"Aku just tanya je. Aku tak kacau dia pun."
"Dari gaya kau pun aku dah tahu lah. Tu kat tangan kau tu kau nak buat apa dengan benda tu??"
Mata aku terus memerhati benda yang dikatakan Izzu itu. Tangan lelaki itu sememangnya sedang memegang sesuatu.
Madafaka apa pulak kau nak buat pagi-pagi ni shial?
"Alah setakat kumbang je pun, kau takut ke Alyn dengan kumbang? "
Aduh mak kau, nak ajak gaduh jangan lah dekat tangga. Cer cari tempat best sikit. Mata ke atas tangan di bahu wei.
"Ehem!" Aku cuba betulkan tekak aku yang maybe serak.
"Weh, aku nak naik dulu. Pape roger !" Ujar aku selamba.
Aku dengan selamba terus naik sambil menahan rasa sakit tanpa memegang besi sebelah tangga itu. Mengada nak tunjuk bagus depan Izzu.
"Pegang lerr besi tu, kang jatuh aku tak boleh sambut. Haram" Tegur Izzu tiba-tiba.
Aku membulatkan mata aku. Terus pandangan aku ke arah Izzu. Aku kerutkan dahi.
Dia senyum senget bhai. Gelakkan aku lah tu. Adumak kau Izzu.
"Ok fine" Aku terus pegang besi sebelah tu. Buat-buat tak ada perasaan.
"Eh? Alyn!?"
Tetiba ada orang panggil aku dan itu adalah suara Zieda. Ya Allah Zieda, sesungguhnya kau lah super woman aku! Tolong aku weii.
"Kau dah tak demam dah ke?" Laju je tangan dia sentuh dahi aku.
"Kau demam lagi lah Lyn. Eh? Ha! Apa yang korang berdua buat kat sini ha!? Korang buli Alyn Eh?" lantang suara Zieda kedengaran.
Kebetulan time tu ada akak upper 6 lalu. Menjeling kitorang habis weh.
"Zieda, apa kau ni! Jom naik, akak upper jeling kita tuu" Aku terus tolak Zieda agar dia terus menaiki tangga.
Aku naik tangga dengan riak muka menahan sakit.
"Kau ni! Dah tau sakit lagi pergi datang jugak jahanam ni kenapa!?"
Wei, Zieda ZiedaChiki marah aku wei. Apeni apeni? Huaaaa!
"Alyn still demam ke?" Soal satu suara. Aku pandang atas.
Leman.
"Sibuk lah kau" Jawab aku selamba sambil terhinjut-hinjut dengan kaki macam tu.
"Cian. Kaki sakit, demam pulak tu. Kalau antibodi tak kuat, tak payah main kat padang. Kan dah sakit" Ujar Leman sambil angkat kening sebelah macam Ziana Zain. Tak! Aku rasa kalah Zina Zain weh.
Dasyat mamat neh.
"Leman, jangan kacau Alyn. Dah tau dia sakit bagi lah kata-kata semangat sikit instead nak perlekehkan dia. Jom Lyn, jangan layan orang gila ni"
Terus tangan aku ditarik Zieda sehingga masuk ke kelas.
"Alyn?"
Aku pandang depan.
"Aniq?"
"Ni apesal ni?"
"Takde pape, sakit sikit je" Jawab aku.
"Sakit sikit sampai suara tak ada?" Perlinya.
Aku malas nak layan sesiapa sekarang ni. Terus aku melangkah masuk ke dalam kelas aku.
"Weh, korang tau tak Alyn ramai peminat. Izzu, Aniq, Leman dengan Zayyad.
Zayyad ni member kelas Izzu dan juga merupakan ex sekolah ini. Aku tak tahu apa motif dia pegang kumbang tu. Aku tak takut pun kumbang. Labah-labah ye. Aku takut dengan natang tu.
Aku ni kalau tengok labah-labah aku akan jadi geli dan takut. Nak kata trauma, aku tak ingat pun trauma pasal apa. Perasaan tu tiba-tiba je ada.
Dalam family aku, yang share watak penakut dengan makluk tu, adik aku yang last.
"Kau diam lah Zieda. Nate mung kata depa suka aku. Malas lah nak fikir. Sekarang ni aku nak pinjam buku karangan korang. Aku kat rumah satu hapak buku aku tak sentuh."
Demam punya pasal, sampai kerja sekolah pun aku tak larat nak buat. Apa nak jadi lah.
Tapi, betul ke budak-budak tu ada perasaan kat aku? Kau tahu lah aku ni cantik tahap apa kan?
Siot!! Sebab crush, rosak hati sebelanga.
🔔🔔🔔🔔🔔
Kebetulan hari ni aku puasa sunat teman member puasa. Lepas solat terus aku naik kelas balik.
Aku naik dengan member yang puasa sekali, Yaqiin aka Ketua Penolong Asrama. Jahat-jahat aku dekat asrama, aku kawan jugak dengan dia ni. Kahkahkah.
Bukan kawan sebab nak ambil kesempatan tapi sebab dia baik. Bagi aku dia ni alim, matang. Aku ni kena tarbiah banyak kali tau. Kahkahkah.
Aku tengok sekeliling aku kat dalam kelas. Asal budak lelaki tak balik lagi nih? Semak semak!
"Asal tak balik lagi?" Soal aku.
"Saja. Nak belajar.." Jawab Jamal.
"Tu yang pegi bukak pes tu buat apa? Belajar main pes ke" Perli aku.Ingat aku tak tahu pes tu apa? Aku pun tahu lah.
"Weh, kita kena halau doh"
Aku memutarkan bebola mata aku.
"Don't talk to me"
Aku membuka buku sejarah aku dan mula menyalin jawapan orang lain. Meniru adalah satu proses pembelajaran ok. Tapi bukan time periksa lah. Bahaya korang ni.
Tak lama tu segerombolan kaum adam menyerbu masuk ke kelas kitorang.
Kau bayangkan, aku sorang je dekat situ. Kurang hasam.
"Korang buat apa ha dalam kelas dengan sorang je perempuan ni?" Usik Leman.
Aku diam. Nak lari pun pintu belakang dah memang tak boleh bukak. Kalau nak lalu depan, wei agak lah nak suruh aku lalu depan. Banyak kot budak lelaki kat situ. Kau ingat aku ni berani sangat ke??
Mana yang lain ni?? Asal makan lambat sangat ni??
"Weh Alyn"
Aku mendongak melihat gerangan yang berani memanggil aku.
Si pemegang kumbang. Zayyad.
"Apa?"
"Kalau aku tanya ni, kau jangan marah tau. Tapi aku nak kau jujur" Ujarnya dengan senyum sinisnya.
Aduh mak, pehal mamat ni nak soal-soal aku ni? Dia nak aku mengaku aku ni adik abang aku ke?
"Hmm apa dia?"
"Betul ke budak perempuan suka Izzu dengan Aniq?" Soalnya.
Aku mengerutkan dahi aku. Haa dah nampak dah masa depan aku time aku jadi nenek. Dahi kedut.
Kahkahkah.
Pehal mamat ni tanya soalan ni? Nampak sangat kot minah-minah semua macam suka cari kesempatan nak rapat dengan diorang.
Aku kes lain ye. Izzu dengan Aniq yang start conversation dengan aku dulu. Lagipun, takde lah nampak yang aku ni rapat dengan diorang berdua tu.
"Erm boleh lah. Asal?"
"Tapi malangnya budak dua orang tu dah ada yang punyaaa" Jawab Zayyad.
Aku buat ekspresi muka selamba. Weh aku berlakon weh!
Padahal aku ni dah menari-nari patah seribu hatikuuuu dalam hati.Izzu dah ada awek?
"Ada aku kesah ke?"
Zayyad buat muka hairan.
"Memang lah kau tak kisah sebab kau tu......."
"Zayyad"
I...Izzu?
Dia pun tak balik lagi ke? Amende yang Zayyad tengah merepek ni?
Amende?
Pineuye!
Last punya post, aku wish awal sangat kan? Halah sakainya aku.
YOU ARE READING
Crush!
HumorKehidupan seorang pelajar sekolah perempuan yang sepatutnya dah habis sekolah tapi masih lagi sekolah yang jatuh cinta dengan dua orang jejaka. Dia namakan jejaka tersebut sebagai crush. Amagiler kite harungi bersama dengan Alyn, gadis pemalu yang...