BAKUL BUNGA PAGI CELLA
Celik mata sahaja, bayangan pertama yang berdiri di depanku ialah seseorang yang aku tidak jangkakan. Mata yang masih kabur, dengan rambut yang kusut masai aku bangkit pagi itu dengan perasan yang luar biasa ketidakselesaannya. Aku memandang sekeliling bilik. Hanya dia yang berdiri di situ. Wajah yang tiada sekelumit senyuman tegak bagaikan patung boneka yang memperagakan pakaian.
Aku menjeling di tangannya. Sebuah bakul rotan erat di tangan kirinya. Sejambangan bunga yang digubah cantik menarik mindaku. Aku adalah sebahagian perempuan yang sukakan bunga. Tetapi apabila mataku bertembung dengan wajahnya, aku cepat-cepat melarikan diri.
" Selamat Pagi, Cik Marcella ," ucapan pertama dari mulutnya membuatkan aku tersedar. Aku bukan bermimpi. Sesungguhnya dia memang wujud di depanku.
Aku terus menggosok mataku. Terasa wajahku membahang merah. Malu. Pagiku di sapa oleh dia. Entah bagaimana wajahku di saat itu. Wajah seorang gadis yang baru bangun dari tidur. Eeeiii ... yarkkkk...! Aku tak boleh bayangkan rambutku yang kusut masai dan mungkinkah air liur basi di ....
" Selamat Pagi Encik Gery ," Sapaku dan menghisut ke tepi katil.
" I ada bawakan sarapan pagi untuk you. Garlic Bread and Mushroom Soup. And one more... Fresh orange juice ."
Dia menunjukkan bekas makanan di atas meja kecil di sisi katilku. Tersusun elok beberapa bekas bertutup termasuk satu gelas panjang mungkin terisi jus oren yang dibawanya.
Aku berkerut wajah. Bagaimana dia tahu sarapan kegemaranku ? Sekali lagi aku mendongak memandang wajahnya. Sebenarnya batang tubuhnya yang berdiri di depanku sangat tinggi. Aku mengandaikan ketinggiannya hampir 190cm. Memang galah.
" Vera yang beritahu ini sarapan kegemaran you ," dia terus memberitahu persoalan dibenakku. Aku mengangguk dan terkial-kial mencari sandal milikku di bawah katil.
Bakul bunga masih di tangannya. Dia mengunjukkan bakul itu untukku. Apabila aku tidak menyambutnya dia meletakkan bakul jambangan cantik itu ke atas meja di hujung kakiku.
" Can I serve to you ?" ujarnya lagi.
" Thank you. Cella nak ke bilik air dulu ," balasku dan tunduk menghampiri loker kecil. Aku menyelongkar beg mencari tuala. Semalam sebenarnya bondaku sudah tiba dari sana. Mungkin dia keluar ambil angin kejap masa aku masih lena. Bonda tiba petang semalam bersama AyahKu dan Tengku Imran adikku. Malam tadi hanya bonda yang menemaniku di katil . Itupun setelah aku gagal menahan bonda dari menemaniku di sini. Aku sangat kasihan apabila bonda terpaksa berbaring di sofa kelas satu ini. Di bilik wad ini selepas AyahKu yang mengaturkan agar aku dipindahkan dari wad Kelas 3 semalam, aku terpaksa bersendirian tanpa teman. Tiada lagi jiran sebelah katil yang peramah. Alasan AyahKu, aku perlu berehat dengan selesa dan rawatan lebih terperinci dengan doktor yang di minta khas. Aku tidak berani membantah apabila AyahKu beritahu dia yang akan memastikan rawatan terbaik untukku.
Apabila aku keluar dari bilik air, jejaka tadi masih lagi duduk di sofa. Aku mengelap rambutku yang basah sambil berjalan ke arah katil. Aku menjeling ke arahnya dan terus menuju ke katilku.
Dia juga bangkit dan menghampiriku. Terpana aku seketika apabila dia menarik kerusi untuk aku duduk.
" Silakan duduk. I akan hidangkan you sarapan ." Aku tergaman dengan tindakannya. Dia dengan tertib mengambil bekas makanan yang dibawanya dan menghidangkan kepadaku. Aku memerhatikan dia bekerja dengan cekap.
" Silakan Cik Marcella ." Dia meletakkan tangannya di dada dan tunduk hormat. Kelakuannya membuat aku tersenyum. Lucu dengan gaya selambanya.
"Terima kasih. Awak tak sarapan sama ?" Tanyaku sambil menggosok kedua belah tapak tanganku dan kemudian menadah tangan membaca doa makan.
" Tak apa awak makanlah dulu. Saya dah breakfast dengan mummy tadi," ujarnya dan mempersilakan aku makan sekali lagi. Aku mengangguk dan mengambil gelas jus oren dan meneguknya.
Aku menerima kehadirannya selepas peristiwa aku terjatuh di depannya pagi kelmarin. Badanku lemah kerana pagi itu sehari selepas aku lepas menderma darah. Dia yang membantu membawaku ke bahagian kecemasan. Dia juga yang menemaniku sepanjang rawatan dan sepanjang aku tidak sedarkan diri itu. Dia juga yang menjadi wakil keluarga dan menghubungi keluargaku selepas berbincang dengan Mummy Carmeen.
" Cik Cella, saya dah hubungi keluarga awak. Saya mohon maaf kerana menyelongkar telefon awak. Saya terpaksa kerana saya tidak tahu cara lain lagi untuk berhubung dengan keluarga awak," ceritanya panjang lebar. Aku hanya diam dan mengangguk. Memahami situasinya. Mujurlah dia pantas membuat keputusan dan petang itu juga keluargaku tiba ke sini dengan segera.
Aku bersyukur dan sangat berterima kasih atas bantuannya. Akhirnya aku kenali dia sebagai abang kepada sahabatku Velyra. Mummy Carmeen juga beria-ria memperkenalkan anak lelakinya itu .
Petang itu juga Velyra telah sedar. Aku berkesempatan melawatnya di wad rawatan rapi. Abangnya jugalah yang menolak kerusi rodaku ke wad adiknya.
Ketika itu juga pintu kamar di tolak dari luar. Aku berpaling dan wajah bonda pelik memandang ke arah kami.
======O====
Diari biru di tangan ku letakkan ke atas meja. Aku memandang jam didinding di atas meja.
Oppss....
Aku sudah terlewat. Telefon tangan aku ambil dan aku bergerak ke arah dapur. Tiada sesiapa pun di ruang dapur. Aku melayari internet mencari resipi yang telah aku baca semalam. Hatiku rasa teruja untuk membuat dan mengolah resipi tersebut. Bukannya selalu ada peluang untuk aku menyerlahkan kepakaranku yang suam-suam kuku ini.
"Sayang nak masak apa tu ?" Suatu suara lembut menegurku dari pintu belakang. Aku mengangkat wajah. Seorang wanita anggun berwajah jelita berpakaian santai baju blaus lusuh dan seluar panjang kelabu berdiri di situ. Dia mengenakan sarung tangan getah dan memegang satu alat berkebun. Wajah bersihnya kelihatan merening dengan peluh. Aku tersenyum manis ke arahnya.
"Cella nak masak kek. Hari ni Gery balikkan mummy. Cella jumpa satu resipi kat internet itu yang nak mencuba ni ,"ujarku dan mengambil bahan yang diperlukan lalu menyusunnya ke atas table top.
"Baguslah. Bolehlah mummy cuba. Mummy teringat kek caramel pistachio yang sayang buat hari tu. Kalau ada masa free mummy nak belajar buat juga. Sedap sangat. Mummy tengok harganya dekat kedai kek hari tu dekat RM90 sebiji kek tu ," tambah mummy lagi. Dia bergerak ke arah sinki dan mengambil batu pengasah dekat sinki dan dan mengasah alat yang di bawanya.
Kami berbual sebentar sebelum dia menyambung kerjanya di halaman. Katanya dia merawat pokok bunga ros yang merimbun.
Aku meneruskan kerjaku untuk menyiapkan resipi tersebut. Tidak sabar rasanya hendak melihat hasilnya nanti. Aku juga mencongak beberapa resipi lain lagi dan menyiapkan kerja di bahagian dapur.
YOU ARE READING
Serenity Of Love
RomanceCinta adalah satu keterujaan. Adakah bahagia sentiasa mengulit bila kau sendiri alpa? Kisah rumahtangga yang manis dan ada pahitnya. Maaf cerita ini bukan kategori untuk 18Sx atau 21sx tetapi lebih sesuai untuk orang yang dah kahwin dan berfikiran m...