Aku masuk ke dalam kelas. Aku tenung tangan aku yang luka tu. Dalam kepala aku, tetiba aku teringat si Zayyad. Korang tahukan yang dia tu pelik. Pelik sangat.
Yang kes dia kata aku ni rampas Izzu dari awek Izzu tu. Memang lah aku suka, minat dekat si Izzu tu tapi tolong lah jangan sampai nak over sangat nak kata aku ni perampas lah apa lah. Hello? No class ah rampas-rampas ni. I more to orang yang cuba rampas hati I ni tau. 😘
Euw?
Kalau fikir pasal mamat ni sampai bila pun tak kan habis. Aku syak Zayyad ni psycho lah. Dalam ramai-ramai orang, kenapa lah mesti yang psycho ni aku ditakdirkan satu sekolah dengan aku?
Tapi masalah yang ni lagi pelik. Izzu dengan Khalim tu. Apesal ha diorang tu? Diorang berdua macam moody nak mati hari ni. Pandang aku macam nak makan orang. Ke aku perasan je? Entahlah. Aku nak tegur pun buang masa. Eh tak, segan sobonarnyeee.
"Alyn! Shima! Akmal nak jumpa korang" Jerit Teah. Aku dengan Shima saling berpandangan. Kalau nama kitorang berdua kena panggil ni tak lain tak bukan mesti ada pape dengan masalah kelab tu.
Aku beriringan dengan Shima keluar dari kelas dan mendekati Akmal yang tengah bersidai di tepi kelas kitorang.
"Nape?" Soal Shima.
"Haa. Ni" Akmal serahkan satu kertas yang mengandungi tulisan. Of course lah tulisan. Kalau lukisan baik tunjuk kat member je.
Dalam kertas tu tertulisnya bahawa Ustazah Jamaliah nak kitorang laksanakan Karnival Ko Akademik peringkat sekolah.
"Karnival?" Aku mula bersuara. Aku kalau dengar pasal karnival sumpah benda ni mesti besar dan aku tak pandai nak handle.
"Yep. Ustazah nak korang senaraikan aktiviti yang korang nak buat tapi mesti ada kaitan dengan kelab korang. Esok petang ada meeting, ustazah nak tengok esok. Okay?" Akmal memandang kitorang dengan pandangan 'korang berdua faham tak ni?'.
Aku dengan Shima saling berpandangan.
"Haaa ha ha. Ok" Jawab aku acah ok sangat time tu.
Lepastu Akmal terus blah. Kitorang pe lagi blah ah gak masuk kelas.
"Shima"
"Alyn"
"Kenapa kita kena buat ni? Huwaa! 😭" Kitorang serentak menjerit.
"Minggu depan turn kita kan yang handle? Lagilaahhh"
😫😫😫😫😫
Perasaan yang seram nak meninggal ni tiba-tiba muncul.
Sebab apa?
So gais ni ai nak bagitau ni, sem 2 ni kitorang bakal menghadapi kasus kehidupan yang stress gila nak mati. Sebab apa?
Bacalah ye. Kihkihkih.
Semua pelajar di minta untuk turun ke dewan. Dengar cerita hari ni cikgu nak bagi taklimat pasal kerja kursus. Bahasa Jawanya, assignment.
"Baiklah, hari ni akan ada taklimat mengenai kerja kursus Pengajian Am dan sekaligus dengan taklimat bagi kerja kursus Syariah sebab semua kelas amik subjek ni."
Cikgu Nazir mula mengambil mic dan mulakan perbincangan dan taklimat kerja kursus bagi subjek Pengajian Am.
"Weh, aku dok pahe ni, guano ni?" Aku mula meletakkan kepala di atas meja. Padahal cikgu Nazir belum lagi habis bagi taklimat dihadapan.
"Kau ni pun, kalau ye pun tak paham, angkat lah kepala tu jangan nak tido ye. Kang dia attack kau tetiba haa" Ujar Shima.
"Yang kat belakang tu faham?" Soal cikgu Nazir tiba-tiba.
Aku yang dah terlentok tadi terus angkat kepala aku acah tengah tulis nota.
"Fadhlin, kamu okay? Demam ke?" Soal cikgu Nazir.
Aku pejam mata. Ah sudah. Nama aku pulak kena petik.
Weh, sumpah malu kena mention camni depan satu batch yang aku tak berapa nak kenal pun orang-orangnya.
Aku buat muka kelibut. Sumpah aku kelibut gila rasa.
Mata yang lain semua dah tumpu kat aku. Aduh, pehal pandang-pandang ni? Macam tak pernah nampak manusia je. (¬_¬)
Namun mata aku ketika itu bertembung dengan mata milik Khalim. Kitorang buat eye contact. Khalim pandang aku sambil kerut dahi. Dah kenapa pulak kali ni?
Aku terus alihkan pandangan aku pada pen dan mula buat-buat tengah mencatat nota.
Padahal jantung aku time tu hanya Allah je yang tahu betapa lajunya dia mengepam!
Oh my Khalim! Why you looked at me like that huh? Why are you so kiut!? Kyaa~! \(≧▽≦)/
Lepas selesai sesi taklimat. Semua mula berpusu-pusu keluar dari dewan. Sebelum keluar, aku letak semula kerusi yang aku amik ke dalam stor balik.
Masa aku nak keluar, dalam bilik stor tu ada aku dengan Khalim je. Khalim pulak baru nak masuk sambil bawak kerusi dia. So aku bagi lah dia masuk dulu sebab kat pintu tu semua tak nak bagi dia lalu nak masuk letak kerusi dia tu. Dan dan aku nak mendekati pintu, pintu stor tu tiba-tiba tertutup macam kena hentam.
Aku apa lagi
"OMMMAAAAKAU!"
Kuaja betul diorang ni.
"Jijik betul perangai diorang niii"
Aku terus mencapai tombol pintu untuk membuka semula dan marah si pelaku tak bertamadun tu.
Tapi
"Weh, asal tak boleh bukak ni?" Aku cuba pusingkan tombol pintu itu beberapa kali sambil menolak pintu itu.
Aku pandang Khalim yang kini betul-betul ada dekat belakang aku.
"Weh, tak boleh bukak" Sambil cakap sambil kaki aku perlahan-lahan menjauhi diri darinya. Korang tahu lah kan bila lelaki dan perempuan berdua je dalam satu tempat. Ehem!
Khalim cuba untuk buka namun tak berhasil. Masalahnya sekarang ni dia tendang pintu tu macam sepak bola siuutt. Tak sakit ke kaki tu bang?
"Weh, Khalim! Ko kat dalam dengan siapa?" Soal rakannya Haziq.
"Aku dengan....... " belum sempat si Khalim ni habiskan ayat dia, aku dah menjerit dulu.
"Alyn ni! Kitorang berdua je dalam ni!"
"Laa Khalim dengan Fadhlin. Ha biarkan lah diorang tu. Dua pasangan sejolikan?" Aku dengar ada suara Zieda dari luar.
Aku pandang Khalim, Khalim pandang aku.
"BAIK KORANG KELUARKAN KITORANG SEKARANG!!"
Aku mula menjerit sebab aku mula rasa tak senang duduk dalam stor ni dengan crush sendiri.
"Weh Alyn, sabar" pujuk Khalim.
"No! Aku tak akan sabar selagi kau dengan aku je ada kat dalam ni" Aku mula rasa resah.
Khalim senyap. Tapi matanya masih lagi memandang aku. Ah sudah. Apa pulak kali ni.
"Kau suka aku ke?"
Damn it!
Apehal dia tanya aku soalan macam tu time sekarang ni?
Hari ni sis update sebab dah lama tak update. Tak, bukan apa. Dia macam tak ada mood nak menulis sejak akhir-akhir ni. Entahlah, mengenangkan final sem punya exam semakin menghampiri. Less than 3 weeks. Same goes to spm.
Yang bakal hadapi ujian akhir tahun, spm, stpm, stam, muet test, good luck and do the best. Ingat ibu ayah kalau dah macam give up gila. Walau apa pun result yang bakal keluar, sikit ke, banyak ke, ucapkan Alhamdulillah. Okay? Jangan mengeluh banyak, ingat kawan kita yang tak hebat macam result kita tapi dia still berjaya. Sebab apa? Sebab dia bersyukur dengan nikmat Allah.
Kalau kita bersyukur dengan rezeki yang kita dapat, InshaAllah, Allah akan tolong kita. Stay positive. 🤗🤗
YOU ARE READING
Crush!
HumorKehidupan seorang pelajar sekolah perempuan yang sepatutnya dah habis sekolah tapi masih lagi sekolah yang jatuh cinta dengan dua orang jejaka. Dia namakan jejaka tersebut sebagai crush. Amagiler kite harungi bersama dengan Alyn, gadis pemalu yang...