Aloha 17

706 13 0
                                    

Aku membetulkan dudukku dengan selesa. Kakiku bersilang di kepit hangat. Tangan yang melingkari pinggang kupegang dan urut dengan lembut. 
Badan kusandar ke dada bidangnya.

" Sayang...!"Aku diam.Mataku masih fokus ke skrin televisyen besar di dinding.

" Sayang ..!" Serunya lagi. Tangannya mengelus lembut lenganku.

" Ya abang," Aku mendongak memandang wajahnya. Matanya masih fokus ke skrin televisyen.

" Bila dah due injection tu?"

Aku pelik dengan pertanyaannya itu. 

"Lusa bang. Kenapa?" Tanyaku pelik dengan persoalannya. Adakah dia tidak dapat menemaniku kali ini? Dia melingkarkan tangannya ke leherku dan memelukku erat. Satu keluhan kecil dilemparkan.

" Kita tak payah pergi appointment tu nanti.." getusnya perlahan.

" Kenapa bang?" Hairan pula bila mendengar permintaannya itu.

" Dah dekat dua tahun sayang ambil injection tu kan. Berhentilah dulu.." katanya lagi. Tangannya memicit-micit putingku lembut.

" Kenapa bang?" Aku memusingkan badan menghadapnya. Tidak faham dengan ucapannya yang agak aneh itu. Aku merenung matanya meminta penjelasan yang lebih jelas.
Dia memegang kedua belah pipiku dengan telapak tangannya. Renungannya lembut tetapi tajam menusuk ke kalbuku.

" Sayang dengarlah cakap abang. Berhentilah ambil injection tu sementara waktu ni.." Suaranya sedikit tegas. Aku berkerut hairan dengan kata-katanya. Tak pernah selama ni dia berkata begitu. Sebelum ni pun dia juga yang beria-ria memaksaku mengambil suntikan itu. 

Semuanya bermula selepas aku keguguran semasa kandunganku berusia 6 minggu selepas 5 bulan kahwin. Kalaulah aku tidak terjatuh di tangga rumah mummy aku mungkin selamat. Tapi sudah suratan tiada rezeki kami aku pun tidak tahu aku mengandung masa itu. Ianya berlaku apabila anak saudara mummy datang ke rumah mummy dengan membawa anjing besar. Aku yang terkejut melihat anjing itu telah melarikan diri dan tergolek jatuh tangga selepas terpijak mainan anak saudara mummy. Gerald mengamuk waktu itu kerana dia masih berada di awan biru. Selepas tiga hari baru dia balik dan dapat tahu aku masuk hospital. Dia sangat marah dan hampir bergaduh dengan sepupunya. Dia juga sangat kecewa apabila mendapat tahu aku keguguran saat itu. Apabila doktor mengesyorkan aku berehat dan mengambil suntikan mencegah kehamilan Gerald akur. Semenjak itu dia yang akan menemaniku mengambil suntikan di klinik setiap 3 bulan sekali. Kini 2 tahun sudah peristiwa itu berlaku.
Aku dan dia pun seakan sudah melupakan peristiwa pahit itu. Kehidupan kami selepas itu saling berpaut memerlukan antara satu sama lain. Katanya dia tidak sanggup kehilanganku. Biarlah dia kehilangan zuriatnya yang tidak sempat diketahui tetapi bukan isterinya.

Hari ini sekali lagi dia bersuara pasal suntikan itu. Adakah dia sudah bersedia mahu aku hamil?
Aku cuba mengaitkan kebarangkalian sikap anehnya berkait perkara itu. Jenuh aku cuba putarkan peristiwa yang dilalui yang mungkin boleh aku rumuskan untuk itu. Tapi samar-samar dan agak hampa. Dia kelihatan biasa tiada sifat teruja ke arah itu. Setiap kali ada orang bertanya bila hendak menimang cahaya mata dia hanya menjawab masih ingin menikmati musim cinta berdua. Dia juga tidak pernah kelihatan menegur atau bermain dengan baby. Bagiku dia seakan tidak berminat untuk mempunyai cahaya mata sendiri. Kalau nak dikatakan kami mandul hahaha... jatuh sekali kerana aku pernah hamil sebelum ini.
Apa yang aku perasan kebelakangan ini apabila berjumpa dengan orang lain yang mempunyai anak kecil atau isterinya mengandung Gerald akan berubah tingkah tetapi tidak disedari oleh orang lain kecuali aku yang sentiasa di pegang tangannya. Aku sekadar perasan genggaman tangannya menjadi lebih kuat dan dia akan meramas-ramas tanganku seolah beriaksi bila berdepan keadaan itu.

" Abang dah bersedia ke?" Tanyaku was-was. Sebelum ini aku ada juga meminta pandangannya untuk berhenti mengambil suntikan itu tetapi katanya dia masih ingin berdua denganku. Dia juga fobia dengan cerita mummy melihat aku yang mengalami tumpah darah tersebut.

" Sayang... abang rasa abang dah bersedia..." jawabnya lembut ditelingaku. Dia mengucup bibirku dan kemudian merebahkan badanku perlahan-lahan. Aku membalas kucupannya dan memeluknya erat.

" Abang sayang dekat Cella. Hanya sayang sahaja hidup dan dunia abang. Abang rasa dah bersedia untuk kembangkan keluarga kita .." bisiknya lagi dan menindihku dengan pahanya..

" Cella bersedia bang demi cinta kita," jawabku dan membalas kucupannya. Renungan matanya penuh bunga-bunga cinta yang membara.

Akhirnya di petang itu hanya tv yang menjadi penonton kisah cinta kami.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now