Last Experiment Project
5:30 PM | 250117 | MAZE" aku takkan pisah kan dorang. "
Dia memandang kearah Jungkook dengan wajah yang bengis. Mukanya kelihatan kemerahan akibat marah dengan perbuatan Jungkook tu.
"Apa kau cakap?" Soalnya dengan nada yang dingin. Jungkook menarik nafas lalu menghembusnya.
" aku takkan pisahkan dorang, appa." Ulang Jungkook lagi dan dia terus menampar wajah Jungkook.
Disebabkan dia mempunyai kuku yang panjang dan tajam, kulit pipi jungkook tersiat dan menyebabkan ia mengalir cecair yang pekat berwarna merah.
Tetiba, pintu dibuka dengan luas dan kelihatan yunju belari masuk kedalam bilik tu dan mendapatkan Jungkook. Wajah Jungkook tu dipandangnya dengan cemas.
" jungkook kau okay?" Jungkook mengangguk perlahan. Tapi masih ada darah keluar daripada lukanya tu.
Yunju berbisik sesuatu pada luka jungkook tu dan secara automatiknya, kulit jungkook bersambung semula. Dan ia jadi seperti sedia kala macam takde sebarang kesan pun terkena padanya.
" kau ingkar arahan aku! Aku bapak kau tahu tak? Kau sepatutnya ikut arahan aku! " marah dia. Jungkook hanya memandang wajah appanya itu dengan pandangan yang dingin.
" well, aku takkan ikut arahan kau mulai harini. "
" kau nak aku bunuh kau ke? " jungkook tersengih.
"Selagi kuasa kau berada dalam tubuh kau, selagi tu lah satu luka pun tak boleh tercalit pada tubuh aku. Begitu juga dengan noona." Jungkook berkata dengan keberanian dalam dirinya. Dah lama dia nak lepaskan semua kata-katanya ni pada appanya tapi cuma dia takde keberanian.
Dia terdiam kerana Hilang kata-kata.
" appa sudah bunuh omma dan sekarang, aku takkan anggap appa ni adalah appa aku. Aku akan balas dendam dengan kematian omma. " kata jungkook lagi. Dia sudah tercengang.
" ya, appa kalau nak teruskan semua ni dan jadikan manusia lain tu permainan appa, teruskanlah sebelum kitorang akan tamatkan semua ni. " sambung Yunju dengan nada dingin. Lalu kedua adik beradik tu berlalu pergi.
Dia terduduk. Terasa jantungnya panas dan satu tubuhnya terasa panas seperti terbakar.
" kau gagal, Park Jihyun."
---
Kitorang jalan dan jalan. Seperti tiada penghujungnya. Setiap kali kitorang jalan, pasti terjumpa beberapa lorong tuk masuk kearah lain.
Aku tak tahu sampai bila lah permainan ni akan berakhir. Aku harap yang kitorang pilih jalan yang betul tuk sampai ke sana.
" hyung, aku penat." Kata Taehyung lalu terduduk. Yang lain menoleh kearah Taehyung yang dah terduduk tu.
" kita rehat lah dulu, ye jimin? " Jin yang sedang melabuhkan punggungnya disebelah Taehyung tu berkata. Aku hanya mengangguk dan yang lain mula melabuhkan punggung mereka juga.
" sampai bila ni?" Soal Namjoon. Dia mendongak dan melihat kearah langit yang telah berselindung dengan besi tu.
" aku rasa dah lebih sehari kita jalan and still tak sampai dekat destinasinya lagi." Sambung Yoongi pulak dan aku hanya terdiam sambil menyisip air mineral aku.
YOU ARE READING
gamers.
Misteri / Thriller"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...