Hidup ini sentiasa menanggung rindu. Rindu pada suami yang jauh dari mata. Rindu pada keluarga yang nun di sana dan entahlah rindu kepada siapa lagi.
"Sorrylah Cella, aku tak dapat temankan kau. Aku ada kursus minggu ni," kata Velyra sambil mengunyah keropok yang digoreng oleh pembantu. Waktu itu kami berehat seketika selepas balik kerja.
Mummy dan daddy juga ada sama menikmati minuman petang itu. Kami berehat di bawah pergola mengadap kebun sayur mummy di belakang rumah.
" Mummy ajelah yang ikut. Daddy pun sama mintak maaf tak dapat teman," cetus daddy pula. Aku memandang wajah daddy yang berkulit putih dan hidung mancung dan mempunyai rambut warna keemasan asli. Mata daddy sangat menarik warna biru cerah. Aku lupa nak beritahu daddy Gerald adalah berketurunan Irish Belanda dan menetap di sini selepas berkahwin dengan mummy. Keluarga Gerald sangat unik. Mummy berketurunan India Cina sebelah ayahnya dan cina siam sebelah bapanya. Mummy Carmeen sangat cantik berkulit putih mulus dan matanya agak sepet mungkin pengaruh cina yang lebih kuat. Jadi tidak hairan apabila suamiku Gerald yang mempunyai wajah yang sangat kacak hasil dari perkahwinan campur. Kadang-kadang dilihat dia persis lelaki Thai Korea adakala seperti lelaki Inggeris Cina tetapi rambutnya hitam pekat seperti mummy berbeza dengan Velyra yang mempunyai rambut keemasan asli seperti daddy.Warna mata Velyra juga biru seperti daddy dan Gerald pula warna hazel yang sangat menarik. Aku pernah berangan sekiranya anakku lahir nanti bagaimanakah rupanya anak kami sebab aku sendiri mempunyai ibu berketurunan Melayu Asli dan ayahku pula keturunan Thai.
" Well, mummy confirm ikut Cella besok ya. Jangan risaulah mummy boleh gilir drive nanti," pujuk Mummy sambil menempuk lenganku lembut. Aku tersenyum lega dan sangat bahagia kerana kesepakatan dan kekeluargaan di dalam keluarga ini sangat erat. Aku rasa selamat dan tidak terasing bersama mereka walaupun suamiku keluar bekerja beberapa hari.
Itu perbualan semalam. Hari ini aku berhenti rehat di Hentian Bentong sekejap sebelum meneruskan perjalanan. Mummy juga sudah kelihatan penat walaupun kami baru 2 jam keluar dari rumah. Kasihan pula aku melihat ibu mertuaku yang masih bergaya ini. Usianya kini sudah menginjak 47 tahun. Selendang yang dibelit dileher tadi menutupi rambutnya yang separas leher sudah tergumpal elok di atas ribanya.
" Mummy, Cella nak pergi tandas jap. Jom.." ajakku mencuit bahunya. Dia mengangguk dan meletakkan selendangnya ke atas dashboard kereta.
Selepas ke tandas kami menuju ke cafe dan menikmati secawan coffee cappuccino menyegarkan badan.Aku dan Mummy bersantai sekejap menikmati donut sambil melepaskan lelah.
" Cella, rindunya lama tak jumpa hang..."
Aku terkejut di sapa seorang gadis sebayaku.
"Linda, apa khabar?" Teruja aku melihat teman lama. Kami berpelukan bertanya khabar.
"Eh! Kau nak ke mana? Sorang aje ke?"
" Yup! Sorang je. Mana husband kau ?"
" Dia fly. Ni mummy in law aku," aku perkenalkan mummy yang tersenyum memerhati dari tadi.
" Mummy ni Linda kawan Cella masa belajar dulu. Kawan Vera juga. Tapi dia doktor perubatan."
Linda terus menyalami mummy. Mummy seperti biasa mudah mesra dengan semua orang. Dia mempelawa Linda duduk menikmati Donut Dunkin's sementara meneruskan perjalanan.
Hampir 1 jam juga bersembang dengan Linda sebelum meneruskan perjalanan. Aku ke Kota Bharu dan dia ke Kuantan. Permulaan yang sama tapi berpisah pada simpang yang berbeza.
Aku baru sahaja mengambil alih pemanduan selepas melepasi Bandar Kuala Lipis. Mengambil simpang highway Chegar Perah menuju ke Merapoh. Mujurlah perjalanan menjadi semakin singkat dengan adanya highway baru ini yang tidak perlu lagi melalui Bukit 7 yang tinggi. Mummy sudah terlentuk manja disebelah. Aku memperlahankan siaran radio Fly.FM yang sedang memainkan lagu pilihan semasa. Menjadi ulitan untuk mummy. Kenderaan 4 wheel drive HRV milik suami kupandu laju membelah lebuhraya penghubung pantai timur ini.
YOU ARE READING
Serenity Of Love
RomanceCinta adalah satu keterujaan. Adakah bahagia sentiasa mengulit bila kau sendiri alpa? Kisah rumahtangga yang manis dan ada pahitnya. Maaf cerita ini bukan kategori untuk 18Sx atau 21sx tetapi lebih sesuai untuk orang yang dah kahwin dan berfikiran m...