13 : Layan Movie

653 39 3
                                    

Lepas solat zohor dan makan tengah hari di dm, masing-masing lemau.

Petang kut, nak belajar apa petang-petang ni?

"Weh, jom tengok The Counjering 2 jom! " Ajak Zieda.

"Jom weh jom! Tak ada mood nak study doh. Cukup lah dua minggu melantak sejarah sampai muntah" Beriya Teah cakap. Padahal baru je semalam dia start buat karangan yang ke 16.

Teah ni sembang je weh. Jangan percaya perempuan ni.

Apabila mendapat kata sepakat satu kelas yang hanya didiami oleh 4 ketul minah terlajak laris, mereka menyeret kerusi untuk duduk berhampiran dengan laptop tersebut.

Kamera dalam cerita tu rolling macam senetron petang. Bunyik background je lebih.

Cheng!

Cheng!

Cheng!

Cheng!

"AAAARRGHHHHH!"

"Eh setan, tu muka orang tua lah sakai, bukan hantu!! Babi!

Tudiiaaa, nyalakan cursing words by Alyn.

Madafaka. Aku terkejut siot!

Masalahnya satu kelas menjerit. Pastu masing-masing pegang mulut sebab dah tahu terlebih jerit.

Memang sah lah akak upper dengar. Mesti diorang bengang abadi nak mampus dapat junior macam kitorang.

Yang kelakarnya si Zieda tolak kerusi ke belakang atas refleks terkejut yang melampau. Nasib tak jatuh je tu.

Aku pulak dah mencangkung menahan gelak. Setan buat lawak petang-petang ni.

Lepastu semua nak tergelak mengalahkan hantu pontianak gelak. Yela, dah tau takut, nak tengok jugak. Hantu belum keluar, dah menjerit bak pelesit!

Nasib baik outsider semua dah balik, means Izzu pun dah balik lah. Kahkahkah.

Yang asalnya bak mulimat sejati yang cun semua dah hilang. Kerengga punya The Counjering! Naya jantung aku je.

Bij betul lah.

Lepastu semua tak ada mood nak tengok cerita tu. Kitorang bukak drama filipina pulak. Cerita cinta kau.

Cerita Everyday I Love You tu. Hostelian mesti kenal lah cerita ni. Outsider maybe kenal sebab mereka lah pembekal movie terlarang ini. Hahahaha.

Pasal perempuan yang suka buat video lepas pakwe dia koma tu. Alasan nak bagi pakwe dia yang koma tu tengok lepas pakwe dia sedar. Pastu jumpa pulak lelaki sombong yang curik gambar dia.
Alah, malas ah nak cerita. Last-last dua-dua suka sama suka.

Yang aku tak puas hatinya, budak tu sama umur dengan aku lah!

Bij, lawa gila siot minah nihh!

Aku ni? Ha nampak lah tu ada sipi-sipi muka kerengga.

Lambat gak ah turun masuk asrama semata nak habiskan cerita tu. Sanggup weh.

👻👿👻👿👻👿

Aku sekarang dekat depan bilik sita. Aku memang sumpah gila lupa yang aku tak masukkan tudung asrama aku kat dalam locker.

Member langsung tak tolong member. Selfish betul. Yang marah tu adik-adik form 4. Rasa tercalar pulak maruah kita ni. Lantak ah, janji aku hormat diorang yang tengah jalankan tugas.

Dak-dak exco ni biasalah skema nak mampus. Kau jangan memain budak sini, ingat lagi tak yang depa pandang rendah kat dak form 6?

Ya.

Ah malas nak bukak cerita lagi. Aku dengan selamba, ambil balik tudung aku then nama kena catit. Kah. Kenangan beb.

Lepastu yang lain meroyan sebab katanya tak tahu peraturan tetiba nak jalankan.

Kata Pengajian Am nya, rang undang-undang masih belum di war-warkan dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Tapi dah ambil tindakan.

Ikutkan, boleh je bantah sebab YDPA tak perkenankan lagi. Tapi ni asrama gais, celah mana kau nak bantah. Tau-tau nanti kena bash je. Pastu jadi budak-budak wanted.

Aku ni jenis yang suka kepada keamanan ok. Kesengsaraan tu mohon lah jangan mengada nak dekat-dekat dengan aku.

Lepas tu aku terkedek-kedek naik dorm. Biasanya aku tidur dengan Teah. Aku ambik bantal dengan selimut aku terus masuk dorm Teah.

Kitorang tak tidur kat katil, tapi dekat lantai. Best tau ada pengalaman tidur macam ni.

⏰⏰⏰⏰⏰

Pagi tu ada subjek sejarah. Gelabah siot aku nak sorok karangan yang lobang ni. Adalah dalam 3 ke 5 lagi karangan yang aku tak buat lagi, pasal aku tak tahu soalan tu nak apa.

Cikgu pergi kat meja sorang-sorang. Time kat meja aku, dia selak satu-satu beb. Tapi dia diam. Lepastu terus dia selak buku kawan sebelah aku.

You know what? I'm totally happy!!

"Hey, mana buku kamu? Kenapa ini je karangan yang kamu buat?" Soal Cikgu.

Aku terkejut. Ada yang tak siap lagi ke?

"Ni, saya ada highlights dekat dalam buku ni" Dia pun keluarkan lah buku rujukan yang dia highlights tu.

"Kamu ni pelik lah, kawan kamu yang lain semua buat dekat dalam buku tulis, tulis guna tangan. Kamu je yang buat macam ni. Kalau macam tu saya pun boleh buat. Heyy, Saya pelik lah dengan kamu ni" Cikgu tu tak marah, dia perli je. Huhu.

Pastu Cikgu pergi kebelakang.

"Saya tengok kamu ni pelik lah, tak tau kenapa. Tapi tulah, saya nampak kamu ni pelik"

Tak. Actually tak lah pelik budak tu. Dia punya gaya je pelik. Pasal apa?

Satu. Tudung dia tu kedepan gila. Boleh buat hoodie kot.

Kedua. Dia suka buat muka terkejut. Ala banyangkan jelah macam mana member kau terkejut. Ha cam tu lah muka dia.
Pelik-pelik dia pun, berisi tau. Pandai gila.

Tak. Cikgu tak marah dia pun sebab sejarah dia, dia siap 100% kot. Daebak !

Lepas tu kitorang di benarkan untuk rehat.

Aku join diorang yang kata nak makan. Memandangkan dm petang ni makan sup daging, aku penuhkan dulu perut sampai makan malam punya menu.

Ya. Aku tak suka lembu. Anything yang berlaukkan lembu.

Hey! Aku bukan hindu eh! Suka hati je kau kutuk aku hindu. Ceh!

Entahlah, sejak tengok lembu kena korban time aku kecik, aku terus trauma nak makan.

Satu trauma.
Satu lagi sebab aku memang tak suka bau dia. Busuk! Werrk!

Aku tak tahu lah macam mana orang Korea tu boleh jadikan tu menu favorite.

Aku setakat ayam tu boleh lah jadikan favorite. Mungkin sebab kesihatan pemakanan kot. Lembu dengan ayam, better makan ikan. Ikan tu lagi bagus tau.

Ok. See? Aku dah melalut sangat dah ni.

Time kat kantin tu, aku nak bayar untuk laksa. Wuuu hari ni menu laksa kot. Lama tak makan.

Time nak bayar tu, Izzu ada dekat depan aku.

Oh jap, kat sekolah ni pelik sikit Dia ada satu je mak cik yang jaga duit. So, laki perempuan kalau nak bayar, menghadap satu sama lain. Ala, kat tengah tu ada meja panjang buat letak kuih, so we're separated to each other. Kah.

Aku wat lek je lah, padahal gembira gila tau dia ada dekat situ. Malu lah wei ! Cover ayu itu penting !

Hati, sabar. Kau nak meloncat nanti-nanti je ye?

Aku pandang dia, dia.....

SENYUM BHAI.

Tahu tak aku ni cepat melting. I cannot lah wei. Sampai bila aku kena jadi camni?

Crush!Where stories live. Discover now