if you let me love you, i will give you my body, my soul, and my heart. if you let me love you i will give you the air from my lungs offered from my lips. if you let me love you i will be with you through every moment of joy and of pain.if you let me love you i will never let a lie leave my lips and weigh down your mind. if you let me love you and you have a moment of weakness, i will forgive you. if you let me love you i will show you the meaning of the word love down to every sound.if you let me love you i will put you fist and myself second.if you let me love you, you will be my everything. if you let me love you, will i be your everything?if you let me love you, you will be my life. Let me live inside your soul, ...Let me sink into your inner most secrets,...Let me swim immense of you,... Let me breathe give me air to live,... And let me love you endlessly.Let me love you....
🌹🌹🌹🌹🥀🥀🥀🌻🌻🌻
Setelah siap solat asar, aku menukar pakaian blaus berwarna peach dan gaun labuh berwarna kelabu. Rambutku separas leher kulepas bebas. Suamiku mencalit sedikit lipstick berwarna merah pudar ke bibirku. Satu kemestian apabila bersama suamiku dia sendiri yang akan memastikan pilihan pakaianku dan juga mekapku. Dia sendiri juga masih memakai seluar jeans biru yang sama tengahari tadi kecuali baju kemeja hitam berlengan panjang pula menjadi pilihanya kali ini.
Selepas bersiap kami sama-sama turun ke tingkat bawah. Aku sangat senang bergandingan dengannya. Dia sangat kacak pada pandangan mataku. Aku tidak sedar apabila lelaki berkulit hitam manis ini menjadi pilihanku sedangkan dari aku sekolah menengah lagi aku mudah jatuh cinta kepada lelaki berkulit cerah. Tetapi siapa sangka jodohku akhirnya dengan lelaki berkulit hitam manis ini .
" Vera, abang belikan ini aje untuk kamu ," ujar suamiku sambil menghulur beg kecil yang baru diambil dari dalam keretanya. Aku tertanya juga hadiah yang dibeli untuk adik perempuannya itu.
Velyra tersenyum gembira. Aku hanya memandang dia memeluk abangnya itu dengan gembira setelah mendapat hadiah sambil mengucapkan terima kasih. Keluarga itu berkumpul di halaman sambil menikmati kek yang aku buat tengahari tadi.
" Kami balik dulu mummy. Kirim salam sama daddy. Maaf tak dapat tunggu. Kami nak jumpa kawan kejap lagi ," beritahu Gerald sebelum meminta diri. Aku memeluk mummy dan Velyra sebelum dipimpin oleh suamiku ke kereta.
" Abang, jaga kakak iparku baik ya. Kalau tidak aku tak mahu sayang abang lagi," laung Velyra semasa kereta kami bergerak meninggalkan rumah kediaman mertuaku itu.
Gerald suamiku memandu tenang. Tangannya tidak melepaskan genggaman tangan kananku. Dia meramas-ramas dan mengenggamnya erat seperti tidak mahu lepaskan.
Oh!Ya, suamiku Muslim sebenarnya. Nama muslimnya Muhammad Geraldine Benjamin Abdul Rahman. Aku pula Marcella Marissa Nurjannah Bt Muhammad. Kami telah berkahwin setahun lepas selepas mengenali 3 bulan sebelum itu. Perkenalan kami sebenarnya tidak dirancang walaupun dia adalah abang kepada sahabat baikku Velyra. Aku pula tidak pernah berangan untuk berkahwin dengan lelaki yang terlalu asing denganku.
Aku pertama kali jumpa dia semasa dia datang ke katilku dengan sebakul bunga setelah mendapat tahu akulah yang telah menderma darahku untuk adiknya Velyra yang ketika itu kemalangan.
Velyra telah kemalangan dan memerlukan bantuan darah. Semasa itu hanya aku yang menemaninya kerana aku juga terhutang nyawa dengan Velyra yang telah menyelamatkanku dari dilanggar oleh kenderaan lain dan mengorbankan dirinya sendiri. Aku tahu darah kami dari kumpulan sama setelah kami sama-sama menderma darah pada satu program kesihatan yang kami hadiri.
YOU ARE READING
Serenity Of Love
RomanceCinta adalah satu keterujaan. Adakah bahagia sentiasa mengulit bila kau sendiri alpa? Kisah rumahtangga yang manis dan ada pahitnya. Maaf cerita ini bukan kategori untuk 18Sx atau 21sx tetapi lebih sesuai untuk orang yang dah kahwin dan berfikiran m...