Aloha: Selepas Sedar

164 3 1
                                    

Langkah perlahan di atur ke dalam lift. Dia enggan dibantu walaupun terasa sedikit mengah. Bonda ada mengesyorkan kerusi roda tadi. Dia menolak dan cuba menggagahkan diri melangkah.
Dia hanya berlenggang membawa dirinya. Bonda teguh berdiri di sisinya.
" Nanti sayang telefon abang ya bila sampai rumah ." Suara itu menepis cuping telinganya. Dia menggosok kasar cuping telinganya enggan membenarkan kata hatinya.
Sepatu nipis terasa berat di tapak kaki. Dia menyandarkan belakangnya ke arah dinding lift. Bonda masih setia di sisi. Sesekali redup tatapan bonda menelek dengan ekor mata. Hati seorang ibu terselit kegembiraan bercampur baur dengan kesedihan. Gembira kerana dia masih dapat berada di sisi sang puteri membantu untuk bangkit. Namun terselit kekecewaan juga mengenangkan nasib yang menimpa sang puteri.
Apabila lift berhenti di aras 25 dia memimpin puteri kesayangannya keluar. Di depan lift beberapa orang berdiri seakan terpegun melihatnya.
Tubuhnya dipaut ke dalam pelukan bonda saudara.
Suasana hening seketika. Sedu sedan mula kedengaran. Masing-masing wanita yang menyambutnya menyerbu dan memeluknya pilu.
" Jom, kita masuk ke dalam rumah dulu ," tegur Ayahanda. Semua tetamu mengangguk dan berbodong melangkah masuk.
Bonda memimpinnya lalu terus di bawa ke bilik rehat tetamu.
Katil bersaiz queen yang beralaskan comforter yang tebal ditarik dan memyelimutinya.
Keluargaku silih berganti keluar masuk. Aku masih lagi leka melihat puteri comelku.
Kasihan puteriku kerana membesar tanpaku di sedari. Rupanya 3 bulan usia si puteri ianya sudah pandai tersenyum dan mula meniarap. Malahan ia ketawa sambil ternganga mulutnya. Aku terkedu melihat keleteh puteri comelku. Malahan aku juga terkejut bila diberitahu namanya  Marissa Ayuni Geraldine. Aku tanya juga kepada bonda siapa yang memberi nama kepada puteriku ? Aku diam apabila bonda memberitahu papanya yang memberi nama puteriku semasa aku masih belum membuka mata. Aku pasrah kerana nama itu memang sudah tertulis untuk puteriku.
Aku memeluk dan mencium pipi puteriku. Comel dan gebunya walaupun dia tidak pernah meminum walau setitis pun air susuku.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now