Aloha 29

314 6 0
                                    

Bercuti Bersama

Desiran ombak yang berbunyi sayup menyentuh cuping telingaku. Aku leka menghayati suasana yang tenang dan damai ini. Udara segar dari laut kuhirup rakus. Mengosongkan minda merehatkan seketika dari jiwa yang letih.

Buaian kecil yang tergantung di depan veranda chalet ini tergantung kukuh. Menampung berat tubuhku dan tubuh suami yang hampir 130kg jumlahnya.Aku menelekup tubuhku ke atas batang tubuh suamiku. Selesa berada di dalam pelukannya di saat ini. Kepalaku terbendam di dadanya yang bidang tidak berbaju. Kakiku bertaut dengan kakinya yang telanjang dari paras peha hingga ke betis. Aku pula selesa di dalam sehelai kain batik lembut yang diikat ke bahu kiri dan terselak di bahagian betis.

Selesai solat isyak tadi kami mengambil keputusan untuk bersantai begini. Sungguh enak sebenarnya berkeadaan sebegini.

" Nanti kita beli buai sebegini dan gantung di balkoni rumah kita mau tak sayang ? " Candanya sambil tangan kirinya berada di bawah kepalanya. Sementara tangan kanannya mengelus pipi dan rambutku. Aku mengangguk sambil tanganku terselit dicelah tubuhnya dengan tubuhku. Satu tangan lagi menggentel putingnya yang bertelanjang. Bulu dadanya yang sejemput aku usap perlahan.

Apabila aku menjelirkan hujung lidahku cuba menjilat putingnya yang terdedah dia menggeliat kegelian. Aku sukakan reaksinya sebegitu.

Kami tiba ke sini tengahari tadi setelah hampir lima jam perjalanan.Percutian kali ini hanya kami berdua. Dia tidak memberitahu ibubapanya ke arah mana tuju kami. Bahkan keluargaku juga tidak tahu kemana aku dan suamiku bercuti. Percutian ini tanpa perancangan yang teliti. Aku juga hanya memberitahu bosku bahawa aku ingin bercuti.

Percutian ini tidak dirancang. Kami hanya membawa beg sandang yang kecil di bahu, bagasi yang kami kongsi untuk mengisi pakaian kami dan bekalan makanan ringan sepanjang perjalanan. Kami tidak tahu hala ke mana tujuaannya. Setelah meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur barulah kami bersetuju untuk ke Pantai Timur. Bukan ke kampung kelahiranku tetapi ke negeri sebelahnya.

Setelah apa yang berlaku kepada kami, keputusan bercuti berdua ini mungkin yang terbaik. Kami ingin membina semula kepercayaan yang runtuh. Mengukuhkan kembali ikatan cinta yang hampir terlerai.

Di luar sana cahaya remang dari lampu taman menceriakan suasana. Bayu laut yang bertiup lembut membuaikan perasaan. Aku melihat dia memejamkan matanya. Dengkuran halus akhirnya terbit dari bibirnya yang terbuka. Aku tersenyum simpul. Bibirnya kuraba. Kubelai lembut. Suasana yang tenang itu juga mengamit kantukku. Perlahan-lahan aku cuba pejamkan mata. Aku terlelap jua. Aku penasaran bila aku terdengar suara mengaji dihujung kepalaku.

Aku dapati diriku sudah berada di atas katil sendirian. Aku cuba memasang telinga mendengar alunan ayat suci dari bibirnya di tengah malam yang syahdu itu. Bila aku lelap sekali lagi dan tersedar kemudiannya, dia sudah lena memelukku. Aku tersenyum bahagia.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now