32 : Masalah

477 28 27
                                    

Khalim buat hal. Aku malas nak tulis satu-satu, I will just screenshot it.

Conversation kitorang ada kat media atas tu. Nak letak kat sini, besaq sangat. 🙄

Walaupun sikit je conversation, aku dah cukup happy dah. Tu aku tampal nama diorang sebab tak nak lah bagi tahu nama sebenar. Cukuplah nama aku ni aku dah bagi yang sebenar. Lol 😂

Ni pun takut gak kalau member aku nampak aku punya story ni. 😂😂

Ayat aku macam biasa lah. Chessy kan? Hahaha. 🙊

💗💘💗💘💗

Malam selepas mengaji, aku macam biasa akan turun balik ke bp. Biasanya aku akan buka buku sekejap lepastu baru join yang lain bersembang. Haha.

Tapi hari ni, ada seseorang yang nak jumpa aku. Agak berdebarlah sebab yang nak jumpa aku tu si Mawar.

Yang lain mula-mula curiga jugak kenapa adik Izzu nak jumpa aku. Masing-masing start usik aku.

"Shuuuuuut! Aku dengan dia tak ada apa-apa lah. Hati aku hanya untuk Hafiz Zainal. Okay bye!" Aku terus melangkah keluar dari bp. Kalau lama-lama kat dalam tu lagi macam-macam yang diorang nak bahan.

Aku berlari ke pondok yang cukup ada meja dan kerusi batu di situ. Agak jauh dari bp sesiapa. Aku pun minta kebenaran untuk duduk disamping Mawar. Yea, dia bagi dan aku duduk.

"Eh Mawar, sorry lambat. Mawar nak jumpa akak kenapa?" Soal aku sambil tersenyum dan aku mengangkat kening aku beberapa kali. Kenapa eh?

"Akak Alyn, jangan marah Mawar, tapi Akak Alyn kena awab dengan jujur." Kata Mawar sambil melihat wajah aku dengan pandangan yang risau dan serius. Ada apa-apa yang jadi ke dekat budak ni? Duit hilang? Kena buli? Or what? Sekarang dah lah musim mencuri tu tengah berleluasa.

"InshaAllah kalau soalan tu bukan soalan math" aku buat lawak bodoh pulak depan Mawar ni. Tetiba terasa sangat bodoh sekarang ni. Mawar tergelak kecil. Okay, at least Mawar pun terhibur.

"Erm Akak dengan abang Iz ada apa-apa ke?" Soal Mawar dengan riak wajah serius.

Okay.

Aku?

Ada hubungan dengan Izzu?

Ni namanya lawak.

Dalam banyak-banyak gadis lawa dekat sekolah ni, asal lah Mawar boleh terfikir yang aku ni awek abang dia.

"Awat tanya soalan ni!?" Respon aku sedikit terkejut.

"Akak Alyn. Please? Jawab dulu soalan Mawar?" Mawar sudah mula menggenggam kedua lengan aku dengan tangannya.

Aku menyedut udara perlahan-lahan dan kemudian dihebus perlahan.

"Kitorang tak ada apa-apa. Just kawan dalam batch. Kenapa?" Jelas aku. Aku melihat dalam ke arah anak matanya. Matanya nampak sedih tapi riak wajahnya tersenyum biasa. Mungkin aku over thinking kot.

"Serius lah akak bukan awek abang Iz?" Mawar mendakwa bahawa aku ni awek Izzu. Mana datangnya fakta ni? Aku just minat je. Yea, minat ._.

Aku hanya menganggukkan kepala aku. Percayalah akak mu ini wahai Mawar.

"Lagipun kenapa Mawar tanya akak soalan ni? Kenapa Mawar kata yang akak ni awek abang Mawar?" Aku menyoalnya. Ya! Inilah yang aku tertanya-tanya. Dalam banyak-banyak perempuan dalam batch aku, asal dia kata aku awek abang dia? Hello? Mana ada official statement dari sesiapa yang aku ni awek Izzu.

"Abang Iz tu ha, dia asyik sebut nama kat Alyn je time tidur"

First of all, pengakuan seorang adik kepada salah seorang crush aku ni memang tak masuk akal. Tapi bab Izzu asyik sebut nama aku time dia tidur ni lagi lah tak masuk akal! Korang nampak tak macam mana Izzu pandang aku semalam? Pandangan meluat tau dia bagi.

Jap. Aku rasa aku tengah mimpi ni. Yee, aku tengah mimpi ni.

Ya Allah, mimpi buruk ke mimpi indah ni? Bagun Alyn! Bagun! Kau kena kawal mimpi ni!

"Err Akak Alyn?"

Aku masih lagi mengelamun.

"Akak Alyn! Akak okay tak ni!?" Mawar sedikit menjerit.

"Boleh try cubit akak tak?" Soal aku. Aku nak pastikan aku tengah mimpi sekarang ni.

"Tapi kenapa? Kenapa nak kena cubit pulak?" Soal Mawar bingung.

"Cubit je. Kalau sakit, akak tak mimpi"

Mawar terus sahaja mencubit pipi aku. Kuat!

"Aww! Aww! Aww! Shakit shakit!" Aku mengerang kesakitan. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa pipi yang dia cubit? T~T

"Akak tak mimpi lah. Ni dunia yang nyata. Akak ni, betul-betul lah. Mawar nak kepastian je. Ke akak break dengan Abang Iz?" Mawar masih lagi menyoal aku dengan soalan yang pelik. Aku hampir nak tersedak bila Mawar kata aku break dengan Izzu. What?

Aku menggosok bekas cubitan tadi di pipi aku.

"Mawar, akak tak pernah couple ataupun bercinta. Abang Mawar tu ramai peminat dia. Rasanya mungkin abang Mawar panggil nama orang lain kot. Kebetulan sama namanya dengan nama Akak." Aku cuba membuat spekulasi yang logik.

Yela, aku dengan Izzu tak pernah menjalinkan apa-apa hububgan. Eceh ayat! Dia yang menyendirikan diri. Tapi bukan dulu ada khabar angin yang dia dengan partner photographer dia ke?

Time khabar angin ni muncul, dia selalu kena padan-padankan dengan partner dia tu. Aku memang jealous gila bila dapat tahu. Broken habis! Tapi time aku tengah broken tu lah Khalim ni muncul.

Oh my! Why so drama! 😭😭😭

"Mawar jangan risau sangat pasal ni. Apa yang Mawar perlu buat, fokus dekat PT3. Dah nak dekat ni. Pasal kisah percintaan abang Mawar tu, biar dia selesaikan sendiri. Okay?" Aku cuba memberi kata-kata semangat kepada Mawar. Dengan ucapan selamat malam, Mawar terus pergi ke block asramanya kembali.

Aku tahu, Mawar tu sangat sayang pada abangnya. Dia masih kecil lagi nak care pasal benda ni. Izzu ni pon satu! Yang menggatal sebut nama perempuan time tidur dah kenapa? Tengok adik kau ni!

Tapi ikutkan Mawar tadi, dia sebut nama aku. Dia sebut Fadhlin atau Alyn? Nama aku ke? Macam mustahil sangat wei dia nak mengigau sebut nama aku.

Aku terus melangkah masuk ke dalam bp semula. Time tu masing-masing dah pandang aku lain macam. Diorang semua bagi pandangan creepy. Yela, senyum melebar sambil angkat-angkat kening dekat aku. Kau rasa?

"Izzu pesan apa?" Soal Qey sambil senyum mengusik.

"Bukan pasal Izzu lah! Heish korang ni." Aku terus cepat-cepat mengambil tudung untuk aku gosok esok pagi.

"Dah nak naik ke?" Soal Farah pula.

"Meh la sini cerita kat kitorang" Ujar Teah pula.

"Weh, cite ah!" Ujar Wawa.

"No! No! No! I'm leaving! Goodnight guys!" Kau terus lari keluar dari bp tu. Habis aku! Aku bakal kena bahan dengan diorang lah lepas ni.

Aku ambil bantal peluk kecil dan selimut di dalam locker. Tudung dan baju untuk digosok esok pagi, aku sangkut pada hujung katil. Aku terus naik ke atas katil dan menyelimuti badan aku.

Izzu. Kau tu pelik lah.

Crush!Where stories live. Discover now