Aloha 20

444 10 0
                                    


Aku memerhatikan adik-adikku yang sedang belajar. Bilik belajar yang AyahKu sediakan untuk anak-anaknya belajar sangat selesa. Bukan sahaja terdapat satu set komputer untuk setiap seorang malahan buku-buku rujukan juga memenuhi bilik yang sederhana luas itu. Beruntungnya adik-adikku yang dapat belajar dengan selesa.

Mummy juga nampak selesa dan santai berbual dengan bonda. Boleh bergelak ketawa lagi. Senang hatiku melihat mummy yang tidak lagi rasa terasing seperti di rumah Nenda. Bonda berbual dengan mummy sambil memasak di dapur. Walaupun bonda juga mempunyai pembantu tetapi bonda masih memasak sendiri untuk santapan keluarga.

Airtangan bonda tidak mengalir sepenuhnya kepadaku. Bonda pakar dalam masakan kuih tradisional tetapi aku pula belajar memasak dari buku dan internet. Lebih kepada kuih moden dan kebaratan.

Telefon bimbitku di atas meja di sudut katil berbunyi. Satu nada yang telah aku khususkan untuk seseorang. Aku rasa mamai dan kabur dengan bunyian tersebut. Tanganku teraba-raba mencapai sisi meja kiri katil.Mataku masih lagi terasa berat untuk dibuka. Aku terlelap sebenarnya selepas menemani adik-adikku belajar tadi. Aku terus menuju ke kamarku dan berbaring sekejap selepas solat zohor tadi. Akhirnya aku terlelap.

Bunyi telefon terhenti. Aku hendak meletakkan ke atas meja apabila ia.berbunyi sekali lagi. Dengan mata yang separuh terbuka dan menahan kantuk aku terus menjawab panggilan tersebut.

" Assalamualaikum sayang..!" Suara di hujung sana menyapa. Mataku tiba-tiba terbuka luas mendengar suara itu. Hilang segala rasa mengantuk dan kebingungan.

" Abang...!"

" Sayang tunggu abang dekat airport 2 jam dari sekarang..." Sekali lagi aku terloncat bangun mendengar berita yang disampaikan.

" Abang, abang kat mana ni?"

" Hahaha... baru keluar dari rumah kita,"

" Okey... Cella tunggu abang,"

Aku segera bersiap dan menukar baju. Solekan tipis dikenakan. Kunci HRV kuambil. Aku mencari mummy dan bonda.

" Mummy, bonda. . Cella nak ke bandar ..."

" Nak kami temankan ke?"

" Tak perlu. Cella ada dating.." ujarku sambil mengenyit mata. Kemudian aku salami tangan kedua bonda dan mertuaku.

Aku membelek fridge magnet. Tetapi tiada yang menarik minatku maklumlah mindaku lebih fokus ke arah pintu berdekatan lift.

Banyak pula pilihan cendermata yang diperbuatkan dari suratkhabar lama ni. Itupun aku dapat tau dari gadis penjual yang ramah melayaniku. Bentuk dan warna menarik perhatian pula. Jenuh pula aku membelek hingga masa terus berlalu. Aku hampir terlupa pengumuman ketibaan pesawat yang entah mana satu.

" Assalamualaikum sayang... beli apa tu?" Tegur satu suara di telingaku. Meremang aku seketika. Aku perasan kemunculan seseorang yang melangkah masuk ke dalam kedai tetapi keterujaan aku membelek cenderamata di situ membuat aku mengabaikannya. Pantas aku berpaling dan tubuhku terus ditarik ke dalam pelukannya.

" Oouchhh...!" Jeritan aku terhenti apabila bau tubuh yang kupeluk amat dikenali.

" Abang..." pelukan semakin ku eratkan.

" Dah lima minit abang berdiri perhati dari tadi. Sedih buah hati abang tak sambut pun abang," suaranya seakan merajuk.

" Ala abang ... Cella mintak maaf. Cella sampai awal lagi. Ingatkan abang lewat keluar jadi Cella masuk ke sini dulu.."

" Jom sayang kita sambung kat rumah ," ujar Gerlad sambil mengenyit mata nakal. Dia mencium pipiku sekilas dan menarik tanganku keluar dari kedai itu. Mataku terbias dengan mata pemilik kedai itu yang tersenyum sumbing ke arahku.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now