"Jimin, dah lebih dua hari kau tak makan. Jamah lah sikit nasi ni." Bebel Jin hyung apabila mendapati aku dah banyak hari tak makan sejak..
Aku mimpi appa aku sendiri tu.
Aku tak paham.
Kenapa benda yang sama asyik nak hantui aku? Bila benda ni nak habis?
Aku bangun daripada sofa yang tersusun cantik di ruang tamu tu lalu meluru masuk kedalam bilik aku. Yang lain hanya memerhatikan langkah aku yang lemah tu.
No one pov.
"Macam mana nak buat dengan Jimin tu?" Soal Yoongi. Dia runsing dengan perangai Jimin sejak Jimin jumpa Yunju tu.
Sejak dia jumpa perempuan tu, perangai dia mmg berubah. Daripada ceria, jadi dingin. Daripada aktif, jadi lemah dan tak bermaya.
Even game pun dia dah tak hadap skang.
"Aku tak tahu lah.. tapi kita mesti kena tolong dia. Kita kena sedarkan dia dan buat lupakan pasal game tu semua." Balas Namjoon dan Hoseok mengangguk dengan kata-kata Namjoon tu tanda setuju.
Jin meletakkan pinggan nya didalam singki lalu meluru kearah kawannya yang sedang berbincang pasal Jimin diruang tamu.
" aku rasa, kita kena percayakan dia lah yang pasal game tu." Semua orang kini memandang Jin dengan pandangan disbelief.
"Nak galakkan dia?" Jungkook sengih.
"nanti dia end up jadi gila pulak.." Hoseok mencelah. Jin menongkat dagunya.
"Then? Korang tahukan, kita sebagai kawan kenalah percayakan kawan kita." Jin berkata lagi. Berusaha tuk memujuk kekawannya tu supaya sokong dengan ideanya.
"Tapi, ni dah kira tak logik. Nak percaya jugak ke?" Balas Taehyung dengan nada tak selesa. Dia memang risau dengan Jimin tu, makin bertambah kerisauan dia bila jimin tak makan lebih daripada dua hari.
"Korang ce pikir, masa Jimin masuk dalam game tu kita sendiri menyaksikan tindakan dia dalam game tu. Bermakna ianya betul." Yoongi yang lama diam tu menyampuk.
"Maknanya kali ni pun tak mustahil yang ianya betul." Sambung yoongi lagi lalu memandang kawannya yang lain satu persatu.
"Apa guna ada kawan tapi tak ada kepercayaan terhadap dia?" Tersentap yang lain bila dengar pernyataan yoongi tu.
yoongi memang savage af.
"Aku tak cakap sesapa, tapi.. sapa yang sentap tu dia lah orangnya." Yoongi smirk. Terkulat-kulat yang lain. Ade yang acah kaver muka.
Jin tergelak. "Aku rasa, lebih baik kita semua berpihak pada jimin je. Dia kawan kita. Kalau kita tak percaya dia, sapa lagi dia nak taruhkan harapan? Parents dia tah kemana hilang. Anak tunggal. Tak kesian ke dekat Dia?" Panjang si Jin eomma ni nasihatkan anak-anak dia sekor- sekor.
"Kalau korang still pikir jimin gila, lantak korang lah. Aku takkan." Yoongi bangun daripada tempat duduknya lalu meluru kearah bilik Jimin.
Yoongi mengetuk perlahan pintu bilik Jimin. "jimin, ni aku.. yoongi. Boleh aku masuk?" lembut suara yoongi berkata agar dia tak mengejutkan Jimin.
Maybe Jimin dalam badmood ke apa. Tak pasal-pasal dia menambahkan lagi marah Jimin sebab sapa macam nak bagi orang sakit jantung mati mengelupur.
YOU ARE READING
gamers.
Mystery / Thriller"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...