ıı. Game ㅡ died

3.4K 721 197
                                    

19 January

Game.

"Hai korang"

Jawab aku tenang, sebab sekarang ni apa yang aku rasa hanya lah keredhaan. Aku tak tahulah kenapa aku rasa sebegini.

Mereka pandang aku sambil tersenyum.

"Nampak macam kau tercedera teruk" aku hanya mengangkat bahuku lalu memandang mereka.

"Nampak ke? Too bad aku tak rasa pape." Balasku sambil mengejek mereka. Mereka hanya tergelak sinis lalu memandang aku semula.

"Yes, and too bad kitorang akan akhiri kesakitan kau tu dengan perkara yang bagus." Aku mengangguk tanda setuju.

"Kalau ianya bagus, aku sudi menerimanya."

Memang, aku penat. Aku dah berputus asa dengan semua ni. Aku dah tak larat lagi dah.

Sampai bila? Sampai bila aku kena jadi patung untuk orang control? Aku penat. Penat sebab disakiti and banyak lagi. Aku tak mintak pun semua ni. Dan aku taknak pun semua ni terjadi.

Tapi kenapa, kenapa ia terjadi? Pada diri aku pulak tu.

"Kau akan berjumpa dengan the master as soon as possible, jimin." Kepala aku segera bangkit apabila mendengar perkataan the master iaitu the creator of alam jahanam ni.

Ah, bagusnya kalau aku dapat layangkan penumbuk yang sedap aku ni pada wajah dia sebab bina neraka jahanam ni.

"Kenapa? Game is not over yet" aku tersenyum senget pada dorang dan Namjoon hanya tergelak.

"The game is already over, jimin."

Well, aku tak surprised sebab, cukup-cukup lah aku kena trick dengan sampah ni dulu. Kata je game over, game over, tapi hamak ada lagi yang aku kena sembelih. Ha, nampak tak kebodohannya disitu.

"Then, apa yang kita tunggu lagi?"

Dengan rela hatinya aku mengerkori mereka semua keluar daripada kawasan circus.

Tapi minda aku still tak lepas daripada memikirkan dimana Yunju. Adekah dia bebaik sahaja? Ataupun dia telah diambil oleh mangsa?

"As we arrived, may the mighty open the gate for us. we make as we murder, we win as we died."

Namjoon berkata sepatah dua kata dihadapan sebuah gate yang besar gedabak. Aku tak tahulah nak describe cemana tapi, pintu tu memang besarlah. Ia diperbuat oleh kayu dan masih lagi kelihatan baru. Bau cat masih segar pada hidung aku.

Dengan automatik, pintu gate yang besar tu dibuka tanpa orang yang membukanya. Well, aku tak surprised sebab tak mustahil ada gate yang boleh dibuka dengan automatik. Even rumah aku pun guna gate automatik except, kitorang tak guna mantera nak buka gate automatik ni. Guna remote control udah lah.

"jalan" beberapa tangan menolak aku kehadapan dan ia hampir-hampir sahaja membuatkan aku jatuh tersungkur. Aku sempat menghantar glare pada mereka semua yang berada dibelakang aku. Yang peliknya, mereka langsung tak menjejakkan kaki masuk kedalam gate tu.

Nampak nya aku kena cari the master tu sendiri. Bagus. Takde tourist guide apa ke?

Daripada scenery dihadapan aku, aku nampak sebuah istana yang besar gamaknya. Sebesar istana negara malaysia yang hanya gold je tu. Tetapi, istana ni diwarnakan dengan semuanya warna putih. Aku pun tak tahu kenapa.

Daripada beranda yang besar, aku nampak ada seorang wanita yang berumur pertengahan berdiri disitu. Dia memakai baju dress warna putih dan rambutnya disiput kemas. Wajahnya sepucat muka yoongi.

Senyuman terukir pada wajah wanita tu. Tapi yang peliknya, aku tak dapat nak cam wajah perempuan tu betul-betul.

Kini langkah aku terhenti disebuah pintu masuk istana tu. Sumpah, jantung aku berdegup macam nak meletus aje. Tapi aku cuba kawalnya. Ada jugak rasa nak terkucil tapi aku tahan.

Aku harap, adalah tandas dalam tu nanti.

Secara sekelip mata, pintu tu dibuka dengan dramatik nya. Setelah dibuka, aku nampak wanita yang duduk diberanda tadi berjalan kearah aku. Tak, ia lebih kepada berlari kearah aku.

Kenapa? Aku pun tak tahu napa.

Dan tanpa aku sedar, perempuan tu dalam pelukkan aku. Dia memeluk aku erat seerat-eratnya sampaikan tak mahu dilepaskan. Aku hanya terdiam dan hanya memberikan dia sahaja peluk aku.

Maybe secret admirer?

"Jimin," jantung aku bagaikan nak terhenti apabila mendengar suara itu memanggil aku. Suara ni sangat familiar.

Aku menundukkan wajah aku bagi mataku bertembung dengan wajah tersebut.

Alangkah terkejut beruk, baboon, chipanzi aku bila aku nampak yang wanita itu adalah omma aku. Nak sesak nafas aku jadinya.

"Omma, apa yang omma buat dekat sini?" Soal aku seperti tak percaya. Omma melepaskan diri nya daripada peluk aku lalu perlahan-lahan memandang wajah aku. Dia hanya ukirkan senyuman dan dia juga masih belum membalas kata-kata aku tadi.

"Omma-- jap." Aku terhentialu pandangan aku tajam memandang omma yang sedang senyum sedih padaku.

Aku baru sedar sesuatu.

"Omma the m-master?" Soalku tergagap-gagap. Series tak percaya. Aku rasa nak meraung sekuat hati apabila dapat tahu yang omma adalah the master.

Perlahan-lahan satu pelukkan dibina sekali lagi. Aku langsung tak balas pelukkan omma tu kerana aku masih lagi tak percaya dengan semua ni.

Pelbagai soalan menerjah pada pemikiran aku. Series aku cakap, memang aku rasa nak meletop je kepala aku sebab pikirkan jawapan bagi soalan-soalan tu.

Tetiba aku dapat rasakan sesuatu yang tajam tertancap pada dadaku. Perlahan-lahan, omma meleraikan pelukkan aku lalu dia memandang aku dengan matanya yang penuh dengan kesedihan.

Aku baru sedar yang ada sebilah pisau tertancap pada dadaku. Habis bajuku lecun dengan darah yang membuak keluar. Perlahan-lahan mataku dilirikkan pada omma.

"Maaf, sayang" lembut sahaja suara omma.

" omma terpaksa lakukan untuk kamu "

dan omma menghiris dada aku dengan menggunakan pisau nya tu.

Selepas itu, apa yang aku lihat hanyalah kegelapan.

Aku yakin aku dah mati.

Adakah semuani akan berakhir?

---

The end.

Cewah joke je 😂

 gamers.Where stories live. Discover now