Aku kalut seketika. Nenda datang dengan Bonda semasa aku baru balik kerja. Semasa sampai siang tadi Nenda dah sergah aku dengan soalan cepumas seawal aku buka pintu rumah.
" Amin dengan perempuan mana tadi Nenda nampak kat KLIA ?"
Adoi, aku betul-betul tak reti nak menjawab.
" Kawan dia kot.." Hati-hati aku menyusun kata.
" Kawan apa kejadah Nenda tengok berpeluk sakan..."
Aku diam tidak terkutik. Malas hendak bercerita. Akhirnya aku tadah telinga mendengar ceramah Nenda.
Malam aku hanya memasak ringkas untuk santapan kami. Sup sayur dan ikan goreng. Mujurlah Nenda dan bonda tidak cerewet bab makan.
" Laki kau tak mampu ke nak sediakan orang gaji sampaikan kerja rumah semua kau kena buat. Sedar ke tak bini tengah sarat mengandung," Ayat klise Nenda memang sukar ditepis. Mujurlah Gerald tiada mendengarnya. Kalau tidak mesti esok Gerald berusaha mengupah pembantu dengan segera.
Aku tersedak berapa kali mendengar teguran Nenda.
" Sya yang tak nak Nenda. Sya boleh buat lagi," jawabku sambil meletak gelas minuman ke atas meja.
" Hish mana boleh macam tu. Dahlah tinggal sorang. Kalau apa-apa berlaku sebelum dia balik macam mana?"
Beberapa ayat panjang lebar lagi Nenda sambung. Bonda pula terangguk-angguk menyetujui setiap butir bicara nenda. Aku bukan tidak bersetuju dengan apa yang Nenda bicarakan. Memang 100% aku setuju kata-kata Nenda. Tapi nenda tidak tahu masalah aku sekarang. Nenda tidak tahu sejauh mana hubungan aku dengan Gerald. Aku mengambil keputusan mendiamkan diri. Setia mendengar bicara atau ceramah nenda tanpa bantahan.Jenuh aku mendail nombor telefon tapi talian tidak bersambung. Aku rasa macam nak hentak ke dinding. Jam sudah pukul 10.00 malam bayangannya pun belum nampak.
Nenda dah berapa kali asyik menjeling ke pintu dan jam di dinding. Bonda tidak banyak cakap. Dia mengurut kepalaku yang sedikit pening selepas muntah tadi.
" Tengoklah Sya dah pukul berapa tak reti nak balik. Sanggup biarkan isteri sorang-sorang kat rumah. Kalau Sya nak terberanak macam mana?"
" Abang ada kerja lagi tu. Biasa waktu begini dia dah ada kat rumah," jawabku menyedapkan hati.
" Marissa, Nenda ni bukannya nyanyuk lagi. Mata Nenda terang lagi walaupun spek Nenda ni tebal..." Penuh berkias dia hamburkan gerak hatinya. Bonda diam tidak terkutik.
"Kalau macam ni Sya tinggal dengan Nenda sampai bersalin. Kita tinggal kat rumah Tengku Azhan kat Kiara tu. Nanti panggil Dalima datang. Pak Him boleh hantar Sya kerja. Tak payah susah bawak kereta sendiri. Stereng pun dah rapat ke perut..." Nenda bersuara tegas. Aku pandang wajah bonda. Mintak pengertian.
Bonda hanya mengangguk. Aduh... Itu tanda arahan wajib dipatuhi. Aku mengeluh perlahan. Nak bantah aku tak berani. Akhirnya aku mengangguk juga.
Arahan muktamad. Bonda terkial-kial menolong aku mengemas pakaian . Aku hanya hulur satu beg sahaja. Nenda dah menjeling. Pagi esok sedia berangkat. Nenda tidak pernah kalah dalam arahannya. Jangan bantah cakap orang tua. Aku lebih lama makan garam ...!!!
Pukul 11.00 malam telefon tanganku berbunyi. Aku yang masih belum terlelap semasa menjawab panggilan itu. Aku segera mencapainya.
" Assalamualaikum sayang..."
Aku sudah mengecami suara itu.
" Waalaikumussalam,"
" Maaf sayang. Abang silent telefon tadi. Terlelap. Mujur Sheena beritahu sayang dah telefon banyak kali," suaranya sedikit serak. Aku memejamkan mata cuba mencerna dengan positif butir bicaranya. Terasa sedikit aliran nafasku berubah rentak.
YOU ARE READING
Serenity Of Love
RomanceCinta adalah satu keterujaan. Adakah bahagia sentiasa mengulit bila kau sendiri alpa? Kisah rumahtangga yang manis dan ada pahitnya. Maaf cerita ini bukan kategori untuk 18Sx atau 21sx tetapi lebih sesuai untuk orang yang dah kahwin dan berfikiran m...