27 : Jawatan Apa!?

536 27 37
                                    

Hari ni ustazah buat aktiviti koko untuk tingkatan 6. Disebabkan baru bulan 2, ustazah buat kelab persatuan, kelab permainan dan kelab uniform khas untuk tingkatan 6. Wow! Daebak gila ustazah aku ni.

Disebabkan bulan satu hari tu masing-masing busy dengan merentas desa dan sukan sekolah, so hari ni merupakan masanya untuk melantik ajk.

"Hari ini saya nak kamu semua melantik ajk kelab persatuan, kelab uniform dan kelab permainan. Saya serahkan kepada president mppu kamu" Ustazah terus menyerahkan mic kepada Ahmad. Yaaa president kita yaaaa. Ouyehh!

"Baiklah, kita akan mulakan dengan kelab persatuan dulu."

Disebabkan aku ni noob. Aku memang tak kenal shape shape pon. So aku akan angkat tangan bila ramai yang angkat tangan.

"Baiklah, setiausaha untuk kelab. Ada cadangan?"

"Arif!"

"Syahmi!"

"Cadangan di tutup!"

"Cepatnya cadangan tutup? Hahaha" Sampuk Leman.

So majoriti pilih Arif.

Time cadangan untuk nama naib setiausaha tu aku yang tengah blur nak mampos ni tiba-tiba terdengar nama aku disebut. Kuang asam!

Zieda dan Teah punya kerja. Siuuut betul beruk dua ekor ni!

"Saya mencadangkan Fadhlin"

Aku terus berdiri then

"Saya mencadangkan Fatikhah! "

Teah cepat-cepat pandang aku. Pastu buat muka 'wei! Tu bukan aku punya kerja. Tu Zieda!'.

Lepastu kami dipersilakan untuk kehadapan biar semua nampak muka kitorang.

Aku dah macam grim reaper kat depan ni pandang si Zieda ni.

"Baiklah siapa pilih Fatikhah, angkat tangan..."

Satu

Dua

Tiga

Majoriti pilih........ Jeng jeng jeng

.
.
.
.

AKU!!

SIOT BETUL SIAPA YANG ANGKAT TANGAN TU! SEBELUM AKU SEPAK-SEPAK MUKA KORANG BAIK KORANG TURUNKAN TANGAN TU!

"Woi Alyn, dahla tu. Ko jangan nak jadi kerbau pulak dekat sini" Tegur Teah sambil memegang kedua belah tangan aku dari terus berjalan ke arah mereka semua.

"Siut! Aku malas sia nak ada jawatan ni! Dahla setiausaha. Takde mende lain ke nak bagi aku? Memang aku rajin nak buat laporan tiap perjumpaan. Siot betul!" Aku menghentak kaki sambil berjalan ke arah kerusi aku tadi.

Muka ni aku monyokkan.

Sampai lah perlantikan untuk kelab permainan.

So president dia Khalim. Wuish. Apehal lah tak bagi dia jadi setiausaha sama-sama dengan aku. Jeles pulak aku dengan Irah sebab dia naib president kelab permainan.

Gila jeles doh!

"Baiklah, setiausaha setiap kelab yang dilantik, pastikan kamu semua buat minit mesyuarat untuk perjumpaan hari ini. Buku ada pada saya. Setiausaha mana? Sini bangun, ambil buku ni"

Aku diam je lah sebab aku naib je pon. So ni kerja setiausaha je lah.

Tap!

Satu buku elok je landing depan mata aku.

Buku Blak.

Oh shit! Kenapa aku yang kena pegang benda ni? Buku yang terlalu berhantu sehinggakan apabila semut mula mendaki buku itu, puff! Hilang menjadi debu-debu. 😱😱

Crush!Where stories live. Discover now