Aloha 13

268 10 0
                                    

Aku tiba di rumah mertuaku kira-kira pukul 8.30 malam. Selepas balik kerja tadi aku singgah di rumah untuk mengambil lauk yang dimasak oleh Mbak Dalima. Aku telah berjanji dengan Velyra untuk membawa lauk untuk jamuan malam ini. Velyra telah mengajak teman-temannya berkunjung untuk perbincangan berkaitan persembahan pertandingan tarian bulan depan . 

Aku juga telah menukar kereta miliku sendiri walaupun lebih kecil tetapi selesa. Ketika aku sampai keadaan rumah sunyi sepi. Pasti masing-masing penghuni berada di kamar mereka. Aku menekan loceng sekali. Selepas itu aku terus membuka kunci rumah. Sebenarnya aku telah diberi kebenaran serangkai kunci bahagian depan dan kamarku juga. Sebetulnya kamar Gerald suamiku.

Di ruang tamu tiada kelibat sesiapa pun. Aku terus ke bahagian dapur bercadang untuk meletakkan mangkuk tingkat berisi lauk yang aku bawa dari rumahku tadi. Bunyi suara bercakap dari bahagian dapur menandakan ada orang di situ. 

Aku menjengukkan kepala. Mummy berada di meja, memotong buah. Velyra pula menyusun kuih ke dalam bekas.

" Hello , selamat petang semua, " Aku menyapa sambil meletakkan bekas yang ku bawa ke atas meja. 

"Hai darling Cella ," mummy menegur ceria . Aku terus mencium pipi mertuaku itu.

" Mummy potong apa tu?" Tanya ku dan mengambil sepotong epal. 

' Cella, aku ingat kamu merajuk tak nak datang ," tegur Velyra sambil meneruskan kerjanya.

" Lewat sikit. Peluk bantal dulu. Rindu dekat suami saya ," aku menjawab berseloroh.

" Gery terbang ke mana?" Mummy pula bertanya.

Aku berpaling ke arah mummy. Terasa pelik pula dengan pertanyaan itu.

" Uiks mummy, biar betul. Anak kesayangan mummy tak buat laporan ke dia terbang ke mana kali ni ?" Tanya ku sedikit pelik. Mummy ketawa mengekek.

" Ala mummy usik kamu saja sayang. Anak mummy tu cakap selain wife dia, mummy aje orang yang akan diberitahu ke mana dia pergi,"

Hurmmm... aku sudah boleh agak jawapan mummy. Aku menuang lauk yang aku bawa ke dalam bekas lain. Susun untuk di atur ke atas meja. Malam itu roti garlic dan beberapa jenis makanan lain disediakan. 

Kira-kira sejam lepas itu teman-teman Velyra tiba. Aku hanya menjenguk sekejap dan kemudian naik ke bilik untuk berehat. Aku bercadang untuk tidur awal. Mummy juga sudah masuk ke bilik tidur. Hanya Velyra sendirian melayan tetamunya dan sekali sekala Auntie Gabriela menjenguk menawarkan bantuan untuk menambah air atau makanan lain. 

Aku menarik selimut dan bercadang untuk tidur. Rindunya pada suamiku. Jika dia ada pasti aku dalam pelukannya.Di manakah dia saat ini ? Tentu masih di dalam kokpit. Aku mencongak perjalanan 20 jam ke destinasinya. Tentu belum sampai lagi.

Aku mencium selimut yang sering kami gunakan . Bau minyak wangi yang kerap digunakan sebelum tidur melekat di selimut itu. Terasa seperti suamiku memelukku. Hangatnya dan nyaman  membelai lenaku.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now