"Clowns can get away by murder"
ㅡ unknown.13 january.
Terasa seram sejuk bila tengok kekawan aku semua berpakaian seperti badut. Tapi mekap mereka bukan lah seperti badut biasa. Mekap mereka seperti dark dark sedikit.
Apa jadi kat dorang sampai dorang kena lakukan perkara sebegini?
Aku tak duduk senang. Yunju pandang aku pelik, lantas dia memegang bahuku. Aku terhenti lalu memandang dia. Dia pandang aku dari atas ke bawah.
"Kau kay ke jimin?" Soalnya, dan aku hanya perlahan-lahan mengangguk.
"Ye aku okay" yunju pandang aku semacam sebelum dia meleraikan pandangannya daripada memandang aku. Aku hanya mengeluh.
"Dorang dah berubah, jimin. Dorang tak sama lagi cam dulu." Aku teringat kata-kata Jin hyung yang masih lagi segar dalam ingatan aku.
Kelihatan yoongi dan hoseok mrmbawa keluar satu tali gantung, selepas tu, dia menghadap kami semua.
"Okay para hadirin, harini kitorang semua akan menyembahkan sebuah persembahan." Namjoon mula berkata. Dia membawa keluar sebuah meja.
" kami akan tunjukkan apa yang terjadi kalau kamu semua tak menyukai kami lagi." Sambung Hoseok pulak.
Aku dan Yunju saling berpandangan.
Tetiba, aku nampak Taehyung menolak seorang budak perempuan yang besarnya seperti 10 ke 12 tahun. Aku nampak budak tu seperti nak menangis. Matanya dan mulutnya dijahit dengan tali hitam yang besar.
Tersungkur perempuan tu jadinya apabila taehyung menolaknya sedemikian. Aku hendak bangun dan meluru kearah kekawan aku yang ada kat bawah tu, tapi Yunju halang aku dan dia tenangkan aku supaya aku tak bertindak macam orang tak waras.
Para penonton semua bersorak. Taehyung membawak budak tu kearah tetengah pentas. Budak tu memandang sekeliling lalu teriak 'tolong' tapi takde sesiapaa yang kasihani dia. Semua penonton kelihatan hendak tengok perempuan tu mati, dorang bersorak supaya kekawan aku bunuh perempuan tu.
Hanya aku dan Yunju sahaja yang memandang persembahan tu dengan riak wajah yang terkejut.
"Aku tak rasa ni circus, jimin." Yunju berkata padaku dan aku mengangguk.
"Aku tahu tu." Balasku. Mataku tak lepas daripada memandang pada kekawan aku. Nak tengok apa yang jadi pada budak perempuan tu.
Hoseok berjalan keluar daripada pintu ditengah-tengah khemah tu dengan sabit ditangan. Tak tahu kenapa, para penonton makin menggila. Macam dekat konsert dah aku tengok.
YOU ARE READING
gamers.
Mistério / Suspense"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...