ıı. Game ㅡ ready?

5K 923 392
                                    

9 January

Jungkook terbangun daripada lenanya apabila dia terdengar bunyi pinggan mangkuk berkeriuk. Berkerut dahinya apabila dia memandang kearah tingkap yang ada didalam biliknya.

Kelihatan cahaya mentari menerubus masuk kedalam bilik Jungkook melalui tingkapnya. Jungkook bangun daripada baringnya lalu menggosok matanya beberapa kali.

"Sapa pulak yang masak pepagi buta ni?.." soalnya pada diri dia sendiri dengan suara yang serak kerana baru bangun daripada tidur.

Dia mula berdiri. Langkah diaturkan keluar daripada biliknya dan terus meluru kearah dapur. Setiba di dapur, dia ternampak satu susuk tubuh sedang memerhatikannya sambil tersenyum.

Disebabkan mata nya masih tertutup kerana masih ngantuk, dia tak nampak ada seseorang sedang memerhatikannya.

"Jungkook-ah" suara lembut menyapa gegendang telinganya. Dengan pantas, dia celik.

"awak!" Jungkook memeluk perempuan yang berada dihadapannya. Senyuman lebar diukirkan pada wajah.

"Lama tak jumpa. Rindu lah dengan Jungkook." Kata perempuan tu. Dia bertenjet sedikit untuk mengusap rambut Jungkook tu kerana jungkook terlalu tinggi.

"Kook rindu jugak awak." Pelukkan dileraikan. Kini, Mata mereka bertemu mata.

"Kenapa awak datang? Ada hal ke?" Soal Jungkook. Memang gembira paginya tu, dapat berjumpa dengan adik beradiknya yang telah lama dipisahkan. Sapa tak gembira kan?

" nak lawat Kook.. tapi appa ada bagi satu pesanan." Terus, wajah perempuan tu bertukar series. Dia tak mahu rancangan kerja yang appanya dan dia usahakan ni semua hancur. Oleh itu, dia perlulah lakukan kerjanya dengan series dan berdisiplin.

" ndakah gema luma " perempuan tu mula berkata dengan bahasa lain tanda agar ianya adalah hal rahsia yang diketahui untuk mereka yang berhak tahu sahaja.

Jungkook tersenyum lalu mengangguk. "Kena drag dorang sekali ke?" Soal Jungkook lagi. Perempuan tu terdiam lalu tak berapa lama selepas itu, dia mengangguk.

"Bawak jelah sesapa. Lagi ramai lagi bagus."

---

Aku memakir kereta aku disekitar banglo besar yang berwarna putih ni. Aku tersentak apabila mengamati banglo besar yang berada dihadapan aku ni.

Ianya sebijik macam dalam mimpi aku.

Perasaan ragu-ragu mula menguasai diri aku. Rasa nak patah balik kerumah je. Tapi, aku dah sampai ketahap ni, sayang kalau pulang balik. Lagipun, kalau aku pulang.. takde sapa akan percayakan aku..

Aku penat.

Sangat penat dengan semua ni.

Bilalah nak habis? Aku penat asyik nak dijadikan patung untuk dimainkan.

Aku melangkah keluar daripada kereta. Pemandangan sekeliling diamati dengan sepenuh jiwa. Ya, ianya memang sebijik dalam mimpi aku.

Adekah mimpi aku ialah sebuah petunjuk? Atau.. sebaliknya?

Jawapannya ada dekat banglo putih ni.

Aku mengambil nafas yang dedalam lalu menghembusnya. Langkah diambil dengan perlahan-lahan supaya aku berhati-hati.

Aku menekan loceng rumah tu. Beberapa kali, tetapi takde sapa yang keluar. Aku pelik. Ada orang ke tak ni?

Setelah lima kali aku tekan, dengan secara tetiba, pintu dibuka dengan sendirinya. Mata aku membulat sedikit apabila melihatnya, tapi aku segera ketepikan.

 gamers.Where stories live. Discover now