Last Experiment Game
11:39 PM | 210317 | MAZEBoleh tak sesiapa terangkan dekat aku macam mana nak bertindak bila mata tak boleh digunakan?
Ianya memang useless.
Aku mula rasa hendak kalah. Aku putus asa dengan semua ni. Tak larat lagi dah dengan semua teka teki yang memeningkan ni. Tapi, apakan daya? Aku kena jugak sambung game ni sampai ke penghujungnya. Aku akan keluar daripada game ni dan tamatkan semua ni.
Jimin, aku yakin kau boleh.
Blindscape game tu menggunakan kemahiran pendengaran yang amat fokus. Jadi aku kena dengar bunyi disekeliling aku dengan teliti supaya aku dapat lepasi game kalini.
' jimin '
Aku memegang pistol aku lalu diacukan kearah kiri aku lalu perlahan-lahan mengacukan ia sekitar aku.
" apa kau nak daripada badan Yunju ha?! Bagi balik badan dia!" Teriak aku dengan nada yang tinggi dan marah. Aku tak dapat tahan lagi dengan semua ni dan ketinggian darah aku tak boleh nak kawal.
' dia suruh aku bunuh kau '
' jadi aku akan bunuh kau '
' bersama kawan aku yang lain '
Fak, aku ingatkan hantu ni alone senanya sebab selalunya hantu serang alone-alone. Tak sangka yang ni pandai bersosialize pulak sampai bawak geng. tempah maut gaklah.
" selagi aku menghembuskan nafas diatas muka bumi ni, selagi tulah aku tak kasi kau pegang mahupun dekat dengan kawan aku. " aku memberi amaran dan hanya dibalas dengan hilaian tawa ejek benda tu.
" jangan terlalu yakin, kekadang yang yakin tulah yang akan malang :)"
aku mengetap bibir. Benda ni memang bebetul cabar iman aku sebagai lelaki suci murni lah.
Dan tetiba, aku terdengar bunyi angin menderu pada telinga aku. Ia datang daripada kiri lalu, dengan segera aku menoleh kearahnya lalu melepaskan tembakan. Kedengaran bunyi seperti nenek tua jatuh basikal lalu mengaduh sakit.
Tembakan aku mengena ke?
Aku dapat rasakan ada deruan nafas pada leher aku. Nafas nya amat berat dan hangat. Jantung aku mula berdegup kencang kerana aku tak tahu siapa atau 'apa' yang ada dibelakang aku.
Ia boleh jadi benda tu. Kalau benda tu ada dibelakang aku, aku boleh mati jadinya.
Dan selepas itu, ada tangan memegang bahuku membuatkan tubuh aku terhinjut akibat terkejut. Aku tak dapat rasa tangannya macam mana.
" jihyun utuskan aku tuk hapuskan kau. "
Sah dia.
Aku menepis tangannya llau berlari kehadapan. Selepas itu, aku menoleh kearah tempat yang aku rasa aku berdiri tadi lalu menembak nya. Kedengaran peluru aku tak mengenai apa-apa.
Fuck, dia sempat lari.
kejap, tadi sebelum penglihatan aku hilang benda tu macam merasuk Yunju. Jadi kalau aku tembak benda tu, bermakna aku akan tembak yunju sekali?
Habis tu.. macam mana aku nak hapuskan Benda tu?
" kau takkan boleh hapuskan aku, jimin "
YOU ARE READING
gamers.
Mystery / Thriller"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...