Bonda menghulurkan bungkusan plastik warna merah kepada Gerald. Mummy pula mengelek bekas makanan yang dibekalkan oleh bonda.
" Gery nanti jangan lupa singgah rumah Nenda tu. Nenda dah pesan berkali- kali tu sebab laluan balik nanti kamu lalu sana. Ingat tu. Bonda tak reti nak jawab kalau kamu tak singgah..." pesan bonda lagi saat kami hendak berangkat.
Aku menyalami tangan ayahanda dan juga adik-adikku. Berpelukan seketika sebab entah bila aku berkesempatan untuk pulang lagi. Bonda pula asyik pegang tangan aku. Aku lihat mata bonda merah. Ada sendu di situ.
" Sudahlah tu Za, kesian Risya nak balik jauh tu... Nanti kalau kita turun sana kita tidur rumah Risya..." ayahanda seperti selalu menunjuk bonda. Dia memeluk bahu bonda menepuk-nepuknya memujuk. Adik-adikku juga muka sedih walaupun kami sebenarnya tidaklah rapat sangat . Imran yang paling tua hanya beriak selamba. Wajahnya persis ayahanda. Seusia 17 tahun dia sudah mempunyai kumis nipis anak remaja. Kacak juga dengan kulit sawo matangnya.
Imanina adikku yang berusia 15 tahun agak tinggi lampai orangnya. Memang ikut ayahanda. Rupanya pun ada iras ayahanda. Tapi dia sukar sikit untuk tersenyum mungkinkah kerana pendakap yang dipakainya. Teringat masa kecil hingga umur 9 tahun dia masih mencuri menghisap jari. Mungkin sebab itu giginya agak jongang sedikit. Izara puteri bongsu. Berwajah ayu berusia 11 tahun. Dia agak rapat denganku sebelum ini. Tetapi semenjak aku berkahwin dia agak segan dengan abang iparnya iaitu suamiku. Maka hubungan aku dengannya pun agak terbatas kerana setiap kali aku balik aku asyik berkepit dengan suami.
" Sayang, apa senyum-senyum sorang tu," tegur Gerald tiba-tiba. Aku berpaling ke arahnya sambil tersengih. Dia memandu tenang membelah lebuhraya menuju ke destinasi seterusnya. Aku memandang ke arah jam di dashboard kereta. Sudah dua jam kami meninggalkan rumah bonda. Di tempat duduk belakang mummy tersandar selesa sambil memejamkan mata.
Gerald meraih tanganku dan mengucupnya lembut. Lama dia berbuat begitu dan kemudian melepaskan pegangan apabila kereta kami berhenti di simpang lampu isyarat.
Aku mengambil peluang berpaling ke luar kenderaan. Bermacam-macam jenis kenderaan berada di atas jalan raya. Dari sekecil basikal sehingga sebesar lori kargo bersusun di atas jalan raya.
Mataku tiba-tiba terpaku ke arah kereta di sebelahku. Jantung rasa berdebar. Benarkah pandangan mataku ini. Tetapi kenapa dia kelihatan berbeza benar. Aku memandang lagi ke sebelah penumpang. Seorang perempuan bertudung berbaju kurung tersandar selesa. Mungkinkah isterinya atau kekasihnya.
Ketika lampu hijau mataku masih terpaku ke arah kereta Alza Putih itu yang kemudian memecut laju melintasi kenderaanku dan kini berada di depan.
" Sayang, fikir apa tu sampai berkerut-kerut dahi tu ," teguran Gerald membuat aku serba salah seketika. Aku berpaling ke sebelah memandang wajah suamiku yang kelihatan memberi tumpuan. Tangan suami kugenggam erat. Kubawa tangannya ke dadaku. Dia juga mengelus-ngelus tanganku yang berada di genggamannya.
" Sayang terfikir, beruntungnya dapat suami macam abang. Bahagia sangat terasa..." kukucup jemarinya dan kubawa ke pipi.
" Sayang mengoda abang tengah driving... kalau tidak abang gomol juga sekarang," balas suamiku sambil ketawa kecil.
" Ehemm..." suara deheman kedengaran dari belakang menyebabkan senda gurau bersama terus mati. Aku berpaling ke belakang. Mummy menyeringai memandangku. Aihhh... terlupa pula mummy ada kat belakang.
" Abang ni, malulah kat mummy tengok..." getusku sambil menepis tangan suamiku. Segan sebenarnya sebab ada orang lain yang menonton senda gurau kami.
" Mummy senang hati tengok anak dan menantu mummy. Mummy doakan kebahagiaan kamu berdua sampai bila-bila..." ujar mummy dari tempat duduk belakang. Aku segera memusingkan tubuhku berpaling ke arah mummy. Ibu mertuaku sedang duduk bersilang kaki selesa memandang kami.
" Terima kasih mummy. Cella sayang mummy. Kalau sampai ni rasa nak cium mumny..." jawabku sambil mengenyit mata.
Kereta Alza putih tadi telah hilang dari pandanganku. Aku berpaling ke sisi mencuri memandang wajah suami. Hemm .. kalau ikutkan kacak lagi suamiku yang berwajah pan Asian ni. Kumis dan janggut di mukanya mula tumbuh jarang-jarang. Geli tapi gedik. Rambutnya yang berwarna perang keemasan mengikut rambut daddy.
"Sayang , kita singgah kejap aje ya rumah Nenda. Nanti sayang cakaplah kita tak boleh lama sebab abang tak boleh drive lama waktu malam," ujar suamiku.
" Mummy pun tak nak berlamaan. Daddy dah telefon bertanya bila kita nak balik ," balas mummy pula.
" Okey nanti Cella cakap dengan Nenda ya," jawabku dengan nada perlahan. Sebenarnya aku sendiri tidak berkeyakinan untuk memberitahu Nenda. Aku sudah boleh agak penerimaannya. Aku faham mummy dan suamiku tidak dialu-aku dalam keluarga Nenda. Sampai sekarang Nenda masih tidak boleh menerima bekas menantunya iaitu papaku dan cucu menantunya mualaf. Mujurlah Nenda dapat menerima kehadiranku walaupun dalam kesemua cucunya hanya aku yang tidak ada title Tengku atau Raja di depan.
"Cella minta maaf ya abang, mummy atas sikap dan layanan Nenda. Cella malu dan kesal sangat sebenarnya dengan sikap Nenda tapi Cella pun tak berani nak menegurnya ," ujarku dengan rasa bersalah. Kasihan juga dengan dua orang yang aku sayang ini atas penerimaan Nenda .
" Tak mengapa sayang yang penting isteri abang baik dan hormat dekat abang, mummy dan keluarga abang ," pujuk suamiku lalu tanganku di raih dan dikucupnya.
" Sudah tentu Cella sayang abang sebagai suami Cella dan mummy serta keluarga abang kini adalah keluarga Cella juga,"
" Kami tak kisah sayang. Yang penting menantu mummy sayang dekat anak mummy. Lagipun bonda Cella baik sangat dengan mummy. Kami memang kenal lama sebab pernah belajar sama-sama dulu. Tapi tak sangka akhirnya berbesan pula. Siapa sangkakan...," cetus mummy pula. Namun dihujungnya ada keluhan yang aku tidak pasti.
Akhirnya sebelum zohor kereta HVR suamiku telah di pakir dengan selamat di dalam pagar rumah Nenda. Pening aku sebenarnya melayan kerenah Nenda. Dia mengajak aku menemaninya di dapur melihat dia mengira barang antiknya di dalam almari. Bila aku hendak menyentuhnya dia tak izinkan. Buku nota kecil seakan inventori stock di hulurkan kepadaku untuk mencatit barang-barang pinggan antiknya yang telah di kira. Jadi aku hanya duduk di kerusi bermalasan sambil menconteng buku kecil milik Nenda. Sesekali mataku menjeling ke arah luar memerhati kelibat Gerald dan mummy yang mungkin sedang berbual dengan Tok Lan jiran Nenda di halaman.
" Hishhh... budak ni ! Berangan pulak dia. Dengar ke tak Nenda cakap ni?" Sergah Nenda tiba-tiba. Terpinga-pinga aku seketika tak faham butir bicara Nenda.
" Yang ni set piring ada 25 biji sahaja..." cetus Nenda lagi sambil mengelap piring di tangan dengan kain lembut. Aku terus merekodkan bilangan yang dah di kira oleh Nenda.
" Sayang, abang nak mandi lepas tu kita solat zohor berjemaah ya ," Tegur suamiku yang muncul berdiri di pintu tengah yang memisahkan ruang dapur. Aku mendongak memandangnya.
"Okey, abang mandi dulu ya. Nanti abang tolong ambil telekung solat Cella dalam kereta," balasku sambil membetulkan tulisan angka 25 yang sekali imbas seperti 28.
Aku berpaling memandang Nenda. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang apabila Nenda memandangku tanpa berkelip. Biasan cermin mata Nenda yang besar dan tebal itu membentuk wajahku. Apa yang tak kena lagi ni? Aku salah tulis ke?
"Kenapa Nenda pandang Sya macam tu ?" Tanyaku ragu-ragu. Nenda masih tidak berkelip memandangku. Kemudian dia menunduk. Pintu almari pinggan mangkuknya di tutup. Dah siap ke Nenda ni ? Kalau ikutkan baru satu barisan atas dalam almari di kira. Aku mengetuk kepalaku dengan hujung pen di tangan.
" Kamu memang selalu solat bersama ke Sya?" Pertanyaan Nenda kedengaran agak pelik.
" Ya Nenda. Kalau suami sya ada bersama kami memang solat berjemaah sentiasa.." jawabku yakin. Memang setiap kali Gerald ada di rumah kami akan solat berjemaah kecuali keadaan yang tidak mengizinkan.
" Sya, baguslah kalau begitu. Nenda lega mendengar. .." jawab Nenda. Dia terkial-kial bangun dengan berpaut pada kerusi. Kesian pulak dengan Nenda aku ni. Sekarang ni nak bergerak pun dia kelihatan agak sukar. Dia ada mengadu kepadaku sebelum ni tentang sakit lututnya.
" Nenda dah siap ke ni?" Tanyaku hairan. Tengok dalam almari banyak lagi yang tak di usik. Kat buku log inventori pun baru tulis.sikit.
" Dahlah, pergilah bersiap nanti kita solat berjemaah..." ujar Nenda . Aku mengangguk walaupun di hatiku terasa sedikit pelik dengan reaksi Nenda."
YOU ARE READING
Serenity Of Love
RomanceCinta adalah satu keterujaan. Adakah bahagia sentiasa mengulit bila kau sendiri alpa? Kisah rumahtangga yang manis dan ada pahitnya. Maaf cerita ini bukan kategori untuk 18Sx atau 21sx tetapi lebih sesuai untuk orang yang dah kahwin dan berfikiran m...