Diumumkan hari ni bakal ada latihan sukan tingkatan enam yang bakal diadakan seminggu dari sekarang. Bertempatkan di Kolej Tingkatan Enam.
Kolej Tingkatan Enam? Napa? Tak pernah dengar ye? For Your Information, tingkatan 6 selain diiktiraf oleh University Cambridge, United Kingdom dan universiti di negara komanwel serata dunia, STPM ni jugak setaraf A-level. Dulu STPM ni golongan pendidikan bantuan kerajaan tapi sekarang aku dengar dah diiktiraf oleh KPM, sebab tu akan ada pusat Kolej Tingkatan Enam.
Setakat ni yang aku tahu dekat KTARP. Kolej Tunku Abdul Rahman Putra. Memang khas untuk Tingkatan 6 sahaja. Dah tak ada dah kanak-kanak arus perdana.
Pemakaian pun bebas, kau nak pakai tudung ke tak nak ke, terpulang. Yang Islam tu mohon sedar diri lah. Memang dah gaya universiti lah. Asrama ada. Semua ada.
Eh, terpromote pulak.
So, adik-adik SPM boleh gi mampus dengan soalan gila SPM tu sebab aku dah lepas. Kahkahkah.
Sekarang aku nak mampus dapat soalan STPM jauh lagi susah dari SPM. Ok. Jom kita mampus sama-sama mengejar mimpi.
Back to the story.
Lepas dengar notis tu
Aku be like..
Yeay! Nak join! Nak jumpa Anis kat sana nanti!
Kita akan berlawan dengan tingkatan enam yang lain.
Whut? Eh? Apa ni? Kata suka-neka? Kenapa kena ada lawan-lawan macam ni?
Ok. Aku ni bengap sikit bab-bab sukan ni.
Aku pikir suka-neka macam main tiup belon, main tarik tali, main lari dalam guni...
Rupanya kena main bola tampar, bola jaring, pentaque, ping pong dan futsal.
Aku terbabit masuk dalam pasukan bola jaring.
Gila ah dalam seminggu nak kena training macam orang gila. Seminggu weh. Lagi ni nak lawan dengan pasukan kolej tingkatan enam tu? Dak-dak hebat semua berkumpul dekat situ. Kau rasa?
"LARI PUSING GELANGGANG SEPULUH KALI!" Jerit coach kami aka ustazah bahasa Arab yang berkaliber.
"Eh tu apa yang jalan lenggang-lenggang tu? Lari sebelum saya kejar kamu!"
"Weh! Aku nak termuntah!" Keluh aku.
Sumpah penat gila. Dengan terik mentari yang time tu jam dah nak pukul 12 tengah hari.
"GD! Kamu lambat sangat! Lari laju lagi!! Macam ni kamu nak lawan minggu depan?"
Obviously dia tegur aku. Choii!
Aku dah setahun tak berlari weii, pancit tu kau jangan cakap ah, urat tegang tu kau jangan sebut ah, kaki krem tetiba tu tak pelik ah.. Semua tu tak pelik.
Dulu time form 5, setiap kali latihan merentas desa, aku kat belakang sekali sebab aku tak lari. Pastu aku ingat lagi, cikgu nora kejar kitorang sambil naik basikal bawak ranting kayu.
Time syok kena kejar tetibe ada nyalakan anjin nation. Apa lagi, berlari sambil menjerit lah.
Lepas habis punsingan yang kesepuluh, aku rasa macam jantung aku tak cukup oksigen! Aku dah macam orang yang ada penyakit semput je time tu.
"Kamu semua ni terlampau lemau. Tau lemau? Petang ni turun padang lagi, saya akan tengok kamu training"
What? Give me a break please ! Oh man !😱😱
Aku terus berlari mendapatkan air masak aku. Menggeletar tangan aku sebab trembling symptom.
Trembling symptom ni terjadi sebab berlaku adrenaline rush so, tangan kita akan menggeletar sebab penat. Ni common things la time kita tengah bersukan. Bukan Parkinson !
YOU ARE READING
Crush!
HumorKehidupan seorang pelajar sekolah perempuan yang sepatutnya dah habis sekolah tapi masih lagi sekolah yang jatuh cinta dengan dua orang jejaka. Dia namakan jejaka tersebut sebagai crush. Amagiler kite harungi bersama dengan Alyn, gadis pemalu yang...