Aloha 36

201 7 4
                                    

Aku berbaring di katil. Memandang ke langit siling. Warna biru lembut melatari ruang siling kamar itu. Aku senang dan tenang sebenarnya berada di kamar ini. Kamar ini banyak mengukir kisah cinta yang bahagia. Cinta dambaan jiwa . Aku mendongak ke dinding di atas kepala katil. Sebuah potret yang besar masih setia di situ semenjak hari pertama ia digantung di situ.

Bunyi keriukan pintu dibuka membantutkan khayalanku. Mataku melingas memandang ke arah pintu kamarku. Dia melangkah masuk dengan secawan susu suam dan meletakkan di atas meja sisi. Aku sangat senang dengan penampilannya yang berbaju kemeja kurta dan berkain pelikat.Songkok hitam masih di kepalanya.

" Minum susu sayang. Malam ini abang akan membaca Surah Luqman agar anak kita lahir nanti menjadi seorang yang bijak dan berakhlak mulia ," Dia lantas melabuhkan duduknya ke atas katil di sisiku. Aku membetulkan duduk dan bersandar di kepala katil. Susu yang dihulur aku sambut. Aku merenungnya dengan pandangan yang lembut. Walaupun di sudut kecil hatiku masih terselit rintihan pilu tetapi aku cuba bertindak waras. Aku menerima sahaja setiap layanannya. Bersabar selagi bentengnya tidak rapuh dan runtuh.

Hatiku tenang mendengar dia mengaji. Dari malam pertama aku berada bersamanya dia mengaji setiap malam di sisiku. Memperdengarkan surah berbeza yang dipilihnya. Aku tidak nafikan aku kagum dengan kesungguhannya belajar mengaji. 

Dia meneruskan bacaan dan tangannya meraba perutku. Bagaikan ada ikatan yang kuat , janin di dalam perutku bergerak. Bertindak balas dengan usapan tangan bapanya. Dia berhenti mengaji. Berpaling memandang wajahku. Tersenyum teruja.

" Sayang, baby gerak ?" Tanyanya teruja. Aku mengangguk. 

" Ya Allah! Syukurlah atas kurniaanmu ini. Indahnya perasaan yang tak dapat digambarkan... " Dia  mencium pipiku sekilas. Dia kemudian tunduk mencium perutku. Mendekatkan telinganya di perutku.

" Anak ayah apa khabar? Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati anak ayah dan ibunya.. " bisiknya lembut. Aku rasa geli apabila dia mencumbui perutku. Bayi di dalam juga mengeliat beriaksi bertindak balas dengan sentuhan. Seolah mengerti sentuhan ayahnya. Satu perasaan bahagia meresap jauh ke dalam sanubariku.

Dia kemudian meneruskan mengaji hingga habis surah tersebut. Aku rasa senang dan tenang. Dia meletakkan Al Quran dan terjemahan ke atas meja sisi katil. Dia berpaling ke sisiku. Tangannya meraih aku ke dalam pelukannya.

" Terima kasih sayang beri abang peluang ini ," bisiknya dan mengucup ubun-ubunku. Aku rindu situasi ini. Aku tak dapat nafikan cinta masih tersemat kukuh di hati. Aku ingin membalas pelukannya tapi hati berbelah bahagi. 

" Sayang, abang janji akan jaga sayang hingga akhir hayat abang,"Dia terus berbicara. Pedihnya menusuk ke hati. Mindaku mencerna sebaliknya. 

Bagaimana dia ingin menunaikan janjinya jika kasihnya kini telah terbahagi dua. Bukan aku sahaja di hatinya. Ada lagi insan lain yang telah sah berkongsi hakku. Merampas hakku ? Tidak dia bukan rampas. Hanya berkongsi... aku cuba nafikan.

" Sayang, mengelamun ya,"  bisiknya lembut dan meraih tubuhku ke dalam pelukannya.

" Abang, saya nak tidur..." Aku cuba meleraikan pelukan. Dia memandangku keliru. Aku tunduk dan mengusap perutku yang semakin membonjol.Baju tidur kain sutera yang aku pakai ini lembut di badan dan melekat mengikut alur bentuk tubuh pada bahagian perut. Aku membetulkan duduk.

" Okey, sayang baringlah elok.." ujarnya sambil membantu aku berbaring. Dia kemudian menarik kain selimut menutupi tubuhku. Dia mengucup dahiku sebelum dia bangun apabila telefonnya berbunyi. Walaupun nadanya perlahan tetapi suasana bilik yang sunyi bunyi deringan itu kedengaran jelas di telingaku.

" Ya, sayang..." Aku pedih mendengar bicaranya di telefon sebelum dia keluar ke veranda menjawab panggilan telefon di luar. Aku cuba memejam mata. Menahan hati dari rasa sendu yang melewati.

Aku harus pasrah dan redha bahawa aku kini berkongsi kasih. 

" Aku menyampah betul Cella ! Perempuan tu asyik menyusahkan abang aku. Jadual flight dia pun asyik nak sama dengan abang..."

" Datang rumah tapi tak nak masuk ke dapur sebab tak biasa.Mummy pun dah pandai buat perbandingan,"

" Sabarlah Vera. Apa pun sekarang dia kakak ipar kau. Aku ni dah tak lama lagi akan jadi bekas kakak ipar kau aje,"

" Aku keliru Cella. Aku sayangkan kau. Aku kalau boleh nak kau aje jadi kakak ipar aku. Tapi aku tak sanggup lihat kau menderita sebab abang aku. Andainya lepas ni kau jumpa lelaki yang lebih baik kau kahwinlah. Lupakan abang aku. Tapi kau jangan pula putus persahabatan kita. Dalam diri aku ini ada darah kau tau,"

Velyra adik ipar yang sangat aku sayang. Kami sebaya sebenarnya. Berkongsi minat dan kerjaya yang sama. Berkongsi cerita dan segalanya. Malahan dia yang banyak memberi nasihat dan pandangan agar aku tidak terus kecewa. 

Mummy pula ibu mertua yang memahami. Setiap hari dia datang menghantar makanan. Dia kalau boleh tak mahu aku membuat kerja kerana aku mengandungkan cucunya. Cucunya yang pertama. Yang dinantikan setelah hampir 3 tahun aku menjadi menantunya. Cucu yang akan menjadi kebangaan sebagai cucu yang pertama.

Sayang itulah panggilan ibu mertuaku untuk menantunya. Dia terikut panggilan Gerald untuk diriku. Aku juga senang dengan panggilan itu yang melambangkan keakraban mertua dan menantu. Mungkin aku sangat bertuah kerana di sayangi mentua tapi aku diuji dengan kasih sang suami yang terbahagi dua kini. Dan sedikit masa lagi aku akan kehilangan semua itu.

" Sayang, mummy kecewa sangat. Anak lelaki mummy tak tahu menilai mana intan mana kaca. Hati mummy tak boleh terima perempuan lain selain sayang sahaja sebagai menantu mummy."

" Mummy kalau boleh tak nak Gerald ceraikan sayang. Mummy tak sanggup hilang anak perempuan mummy. Mummy ada dua orang anak perempuan dan ianya tak akan lebih. Mummy tak suka perempuan itu. Masuk ke dapur basuh pinggan pun tak mahu. Potong sayur sikit pun tak mahu. Takut kuku patah. Takut kulit alergik sabun. Menyampah betul mummy. "

" Elok juga dia tak masuk ke dapur. Mummy pun tak mahu rasa air tangan dia. Kenapalah Gery buta mata..Buta hati..."

" Mummy tak izinkan dia tinggal dengan perempuan tu tinggal kat rumah ini. Mummy nak lepas ni sayang teruslah tinggal di sini senang mummy jenguk cucu mummy. Dia nak tinggal dengan perempuan tu kat mana pun biarlah cari rumah lain. Biar sewa tempat lain. Bukan rumah ni biarpun rumah ni atas nama Gery. Mummy nak paksa Gery serahkan kepada Sayang rumah ni atas nama cucu mummy nanti."

Bicara mummy bukan sahaja membuat aku pedih dan atau sedih tetapi menambah lagi sengsara di hatiku. Harapan dia kepadaku. Harapan dia yang punah terhadap anak lelakinya. Harapan untuk cucunya... Semuanya kini aku pendam sendirian. Aku tidak mahu menambah rencah kerana hatiku juga yang sakit. Perkara yang berlaku tidak akan aku salahkan sesiapa lagi. Aku telah menerima dan terpaksa menerimanya. Lagipun surat cerai telah berada di tanganku dan telah disahkan oleh pejabat agama bahawa aku dan Gery telah sah berpisah. Semasa kandunganku berusia 2 bulan dan aku sendiri tidak menyedarinya bahawa aku mengandung. Kalau diikutkan aku ingin terus melarikan diri tetapi papa yang menasihatiku. Talak tidak jatuh kerana aku mengandung. Sedangkan aku telah menafikan di hadapan kadhi aku tidak mengandung. Benar aku tidak tahu pun aku mengandung waktu itu. Malahan ketika usia kandunganku 4 bulan lebih baru aku tahu aku hamil. Itupun kerana aku kerisauan haidku tidak juga datang. Kekalutan hidup menyebabkan aku mengandai haidku menjadi tidak tetap dan bercelaru. Mungkin aku stress dengan keadaan semasa aku menjadi selera makan. Beratku juga naik mendadak sehingga 5 kilo dari bacaan biasa sebelum ini. Kalaulah tidak disebabkan Doktor Nurfarra yang beria memaksaku membuat ujian kehamilan aku tidak tahu pun keadaanku. Aku terlalu naif.

" Sayang, sayang dah tidur ke?" Lamunanku terputus. Suara Gerald menepis hujung telingaku. Aku berpura-pura tidur. Mataku pejam rapat.

" Okey sayang rehatlah. Abang nak keluar kejap. Nak bawak Sheena klinik. Dia tak sihat. Nanti abang balik.." 

Aku hanya mendengar bicaranya. Dia mengucup dahiku. Meraba perutku dan kemudian meletakkan pipinya di situ. Lima minit selepas itu dia keluar dari kamar kami.

Aku membuka mataku. Terasa air jernih mengalir panas di pipi. Kenapa aku menangis. Kenapa...??? Aku benci tangisan ini. Aku harus kuat. Kuat...!!!

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now