31 : Repeat

451 18 31
                                    

Hari ni hari jumaat dan bermakna aku balik hari ni. Yeay! Dari minggu lepas lagi aku nak tunaikan hajat aku nak beli nombor pin repeat. Sem 1 aku ada 3 yang gagal so aku repeat 3 paper. Kesemuanya 150 kalau campur gst tak tau lah berapa. 152 mungkin?

Aku angkut semua barang aku dari asrama keluar untuk di masukkan ke dalam kereta setelah nama aku di announce banyak kali oleh pengurus urus setia. Sabor sabor. Orang tengah jalan lah ni.

Tak banyak pon barang aku. Just satu beg sandang dan beg yang berisi cadar dan selimut aku yang bakal di basuh di rumah.

Kat asrama ni ada je dobi cuma aku tak berapa berkenan nak hantar ke dobi. Bayar mahal (wajib bayar siut) tapi aku tak tahu nak hantar apa je dekat dobi. Baju? Better basuh sendiri. Wangi. Kalau dobi yang basuh, tak wangi weh.

Aku nampak kelibat ayah dengan adik bongsu aku di depan bilik us tu. Tangan ayah terus aku salam. Kemudian kitorang terus menuju ke arah kereta.

Aku susun rapi beg aku dan kemudian tangan dan pipi ibu jadi mangsa kucupan aku.

"Kamu nak beli nombor pin tu untuk berapa subjek?" Soal ibu. Ni yang sebak nak cakap ni. 150 tu bukan sikit, banyak! Duit yuran sekolah, asrama dengan dobi tu tak bayar lagi.

"Tiga subjek" Jawab aku.

"Berapa semuanya? Ada gst nya sekali kan? Gst dia berapa?" Soal ibu bertubi-tubi.

"Dalam 151 macam tu lah" Jawab aku pendek. Ibu hanya berdiam. Aku tahu ketika ni mesti ibu fikir pasal perbelanjaan untuk bulan ni.

Memang bukan hak seorang anak nak fikir pasal perbelanjaan ibu bapa terhadap anak-anak, just apa salahnya kalau kita juga berfikiran seperti mereka? Cuba nanti kalau kita ada dekat tempat mereka? That hard feeling though.

Ketika kereta kami menjejek pekan, memang penuh sangat. Ayah terus memberhentikan kereta parking sampai ber-double weh.

"Ni duitnya" Ibu terus menyerahkan sejumlah wang itu kepada aku.

"Tapikan ibu, dekat dalam tu ramai sangat orang. Mesti lama ni"

Aku dengan Ibu turun dari kereta dan masuk ke dalam BSN. Sekali buka pintu kaca BSN tu, aku dah nampak segerombolan lelaki dari sekolah aku berdiri di tepi untuk menunggu giliran. Ramai siot! Dah boleh buat jamuan reunion!

Masa aku masuk tu, semua mata pandang ke arah aku. Dalam hati dah penasaran dan rasa terancam bila diorang pandang aku macam tu tau.

Aku terus je menghala ke arah meja yang ada banyak borang untuk diisi tu. First, aku memang tak tahu nak pilih borang mana satu. So aku pun tanyalah orang yang duduk dekat meja tepi tu. Aku panggil tu kaunter pertanyaan. So aku pun ringankan kaki dekat dengan dia dan tanya.

"Tumpang tanya, borang untuk beli nombor pin repeat tu yang mana satu ya?" Soal aku. Aku tebalkan muka bila perkataan 'repeat' tu aku sebut.

Dia pandang aku sumpah muka kerek nak mampuih. Tak ada reaction langsung!

"Borang yang warna biru" Jawab dia mendatar. Eleh, baru dapat kerja duduk dekat kaunter pertanyaan or promoter pon dah bongkak. Boleh gi mampuih cepat please!

"Oh okay, terima kasih" Terus aku blah dan ambil kertas yang dimaksudkan tu.

Lah, sama je dengan kertas time beli no pin upu. Elehh. Buat penat aku je hadap orang tadi tu.

Lepastu aku isi lah maklumat yang perlu aku isi. Lepas selesai, aku pandang ke arah tempat duduk. Semua penuh. So aku pun berdiri lah dekat tengah alam tu. Yela, kat tepi semua ada orang. Aku berdirilah dekat tengah.

Ibu pulak pergi cakap

"Tu duduk tu dekat situ. Sini orang nak lalu lah" Kuat weh ibu aku cakap. Aku rasa budak-budak sekolah aku tu boleh dengar. Eh tak, satu bank ni boleh dengar. Ibu ni pun, relaks lah. Anak ibu ni pandai handle diri dia.

Aku pun berjalan perlahan-lahan nak duduk dekat tempat kosong tu lah. Time jalan tu, kaki aku ni boleh pulak nak acah main ice skeating pulak kat dalam BSN tuhhh!

Dua kali aku tergelincir nak terjatuh. Tapi taklah jatuh pun. Time tergelincir tu, aku tak pandang sesiapa pun, aku terus duduk dan gelakkan diri sendiri sebab clumsy sangat. Malu nyot! Kasut aku ni lah! Tak boleh bawak bincang betul!

Aku duduk situ sampailah nombor aku kena sebut. Time tunggu nombor aku disebut, aku buat insta story.

"Lama dan ramai" Tu apa yang aku tulis dekat story instagram aku.

Tak lama tu, nombor aku disebut. Aku pun dengan berhati-hati, melangkah ke arah kaunter tu. Okay, dah tak tergelincir dah.

Lepas dapat no pin, aku terus keluar dari situ. Dah malu sangat dah ni.

Lega sikit dapat keluar tau. Kalau tak, rasa macam diperhatikan aje!

Ayah ajak makan pula. Alang-alang perut aku pun lapar, singgahlah makan. Aku pulak check telefon aku. Tiba-tiba ada notification dari instagram. Jarang ni dapat notification dari instagram ni. Tanpa ragu-ragu aku buka.

Aku dapat direct message daripada salah satu budak batch aku, dan dia adalah lelaki. Aku pon bukak lah.

Fikri.zal
"Oit! Org belakang x nak tegur pon"

Aku pun mula berfikir dengan cara tak rasional. Dia ni nak ngorat aku ke? Lol. Dia ni ada je dekat belakang time aku duduk tunggu giliran kat BSN tadi. Yela, tak rapat, memang tak lah aku nak tegur.

Tapi aku biarkan dulu mesej tu. Aku terus masuk ke dalam restoran yang boleh tahan popular jugak lah dekat sini. Lepas order, aku bukak balik dm tadi tu. Aku balas lah. Kang tak balas kena cop sombong.

"Okay, hai fikri"

Fikri.zal
"Oh, hai Fadhlin"
"Makan x ajak"

Terus aku pelik. Mana dia tahu aku tengah makan ni? Mata aku mula meliar pandang sekeliling dan aku nampak dia and the gang dekat meja hujung sekali. Kuaja. Stalker habis. Dalam banyak-banyak kedai makan, kenapa mesti jumpa diorang lagi? 😭

"Sakailahh. Usha ke apa ni?"

Aku abaikan dulu telefon aku dan mula habiskan makanan aku. Lama jugak lah diorang duduk situ. Sampai aku nak balik pun diorang still dekat situ. Sambil tunggu adik aku ni habiskan makanan dia, aku bukak balik instagram aku. Dm fikri aku buka.


Fikri.zal
"Eh, takde lah. Aku tengok tv tu. TV kan kat depan tu"


Haah. Memang ada tv pon dekat sebelah meja aku ni. Tapi cerita filipina. Layan ke dia ni? Ke alasan je. Bukan boleh percaya dia ni. 💁

"Ha. Yelaatu 😌"

Fikri.zal
"Betul. Nnt balikjln leklok. Kang nak terjatuh mcm td."

Aku dah agak dah. Kalau dia perasan, of course lah member dia pun perasan. Malu siott!

"Lantai dia licin la tadi 😂"

Sumpah malu bila teringat balik. Dia pergi throwback pasal ni buat apa?

Fitri.zal
"Lantai licin ke mmg sje nak main seret2 tu 🌚"

Ya Allah sumpah lawak dia ni. Dia kata aku main seret-seret gais. Kau Bayangkan aku main seret-seret kat dalam bank gais. Cuba Bayangkan gais!

"Takde keje aku nak main seret-seret lah ngekkk 😂😂😂"

End conversation, si Fikri ni say sorry sebab gurau melebih. But bagi aku okay je. No hal lah. 👌

Lepas je aku habis dm-ing dengan Fikri, ada orang follow request dan juga direct message request.

Aku tengok lah siapa. You know what, orang itu adalah Khalim. Aku dapat follow request dari Khalim dan juga dm request dari Khalim.

OMG!

Seperti yang dijanjikan. Btw, ni memang kisah benar yang aku lalui dan moment paling malu nak mampus aku buat depan crush! Save me pls! 😭😭😭😭😭 Eh, Fikri not my crush okay!

Crush!Where stories live. Discover now