Bukan setakat Melor and the gang kat dalam tu, budak lelaki tadi tu pun ada kat dalam ni. Diorang duduk dekat belakang kitorang.
Memang sah budak Wardah tengah buat reunion !
Annoying gak lah sebab kitorang jumpa member kat sini.
Tapi ni masalahnya kenapa mesti ada Melor dengan Izzu dalam satu panggung yang sama !?
Aku malas sia nak tengok drama tanpa peminat kat sini.
Duh!
"Eh? Izzu, kau pun ada? Stalk kitorang ehh??" Soal Melor nada mengusik.
"Apa salahnya stalk korang kan?" Izzu tersimpul senyum, yang aku ni dah jadi setan dekat sebelah Melor ni.
Roh aku keluar dari badan dan bila-bila masa je aku nak cekik si Melor taik unta ni.
Sabar alyn sabar.
Kau kena pegang kata-kata ni.
'Kalau nampak mamat hensem, sedarlah mamat tu tak tengok kau pun sebab kau tu huduh. Sedar lah - ayat twitter 2016'
Roh aku masuk balik dalam badan aku. Tak jadi nak cekik Melor.
K. Cedih.
Siapa nak luahkan rasa cinta kat aku? Siapa? Aku ni gaya macam minah ketagihan cinta yang terlarang tau tak.
Weh, umur aku 18, tahun ni! Dan aku tak pernah nak berani rasa suka kat orang sebab aku memang tau benda tu salah.
Maksiat katanya.
Zina hati.
Ya. Tapi tak kan nak guna pakai kata-kata muslimin muslimat sejati yang mengatakan cinta selepas kahwin itu indah.
Ya. Memang indah sangat.
Tapi masih available ke untuk zaman sekarang ni? Abad 21 ni?
Ramai sekarang yang mementingkan penampilan diri, harta, keturunan dan paling sedih, jarang orang nak kahwin kerana agama dia.
Tak percaya? Tengoklah masyarakat kita, alah! Paling dekat pun tengok sedara ataupun family kita sendiri. Nampak bukan?
Ada tu memang ada, tapi bukan aku lah eh? Hahaha.
Aku memang jenis yang memilih, bukan memilih macam yang aku sebut seperti yang di atas tu. Tapi, hati yang menggerakkan aku untuk suka, untuk mencintai.
Genggam hati Allah dulu sebelum pegang hati si dia, sebab Allah lah yang mengubah hati si dia untuk mendapatkan kita.
Teeeettt! Ceramah tamat.
Sejak bila alyn pandai bermadah pasal cinta ni? Pengalaman pun ngak pernah sihhh!
Aigooo.
Aku duduk diam tengok suicides squad. Kadang-kadang terhibur dengan Hulk dan Herly Quinn.
Bagi aku Herly Quinn ni rock. Comel dan berkebolehan. Tak macam aku.
Ok ok. Stop rendahkan diri sendiri. Aku cantik macam Herly Quinn ok.
Lepas habis tengok wayang, aku terus keluar.
Tak sanggup aku nak tengok aku di duakan dengan si Melor.
Eii perasan!
"Weh! Dah pukul 5 doh, jom balik. Ni kalau jem ni mati aku balik lambat. Ibu aku aka ustazah engkorang (Ibu aku, ustazah time kitorang primary school. Kawan dari pra kut!) nanti jadi singa. Jom weh jom!" Aku dah gelabah gila babeng ni. Tengok bateri telefon pulak tinggal 3% je.
Tu lah, mengada sangat main game. Time saat gentir ni jugak lah telefon nak habis bateri. Ni kalau ibu call tak dapat mesti dia fikir yang bukan-bukan.
"Korang, jom pergi main bowling ke? Budak lelaki ikut sekali" Ajak Melor.
YOU ARE READING
Crush!
HumorKehidupan seorang pelajar sekolah perempuan yang sepatutnya dah habis sekolah tapi masih lagi sekolah yang jatuh cinta dengan dua orang jejaka. Dia namakan jejaka tersebut sebagai crush. Amagiler kite harungi bersama dengan Alyn, gadis pemalu yang...