Aku rasakan percutian kali ini sangat bermakna. Melihat hubungan Gerald, mummy dengan nenda semakin baik, aku panjat syukur berkali-kali. Teringat bila mummy tersipu-sipu bila nenda menegurnya yang cantik berbaju kurung dan bertudung semasa majlis tahlil malam itu. Mummy juga semakin selesa berbual dengan nenda.
Nenda juga tanpa segan memperkenalkan mummy sebagai besannya. Ramai jiran tetangga yang belum mengenali mummy berpusu-pusu menghulur tangan bersalaman dengan mummy. Wajah mummy ceria menyambut salam perkenalan dari orang kampung. Bahkan ada yang mengajak mummy untuk bertandang ke rumah mereka. Mummy hanya mengangguk dengan senyum mesra. Aku pun tumpang bahagia melihat penerimaan mereka terhadap mentuaku itu.
Gerald juga sudah boleh bergaul dengan kaum lelaki. Walaupun ada perbezaan sedikit dari segi bahasa setempat yang agak pekat tapi dia cukup pandai membawa diri. Ada pula yang sudi menjadi penterjemah maka suasana tidaklah kekok sangat.
Tepat jam 9.00 pagi kenderaan kami meninggalkan perkarangan rumah nenda. Aku mengesat air mata bila nenda terjebik-jebik menangis semasa kami menyalaminya hendak meninggalkan rumah. Nenda nampak kuat dan tegas sehingga aku tidak menyangka dan agak serba salah bila dia menitis air mata seoalah enggan berpisah denganku."Nenda, jomlah ikut Sya. Nenda tinggal dengan Sya pula." Aku berkali-kali memujuknya tetapi dia menggeleng kepala sambil mengesat birai matanya dengan tisu yang dihulurkan oleh Makcik Ku Yah.
"Sayang, dah lah tu. Jangan bersedih. Lepas ni kita balik lagi jumpa nenda," pujuk suamiku lembut. Dia menggosok kepalaku yang bertudung hadiah nenek sambil mengucupnya. Aku mendekatkan tubuhku kepadanya yang sedang memandu. Lengannya yang berotot dan berbulu lebat itu aku gosok lembut. Terasa hangat pipiku bila sekali sekala dia mencuri menyasarkan bibirnya ke situ. Matanya masih fokus memandu dengan tenang. Pemanduannya juga agak berhemah apabila meter kenderaan yang dipandu mematuhi had laju jalan raya. Di tempat duduk belakang, mummy bersandar senang sambil matanya memandang keluar. Pasti dia merindui daddy yang sudah hampir seminggu ditinggalkan.
Kami berhenti menikmati makan tengahari sambil berkelah di tepian Sungai Yu menikmati bekal yang disediakan oleh nenda. Sambil menikmati juadah di atas pondok rehat yang disediakan bertambah berselera dengan suasana yang nyaman dan
YOU ARE READING
Serenity Of Love
RomanceCinta adalah satu keterujaan. Adakah bahagia sentiasa mengulit bila kau sendiri alpa? Kisah rumahtangga yang manis dan ada pahitnya. Maaf cerita ini bukan kategori untuk 18Sx atau 21sx tetapi lebih sesuai untuk orang yang dah kahwin dan berfikiran m...