22 : Rumours

521 32 37
                                    

You know what, rumour has been flying over~~

Adik si Izzu tahu pulak pasal rumour aku suka abang dia. Ya Allah, mana aku nak letak muka ni!?

Mana aku tahu yang si Mawar tu tahu pasal ni? Teah bagitahu aku. Fyi, aku dengan Teah ni, orang selalu tertukar tau. Muka sama katanya.

Celah ketiak mana tah yang samanya tu. Aku more cantik ok. Eh?

Teah kata, adik Izzu tanya dia, kak Alyn katanya couple dengan Izzu? Betul ke?

Boleh lagi dia berlakon macam Izzu tu bukan abang die.

Yang bijaknya, Teah pi jawab,

"Mana ada akak f6 yang couple dik. Adik salah orang ni. Kak Alyn pun tak kenal siapa Izzu tu. You know, kak Alyn tu specky so, dia tu nerd dan tak ada seorang lelaki pon yang boleh terpikat kat akak Alyn tu"

Ok. Part last tu kuang hajooo.

"Bongok lah kau!"

"Kenyataan syieh" Jawab Teah selamba.

Teah memang macam ni. Nasib member. Kalau tak, aku campak kat parit.

"Weh, sumpah weh. Nak exam memacam pulak yang nak jadi. Benciiii siaaaa!"

Selepas selesai melepaskan geram. Aku ambil buku syariah dan mula menghafal. Aku cuba buang semua perkara negatif tu dari fikiran aku.

"Okay, try jawab semua ni tanpa tengok buku"

Aku keluarkan kertas kajang dan pensil.

Eh? Pensil aku mana? Weh! Pensil pilot kesayangan aku weh! Hilang!!

Jap! Aku try ingat kat mana kali terakhir aku letak pensil tu.

Weh!!

Aku tak ingatt! 😭😭

Aku mula memunggah meja aku yang bersepah. Loker kelas aku yang bersepah.

Weh!! tak ade! 😭

"Baik aku tanya budak kelas wardah."

Laju kaki aku menghayun menuju ke kelas sebelah.

"Assalamualaikum. Weh korang, ada nampak pensil aku tak? Pilot warna hijau. Ada nampak tak?" Aku terus menyerang para gadis yang sememangnya berada di bahagian belakang.

Mostly dia orang jawab

"Tak nampak lah Lynn."

Hua! Mana perginya pensil tu!? Itu pensil yang Ayah belikan tau. Eh? Memang lah. Weh! Tu pensil baru tau. Selain pensil tu, aku tak ada pensil lain dah. T.T

"Serius lah weh? 😭😭 Ni yang nak nangis niii!" Rengek aku.

"Pinjam dulu pensil sesapa. Nanti ada lah tu jumpa. Kau mesti lupa.." Pujuk sis penolong ketua asrama.

Aku mula melangkah dengan longlai masuk ke dalam kelas aku semula. 😩😩

"Eh? Alyn!"

Tetiba ada orang panggil aku ni pehal. Aku tengah depress nii. Hish! Suuuhhh~ suuhhh~ 😑😑

"Alyn! Pakwe kau panggil tu!" Jerit Jamal.

Serta merta aku pandang muka si pemanggil.

Ya. Izzu.

Sebelum aku sempat membalas panggilan si dia, aku bagi death glare kat mamat Jamal Abdilah ni.

Dasar dagu panjang!

"Kau cakap apa tadi?" Soal Jamal Abdilah.

Eh? Dia dengar ke?

"Takde pape. Kau nampak smart ari ni. K k bye!"

Crush!Where stories live. Discover now