Aloha 38

313 8 2
                                    

Kamar yang sederhana luas itu menempatkan beberapa buah katil. Semuanya sudah dipenuhi. Suasana agak suram. Bunyi mesin-mesin yang bekerja tanpa henti menjadi muzik di kamar itu. Wayar-wayar yang berselirat juga menjadi kengerian bagi orang yang memandang dari jauh.

" Sayang...! Bangunlah sayang...!" Suara mendayu-dayu jelas menusuk sanubari yang mendengar. Setiap waktu yang terluang akan di isi dengan suara mengaji. Selesai mengaji dia akan berbicara dan bercanda walaupun tanpa balasan. Setiap waktu yang terluang terisi dengan berguna.

Setiap kali kemunculannya dia akan memenuhi waktu sebaik mungkin. Petugas-petugas di situ juga sudah memahami dan amat memberi kerjasama. Kadang-kadang dia datang sedirian dan kadang-kadang berdua dengan orang lain. Kadang-kadang semasa ketiadaanya selama beberapa hari akan berganti dengan kunjungan beberapa orang lelaki dan wanita lain silih berganti.

" Sayang, abang tinggalkan sayang beberapa hari ni. Abang kena kerja sayang. Nanti abang datang. Sayang tunggu abang ya," bisiknya lembut dan memeluk tubuh yang terbaring itu. Mengucup pipi dan tangannya. Kelihatan dia amat berat untuk melepaskan tubuh yang tidak bertindak balas itu.

Seorang petugas di situ masuk. Tersenyum ke arahnya yang kelihatan kusut. Petugas itu menghampiri skrin monitor dan kemudian merekod sesuatu di atas kertas dihujung katil.

" Nurse, saya terpaksa tinggalkan dia beberapa hari ni. Tolong jaga isteri saya ya ..." pintanya tanpa segan silu. Jururawat itu tersenyum. 

" Insya Allah tuan. Pihak kami sedia membantu..." jawab suara lunak petugas itu. Dia bergerak ke katil pesakit lain di sebelah. Pesakit itu juga terlantar tidak bergerak tanpa reaksi. Dia kemudian berpaling ke arah pintu apabila ternampak bayangan lelaki tadi yang menghilang bersama seorang perempuan yang sudah lama menunggu di luar pintu masuk.

Dia sudah terbiasa dengan kehadiran lelaki itu yang melawat pesakit itu. Kebiasaannya lelaki itu hadir bersendirian dan sekali sekala dia temani oleh seorang perempuan. Mereka tidak akan berlamaan sekiranya mereka datang berdua. Apa yang dia tahu lelaki itu adalah suami kepada pesakit tetapi kemesraan wanita yang kadang-kadang menemani lelaki itu menjadi gosip di kalangan staf di situ.

Lelaki itu sangat kacak. Bertubuh tegap dengan ketinggian hampir 190cm. Berambut sedikit perang berketak.Wajahnya kekar dengan hidung mancung terletak.Keningnya lebat bertaut. Matanya punya renungan yang lembut dan dia perasan matanya berwarna hazel. Sangat menarik . Kulitnya sedikit kemerahan. Dia mungkin anak kacukan yang sangat kacak.

Perempuan yang terbaring itu juga sangat cantik. Rambutnya yang panjang telah dipotong. Berkulit putih kemerahan. Kulitnya lembut dan gebu.Mempunyai alis yang sangat cantik. Hidungnya sederhana mancung. Tapi sayang sudah 3 bulan perempuan ini tidak membuka mata. Menurut rekod dia koma semasa bersalin. Dia tidak sedarkan diri dari rumah sehingga baby dikeluarkan dia langsung tidak membuka matanya. 

Sangat kasihan melihat perempuan secantik itu terlantar dan diratapi oleh seluruh ahli keluarga. Apakah rentetan kejadian yang menyebabkan dia enggan bangkit. Seperti ada sesuatu yang menghalangnya untuk bangkit dan menempuhi realiti. 

Dia ada terdengar beberapa kali, perempuan yang datang menemani perempuan itu memujuk lelaki itu. Sangat kasihan melihat lelaki itu yang tetap setia menemani pesakit walaupun tiada tanda-tanda bahawa dia akan sedar. 

" Sampai bila you nak menunggu ? She is not your wife yet..."

Lelaki itu terdiam. Dia masih setia mengaji di tepi katil. Setiap kali dia mengunjungi pesakit dia lebih banyak menghabiskan masa dengan mengaji. Perempuan yang menemaninya sekali sekala itu akan meninggalkannya setelah bosan menunggu.

~~~~*~~~~~

 Tangan di belai. Dilap dengan penuh kasih sayang. Semenjak semalam dia tidak pernah meninggalkan katil pesakit kecuali waktu doktor pakar datang memeriksa. 

" Sya, bonda minta maaf kerana selama ini abaikan Sya. Bonda sayangkan Sya. Sangat sayangkan puteri sulung bonda. Kuatkanlah semangat Sya. Bangkitlah anakanda.." Bisiknya merayu. Tangan yang kaku di raih ke pipinya.

"Bonda janji lepas ni bonda akan jaga Sya. Bangkitlah anakanda..."

Si ibu kelihatan sangat cengkung. Menangisi kesengsaraan melihat puterinya  yang terlantar.Hospital bagaikan rumah keduanya. Tiga bulan ini dia berulang alik bergilir menjaga anakandanya. Sepanjang tiga bulan ini dia baru sekali balik ke rumahnya untuk berehat seketika. Tetapi mengenangkan si puteri yang terlantar di katil hospital dia betah dua hari sahaja di rumah. Dia segera kembali ke sini. Mujurlah suami amat memahami. Malahan sudah beberapa kali menemaninya di sini.
Keadaan ini juga membuatkan kisah silam terusik kembali. Namun masa dan keadaan hanya sekadar membiarkan kenangan itu ditepis dan dihindari sejauh mungkin.
Dia ada hak.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now