Setelah 5 bulan aku melingkup makan tidur makan tidur di rumah. Yelah kan, SPM leavers kot. Budak-budak enjoy freedom setelah kena hentaman hebat dengan soalan KBAT yang lagi lah dia boleh berlayar dengan gayanya sampai kitorang tak nak jawab tu. Ferdinand apa kebenda tah nama dia tu.
So aku menyatakan hasrat untuk sambung belajar ke Tingkatan 6.
Eleh, pergi ke bulan sana siapa kata STPM ni just untuk budak tak pandai. 😡 Hamboi, ni kalau ada penyapu dan penyodok ni, dah lama kena sapu dengan aku. Eceh, berani ke cik kak?
Betul lah orang cakap, ramai yang pandai tapi tak ramai yang beradab. Walaupun negara kita memegang kata bahawa Malaysia ni terkenal dengan budi pekerti tu hmm dalam tv je kome boleh jumpa.
Betul tak?
Betul lah!
Betul.
Tak tipu.
Ini benar belaka.
Tak caya sudah.
Okay okay. Stop! Merapu je keje.
Aku ni biasalah, tak boleh renggang dengan member walaupun secara tidak sedar aku ni dah dikatogerikan dengan member aku, yang aku ni suka menyendiri.
Nampak sangat forever alone nye tu. Kesian kau. Ok tak sedar diri.
Apa pasal aku beria nak amik Tingkatan 6 ni? Tingkatan 6 ni kan susah. Takde class.
Ye, aku akui semua tu.
Lagipun Sebab aku memang tahu aku tak akan dapat upu. A pun hilang dari radar, ni kan nak dapat upu tu?
Alamat tunggu bulan jatuh ke riba. Eceh!
Aku tahu aku ni bukan tak pandai tapi malas je.
Ayat penyedap hati. Padahal memang pon!
Berbalik kepada topik asal kita, Crush.
Ehe! 😘
Nak cerita pasal crush dengan aku ni memang bosan lah sebab aku kalau nak crush dekat seseorang tu tak lama pungggg.
Bukan aku ni nak lawan takdir tak nak bercinta, sebab aku tahu perkara ni hanya lah dosa. Ecewah ayat!
Betul.
Aku memang susah nak suka kat orang tapi aku teringin untuk disayangi.
Ok. Macam budak yang kurang kasih sayang je aku ni.
Mana ada!
Aku ni manja je. Mengada tu teramat lah melebih.
Aku masuk ke dalam dewan untuk mendaftar. Aku daftar dengan member aku. Teah dengan Ruby.
Kebetulan pula, ayah Ruby ni cikgu tingkatan 6 kat sekolah kluster ni, so memang mudah kitorang nak mendaftar.
Kitorang antara orang paling awal datang tau.
Mangattt!
Time masuk tu bukan main happy sebab nampak akak Form 6 upper yang jaga kaunter pendaftaran tu ya tohaaan, comel-comel belaka!
Ahaks!
Ni aku naik tarafkan nama akak upper tau. Tapi ini memang benar. Aku tak nafikan!
"Nama?" Soal akak tu.
So aku bagi tau lah nama aku.
"Nama awak sama dengan nama kawan akak lah. Tapi orangnya kat kelas, belajar" Manis je akak ni. Aduhh.
Eh? aku straight ye !
Aku dengan teruja cakap
"Yeke!?" Dalam hati dah berbunga-bunga pasal jarang weh dengar ada nama orang sama dengan aku.
YOU ARE READING
Crush!
HumorKehidupan seorang pelajar sekolah perempuan yang sepatutnya dah habis sekolah tapi masih lagi sekolah yang jatuh cinta dengan dua orang jejaka. Dia namakan jejaka tersebut sebagai crush. Amagiler kite harungi bersama dengan Alyn, gadis pemalu yang...