Aloha 27

335 8 2
                                    

Aku hanya mendengar bicara Velyra. Aku bagaikan tidak percaya apabila mendengar cerita dari mulut Velyra sendiri. Adik iparku bukan kaki mengumpat. Apatah lagi sikap suka mengutuk orang seperti orang lain. Dia tidak akan berbicara andainya cerita itu tidak benar.

Aku melepaskan keluhan kesal. Masih terbayang di fikiranku adegan sebentar tadi. Aku tidak pasti adakah itu kebetulan atau kesengajaan. Aku rasa ingin menangis. Tetapi aku cuba menahannya. Menafikan pandangan mataku. Bukan aku sahaja yang memandangnya. Malahan, Velyra juga melihat situasi itu. Dia yang menegurku yang kaku. Dia yang menolakku ke depan untuk bersuara. Entah kenapa hatiku tiba-tiba berasa sakit. Sangat sakit. Aku tidak sekuat ini untuk berdepannya.

Semalam lagi aku sudah berasa was-was. Ketika aku ingin meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja, suamiku tiba-tiba enggan menghantar. Sesuatu yang tidak pernah aku duga. Keenggannan yang tidak aku jangka. Aneh dan pelik. Satu keanehan yang tidak pernah berlaku.

" Maaf sayang, abang ada hal pagi ni. Bolehkan sayang pergi kerja sendiri. Sayangkan dah biasa..."

Mulutku terlopong bagaikan tidak percaya dengan ucapannya. Betulkah suamiku di depanku ini. Dia terus mengambil kunci keretanya. Dia menghampiriku yang masih berdiri kaku. Tangannya meraih pinggangku. Sebuah kucupan hingga di pipiku. Dia kemudian memelukku erat.

" Abang mohon maaf sayang. Abang betul-betul tak dapat hantar. Malam nanti kita dinner sama ya , " ujarnya cuba memujukku. Dia perasan wajahku yang mendung. Tanda tidak berpuas hati. Tanda aku kecewa dengan penolakkannya.

" Sayang senyumlah sikit. Jangan marah ya. Kali ni aje abang tak dapat hantar. Esok abang hantar sayang kerja okey, " dia terus cuba memujukku. Sebuah kucupan lagi hingga di pipi kiriku pula. Ababila kucupannya singgah di bibirku lama, dia cuba menguis bibirku dengan lidahnya. Aku ingin membalasnya tetapi mataku terpandang ke arah jam di dinding kamar yang menunjukkan ke pukul 7.35 pagi. Aku sudah terlewat.

" Abang, Cella dah lewat ni , " ujarku menarik diri. Tangannya yang melingkari pinggang kuungkai perlahan. Aku tertawa kecil sambil melekapkan jariku ke bibirnya. Lipstick warna pink yang aku sapu di bibirku tadi telah melekat ke bibirnya. Nampak sungguh lucu bibirnya yang muncung merah jambu itu.

" Habis lipstick Cella abang sedut.. " ujarku tertawa. Jariku mengelus lembut menanggalkan sisa gincu di bibirnya. Wajahnya tersenyum membalas reaksiku. Akhirnya kami beriringan ke pintu dan seterusnya ke lift sambil tangannya memeluk pinggangku. Kami berselisih dengan beberapa orang penghuni di situ dan mereka menegur kami ramah. Title pasangan bahagia tidak kami lepaskan. Walaupun berada di tengah orang ramai tangan Gerald masih memeluk pinggangku. Situasi ini yang menyebabkan aku tidak boleh menerima cerita orang lain. Walaupun adik iparku sendiri.

" Aku nampak abang Gery jemput Sheena pagi tadi, " ujarnya membawa berita yang aku tidak jangka. Bukan dari orang lain. Tapi dari mulut adik iparku sendiri. Velyra mengunjungi pejabatku tengahari itu. Dia membawa bekalan makanan dari mummy.

" Oh ! Dia ada beritahu, Sheena hendak temuduga di sana , " jawabku jujur. Aku teringat perbualan dengan Gerlad. Dia membantu Sheena mendapatkan kerja di Syarikat Penerbangan yang sama dengannya. Sebelum ini Sheena bertugas dengan Syarikat Penerbangan di Arab Saudi. Tetapi kini dia beralih bertukar tempat baru. Aku tidak pernah menaruh syak wasangka yang lebih kepada hubungan mereka. Aku tahu Sheena adalah adik Kelly. Walaupun Kelly adalah bekas kekasih Gerald, dia kini bersama Eddy.

" Kau mesti berhati-hati kak. Aku kenal sangat dengan Sheena tu. Dia pernah berpacaran dengan abang aku selama tiga bulan. Dia tu licik. Dia tetap hendakkan abang Gerald walaupun dia tahu Kelly tu kakaknya , " cerita Velyra lagi. Kami berbual sambil menikmati masakan Sup Sayur dengan Ikan Bakar Asam air tangan mummy yang dibantu oleh Mbak Dalima. Walaupun jarak pejabat Velyra dengan pejabatku hampir 15km tetapi dia tetap sanggup meredah kesesakan lalu lintas semata-mata untuk membawa makanan untukku. Aku juga pernah membawa bekalan mangkuk tingkat mummy untuk makan bersama Velyra di pejabatnya.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now