34 : My Crush Doesn't Like Me

555 27 20
                                    

Aku duduk termenung di meja keseorangan. Buku dan pensil yang aku pengang langsung tidak membuat sebarang pergerakan. Di atas sebab tangan aku yang takmo gerak-gerak.

Aku pelik lah kalau budak lelaki gaduh. From my experience lah, lelaki kalau gaduh, dia kasar tau. Takdenye nak buat silent treatment macam ni. Lain la kalau gaduh dengan girlfriend ke kan. Buat silent treatment ni lagi bagus. Tapi guys! Diorang tu lelaki!

Ah sudah! Aku pulak yang over pehal.
'Pak!'

Satu buku elok je landing depan aku. But, dia punya landing tu bukan main buat aku melatah!

"Omma omma!"

Dan si pelaku tersebut mentertawakan aku. Ya Allah, kau berilah aku kesabaran dengan perangai monyet dia ni ya Allah!

"Kau ni, aku bagi kaki karang baru tau lah" Marah aku.

"Hahahaha! Berangan je keje? Izzu atau Khalim?" Soal Farah.

Soalan dia ni memang kena doh! Kau bela saka ke apa?

So far lah, aku lebih selesa cakap pasal ni dengan Farah berbanding dengan member yang lain. Pasal apa? Diorang tu sekejap je, esok lusa dah sampai kat telinga orang lain. Taguna betol.

"Takde pape lah" Jawab aku pendek. Sependek-pendek aku jawab tu lah yang membuat si Farah ni tenung muka aku sampai nak terkeluar bijik mata. Eww tolong lah! Kawan sape ni?

"You're lying!"

"No!"

"Oh pasal Izzu dengan Akmal tu ke? Better kau tanya orang kat sana tu" Ujar Farah sambil tangannya menunjuk ke arah susuk seseorang yang aku kenali.

Khalim.

"Eh ewahhh. Memang tak lah. Tak kuasa aku. Biar lantaklah diorang tu. Bukan masalah aku pun" Jawab aku angkuh. Ee padahal, nak tahu sangat!

Farah dengan beraninya terus sepak kaki aku kuat. Ya Allah, kenapa aku kawan dengan syaitoon ni?

"Sakitlah sakai!" Aku menjerit sedikit.

Aku terus menaikkan kaki aku ke atas kerusi. Aku usap perlahan kaki aku yang ditendang oleh manusia dihadapan aku ni.

"Weh Khalim! Sini jap!" Dengan pantas, Farah terus panggil si Khalim ni mai datang kat tempat kitorang lepak.

Aku apa lagi. Terus turunkan balij kaki aku yang sakit itu. Khalim tak datang seorang, dia dengan member dia lah. Ada 2 orang dekat belalang dia.

Haziq dengan Fikri.

"Ye, nape ye?" Soal Khalim sambil mendekati tempat kitorang lepak tu.

"Weh, Alyn nak tanya something" Farah terus memetik nama aku. Aku dengan gelabah taik ayam terus membulatkan mata aku memandang Farah. Farah membalasnya dengan wink yang tak berapa nak comel dan tersenyum lebar.

Mata Khalim terus menerpa muka aku. Ya Allah, handsomenya mamat ni.

Aku dengan gelabahnya, terus cover acah biasa.

"Cikgu Nazir suruh turun dewan time waktu dia. Cakap dekart kelas kau" Entah dari mana idea nak cakap benda tu tetiba.

"Oh pasal tu, dah tahu dah. Dia ada cakap semalam. By the way, thanks."

Aku menghela nafas lega. Pheeww!

"Tapi, ni bukan soalan. Tadi Farah kata kau nak tanya something?" Soal Khalim. Aku fikir aku dah selamat lah tadi. Detail betul lah otak dia ni.

Aku terus menjeling Farah. Farah hanya mengangkat bahu sambil tersenyum. Kuaja kau Farah.

"Erk... Yeke? Aku just nak cakap tu je"

Crush!Where stories live. Discover now