ㅡ Rabu, 30/11.
Diruang tamu, Jam 3:13 PM.
"Aku tak rasa kalini dia selamat"
"Jangan cakap macam tu!"
"Jimin hyung boleh buat. Dia pernah kalah kan the curse. Dia boleh." Jungkook dengan bersungguh-sungguh meyakinkan hyungnya.
Walaupun dia sendiri tak pasti.
---
"WEy pompuan tu naik atas pulak. Bahabon betul." Aku dah mengelabah nak cari tempat nyorok.
Ya, sekali lagi aku nak kena nyorok. Hm.
Game ni game maut, tapi kenapa banyak scene menyorok dalam cite ni? Aku pun tak tahu.
Aku sekali lagi pergi ke penjuru loteng tu dan peluk kaki aku dekat situ. Harap-harap lah mahluk tu tak nampak aku kat sini.
Aku duduk diam diam. Tak menghasilkan satu bunyi pun.
Aku nampak dia dah naik atas. Dia memandang sekeliling.
Nasib lah dia ni bukan macam si ghost girl tu yg buleh smell-smell bagai. Aku nak kentut pun tak senang kalau dia buleh smell.
Aku dengar dia merengus. Dia jalan setapak demi setapak.
Jantung aku mula berdegup laju macam nak tercabut jadinya. Ha? nak kata aku pengecut? Kalau korang hadap situasi ni pun korang akan rasa macam mana aku rasa.
Dia kini dah berada dalam kegelapan diatas loteng tu. Aku try aku punya best tuk tak bercakap.
Aku dengar bunyi kayu dipijak. Disebabkan lantai loteng dia diperbuat daripada kayu, memang buleh dengar lah derapan langkah hantu tu.
Tambahan lagi, dia jalan laju. Laju lagi daripada jungkook lari.
tetiba, aku ternampak satu kunci dekat tepi tangga nak turin dari loteng. Kunci tu macam nak terjatuh pun ada.
disebabkan tujuan game ni tuk amek kunci, aku pun mengesot sedikit demi sedikit ke arah kunci tu. Mata aku duk pandang je kunci tu dan tak pandang tempat lain dah.
Minda aku hanya nampak kunci.
Aku dah dekat dengan kunci tu lalu aku try nak capai kunci tu.
Tetiba, kaki aku ditarik daripada berlakang dengan kasar membuatkan aku terjatuh dan aku tergigit lidah aku dengan kuat.
Aku dapat rasakan yang gigi aku tembus pada lidah aku. Aku terbatuk darah.
Okay, ni lebih sakit daripada leher aku kena gigit dengan benda alah tu.
Aku diheret jauh daripada kunci tu. Aku merengus.
aku dapat rasa tangan benda tu mencengkam kaki aku dengan kuku dia yang tajam tu. setiap cengkaman dia tu membuatkan aku mengerang kesakitan.
"Apa yang kau nak daripada aku?!" Kata aku dengan nada yang marah. Lidah aku terasa seribu kali sakit bila bercakap. Darah makin banyak keluar.
Tapi, Seperti biasa dia hanya diam dan terus lakukan seksaan nya padaku.
Aku tolak badan dia. Dan itu menyebabkan aku terpegang badan dia.Badan dia, yA Tohan melekit bagai macam aku pegang cheese.
Aku mengeuwkan itu lalu menyepak dia dengan sekuat hati aku. Aku tak peduli. Aku nak pergi keluar dari pada neraka jahanam ni.
YOU ARE READING
gamers.
Mystery / Thriller"GAME adalah sebahagian daripada hidup aku dan tiada sesiapa boleh halang aku daripada bermain game." Dahulu , bermain game adalah hidupku aku. Tidak kira pagi menginjak , petang menyapa dan malam, hanya game sahaja satu-satunya benda yang aku had...