Aloha 3

291 6 0
                                    

Suasana aman pagi itu. Kabus masih lagi melitupi beberapa kawasan di situ. Embun masih menitis dihujung daun. Taman yang agak terkenal di bandaraya itu setiap hari menjadi kunjungan kaki-kaki jogging da mereka yang suka bangun awal pagi. Beberapa orang lelaki dan perempuan kelihatan berlari dan berjalan dalam pelbagai gaya. Bagi yang masih cergas kelihatan berjogging lebih laju. Ada yang bersendirian dan ada yang berteman. Selain itu terdapat juga sekumpulan yang sedang membuat senaman Taichi yang terdiri dari beberapa orang lelaki dan perempuan separuh usia.

Di barisan paling belakang kumpulan Taichi itu kelihatan Marissa dan Kenji yang turut menyertai sama. Mereka tidak segan untuk bersama-sama apek dan nyonya tua membuat senaman. Keberadaan mereka di situ juga sudah disedari oleh kumpulan tersebut.

Selesai acara senaman Taichi mereka saling bertegur sapa dan bersalaman sebelum berpisah. Marissa dan Kenji menyambung jogging tetapi mereka lebih kepada berjalan bersiar-siar di taman tersebut.

Menikmati udara pagi yang segar membuat sistem pernafasan lebih teratur dan selesa.

"Cella, jom kita singgah minum dulu. Kita pergi stadium pekena nasi lemak sedap kat situ ," ajak Kenji sambil mengesat peluhnya. Wajahnya kelihatan berseri-seri walaupun peluh merening di dahinya.

"Jom , mana yang lain lagi ni ?" Tanya Marissa sambil matanya memandang meliar memandang sekeliling taman yang luas itu.

Tolong ... MS AI HILANG

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now