25 : Sukan Sekolah

600 29 34
                                    

Aku tak mudah untuk mencintai.
Aku tak mudah mengaku ku cinta.
Aku tak mudah, menyatakan aku jatuh cinta..

Hari ni gais dah masuk sem 2 gais! Aku tak sangka aku dah jadi upper six now.

Aku tak boleh terima kenyataan yang tahun ni adalah last teen aku. Ya allah, aku still kanak-kanak okay!

Dalam beberapa hari, sukan tara peringkat sekolah akan dijalankan. yeay!

Disebabkan aku ni kurang kuat berlari, aku stay dalam kelas time pemilihan tu. Nasib baik lah aku tak turun sebab apa?

Sebab member aku mengadu kena marah dengan cikgu arus perdana sebab duduk dekat tepi bangunan sambil tengok yang lain berlari.

"Hai kak, jual air ke kat tepi longkang tu? Pergilah! Jangan duduk dekat sini!" ayat sinis campur muka ala-ala nenek kebayan tu.

Pastu lagi satu pulak, time tu member aku gi duduk kat tepi trek rasanya. Budak-budak arus pon ada tapi yang di marah form six je.

"Tepi! Tepilah! Tak nampak ke diorang nak lari tu? Dah form six pon tak tahu ke?!" Dia sembur lagi ayat tak cerdiknya tu.

"Eiii! Dahla cikgu-cikgu palau form six pastu nak marah-marah dengan ayat tak cerdik dia tu! Memang kitorang angkat kaki naik kelas ah! Fikir kitorang nak sangat ke bersukan? Please lah! 🙄" Ujar Qey *flip hair*

Ya yaa, batch kitorang ni kalau memberontak, kitorang memberontak dengan cara cerdik. Bukan macam batch orang lain sampai babitkan cikgu. Tak nak ah mention batch mana kan. Nanti racist pulak katanya.

Malam tu aku duduk dalam BP. BP tu bukan stand for Blackpink, tapi bilik prep.

Blackpink in your area!

Haiyaa!

Kalau bab sukan, perempuan ni memang agak kurang gemar. Tapi, aku kena stay sebab aku malas nak balik dan teman member aku kat asrama ni.

So ceritanya macam ni, Khadijah aka akak ketua asrama puteri ni geng exco dia ada buat jual-jual same goes to MPPU kitorang. Aku ni pulak jadi berbelah bahagi nak join yang mana. Disebabkan aku ni sedar diri, aku join geng MPPU lah. Ye la, tak kan aku nak join exco asrama pulak? Aku bukan berjawatan pon.

So malam tu masing-masing busy nak buat makanan untuk dijual esok. Malam tu aku join lah Melor aka ketua MPPU tu lipat Tsunami ni.

Tsunami bencana tu ke? Ha amende lah Alyn cakap ni.

To sesiapa yang tak tau Tsunami yang aku maksudkan ni adalah sejenis makanan, bukan bencana alam yang boleh bawa maut tu. Faham?

Aku pulak bukan reti bab-bab masakan ni, memang aku off lah.

Pastu aku kena gak tolong sebab tenaga kerja tak cukup. So, aku pon try lah buat.

Pergh! Bukan main diorang pelaku aku yang tak reti buat Tsunami ni macam orang takde maruah as a girl.

Tapi korang kan kenal aku, aku bukan sejenis manusia yang suka cakap besar dan aku adalah seorang yang cool walaupun hati dah terguris-guris.
So, aku biarkan suara sumbang yang dok ketawakan aku.

"Alyn, kau buat besar sangat lah. Cuba tengok najibah buat tu. Ha baru cantik" Ujar Melor sambil memotong bebola yang kena dimasukkan dalam kulit popia dan perlu di balut bersama.

Eleh, dia setakat potong bebola boleh lah. Meh sini aku nak tengok kau buat! Satu lipatan pon kau tak buat. Just cakap dulu dia pernah buat. Eleh, dulu dengan sekarang tu lain.

Mana lah tau, tetiba hilang ingatan cara nak balut Tsunami ni. Puii!

Lepas habis balut Tsunami tu, aku terus naik dorm sensorang. Yang lain masih berlatih untuk perbarisan. Aku yang tak join apa-apa terus naik dorm.

Crush!Where stories live. Discover now