tu.
"Tapi, rantai ni bukan sebarangan." Kata-kata dia tu membuatkan senyuman Mrs Park mati.
"Jangan cakap awak--"
"Ya, saya perangkap semuanya kedalam ni." Dia mengukirkan senyuman.
Kini, tiada lagi senyuman terukir pada wajah Mrs Park. "Saya ingatkan semuanya dah berakhir.." si dia tergelak lalu menggeleng.
"Ni hanya permulaan, sayang."
---
Aku memapah Hoseok yang masih lagi lemah akibat benda tu mensedut semua tenaganya yang ada. Macam lah korang tak tahu macam mana orang lepas kena rasuk.
Setelah beberapa minit kitorang berjalan sepanjang halls yang panjang tu, akhirnya kitorang sampai pada penghujungnya.
Terdapat sebuah pintu besi yang perlu ditolak tuk masuk kedalamnya.
Aku menolak pintu tu dan buka seluas-luasnya supaya aku dan Hoseok boleh masuk kedalam.
Tubuhku terpaku apabila melihat apa yang ada dihadapan aku tu.
YOU ARE READING
gamers.
Mystery / Thriller"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...