Aloha 23

389 13 0
                                    

Nenda punya perancangan dan arahan memang tak boleh di tepis dah. Aku dah bagi alasan yang aku fikirkan munasabah. Dah cerita apa yang suami dan mummy cakap masa dalam perjalanan tadi. Dah tunjuk memek muka kesian. Tapi jawapan Nenda memang muktamad. Tak boleh dibantah atau diubah. Sekali suaranya melengking tinggi semua orang akan tertunduk terketar-ketar. Mengangguk patuh.

" Malam ni tidur sini. Nenda dah cakap kat orang masjid, malam ni nak buat tahlil sikit. Ada makan-makan kat sana sikit. Sya dengan suami kena pergi sana malam ni.." ujar Nenda lalu melangkah ke arah kamarnya. Aku terhenyak di kerusi. Bagaimana hendak memberitahu mentua dan suamiku permintaan atau lebih lagi arahan Nenda. Mummy tentu kecewa kerana dia sudah merindui rumah dan lebih-lebih lagi daddy yang sudah beberapa hari ditinggalkan.

Tok..! Tok...! Tok...!

Aku terpegun apabila Nenda muncul di pintu kamar dengan bertelekung. Aku baru keluar dari bilik air mengambil wuduk. Suamiku juga sudah bersiap membentang sejadah. Dia seperti biasa membaca buku kecil miliknya yang sentiasa dibawa. Kebiasannya dia akan membaca buku agama sementara menunggu aku siap berwuduk.

" Hah! Cakap nak solat berjemaah. Nenda pun nak solat sama ," Nenda terus melangkah masuk. Keliru seketika aku. Aku berpaling ke arah suamiku yang menunggu di atas tikar sejadah. Suamiku mengangguk. Dia tersenyum menggamit Nenda masuk.

" Silakan Nenda. Bolehlah berjemaah sama. Lebih afdal ," jawab suamiku. Dia menutup buku yang dibacanya dan diletak ke atas meja kecil di depan.

Dia terus bangun dan azan. Aku memakai telekung solatku dan menyusun sejadah milikku dan Nenda. Selesai azan dia berpaling ke arah belakang. Aku dan Nenda juga sudah berdiri bersedia untuk solat. Suamiku terus Qamat.

Aku terpaku melihat Nenda memeluk Gerald selepas solat. Dia menggosok kepala Gerald dan kemudian mencium ubun-ubunnya. Aku melihat pertama kali Nenda berbuat demikian. Ada air matanya juga yang mengalir berdepan situasi itu. Aku juga turut terharu dengan suasana itu.

"Alhamdulillah ! Sya ! Cucunda menantu Nenda. Syukur pada Allah. Nenda berbangga sangat dengan kalian. Allah dah pilih kalian berjodoh yang terbaik. Nenda doakan agar rumahtangga kalian berdua kekal till jannah ," suara Nenda kedengaran agak sebak.

" Aaaminn...! Terima kasih Nenda sebab doakan kami.." jawab Gerald sambil tersenyum ikhlas. Aku juga hampir menitis air mata dengan ucapan Nenda. Bicaranya lembut menusuk kalbu.

" Nenda minta maaf kerana selama ini tidak merestui perkahwinan kamu berdua. Rupanya Allah nak tunjuk jodoh dan ketetuannya adalah yang terbaik. Nenda syukur sangat kini. Suami Sya walaupun orang baru tapi dia dapat membimbing Sya dengan baik," Suara Nenda bergetar. Sebak.

Selepas melipat sejadah Nenda keluar dari kamar kami. 

" Eh! Siapa nama kamu ," Nenda berpaling dan bertanya kepada Gerald semasa berada di pintu bilik. Ada lagi ke yang dia tak puas hati? Hati sudah walang. Janganlah disergah dengan kata-kata yang pedih lagi. Aku memandang ke arah Nenda dan Gerald silih berganti. Nenda ni biar betul. Mustahil dia tak tahu nama cucunda menantunya.

" Gerald atau Gery," jawab suamiku.

" Nama Islam kamu ?" Tanya Nenda lagi tidak puas hati.

" Muhammad Geraldine Benjamin.." 

" Hemm... Nenda nak panggil Amin..." ujar Nenda sebelum keluar dari bilik kami. Dia juga menutup pintu. Aku mengerutkan dahi. Memandang wajah suami yang kelihatan bingung. 

Aku mengangkat bahu tanda tidak mengerti. 

" Amin... amin.. ? Sayang... elok juga Nenda panggil abang Amin. Menarik juga nama tu...!" Cetus Gerald sambil mengaru cuping telinga. Dia kemudian menghulurkan tangannya meraih aku ke dalam pelukan. Aku membalas pelukannya dan berasa nyaman di layan begitu.

" Sayang, Nenda tak adalah menakutkan sangat sebenarnya," katanya lagi sambil mencium ubun-ubunku. Aku mengangguk setuju dengan pendapatnya. Aku masih lagi tergaman dengan peristiwa tadi. Nenda oh Nenda.

~~~~~~~*~~~~~~

Riuh rendah di meja makan apabila Nenda melayani aku dan Gerald . Mummy yang duduk di sebelah Nenda tersenyum melihat perubahan Nenda.

" Ingat tu malam ni kita solat kat masjid. Pastu ada tahlil.. mummy kamu nampaknya tinggal di rumah sajalah. Berani ke tinggal sorang ?" Tanya Nenda kepada mummy. Aku memandang wajah mummy.

" Semua orang kena pergi sana ke ?" Tanya mummy pula teragak-agak.

" Ya, wajib !" Nada suara Nenda sedikit tinggi. Aku dan suamiku diam tidak terkutis. Nenda masih ada menyimpan kejengkelan itu.

Lauk pauk yang di masak oleh Mak Senah pembantu Nenda memang sedap. Aku dan suami makan lebih sikit Itupun disebabkan Nenda yang beria-ria menambah nasi ke dalam pinggan kami. Aku perasan Nenda menjeling sinis ke arahku apabila aku meletakkan lauk dan nasi tambah ke dalam pinggan mummy.Aku hanya tersengih dan kemudian mengambil lauk Ikan lalu kuletak ke dalam pinggan Nenda. 

" Hari ni semua orang makan berselera. Menu rumah Nenda kena dengan selera kitakan sayang..." seru suamiku sambil meneruskan suapan. Dia kemudian menghulur tangan dan menyuap ke mulutku. Aku menganga mulut luas dan mengunyah lauk yang di siap oleh suamiku.

" Abang.... suaplah lagi.." ujarku merenggek. Nak buat camne dah terbiasa suami suap bila ada dekat.

"Oh..! Jap-jap sayang. Abang nak tambah kuah ni. Sedaplah masak apa ni Nenda.."

" Masak singgang je tu. Kenapa Sya tak pernah masak ke untuk suami lauk tu ?" Nenda sergah hala kepadaku pula. Nyaris-nyaris tertelan kepala Ikan yang tengah sedap di gigit.

" Belum buat lagi Nenda. Abang suka erk lauk gini.."

" Apa bahannya tu Mak Engku ?" Tanya Mummy pula. Dia juga mula mencubit lauk yang sudah ada di dalam pinggan nasinya.

" Nak tahu rahsianya kena berguru dulu Cik Carmeen ooi..! Bawak pengeras sekali..." jawab Nenda sambil tersenyum. Baru aku nampak senyuman Nenda yang ikhlas kepada mummy.

" Boleh..! Boleh Mak Engku...!" Mummy pula seakan beria-ria. 

" Abang, suaplah lagi..." rengekku lagi. 

" Amboi Sya,  kamu ni memang suka sangat bermanja ya. Kesian Amin tu nak makan. Kamu suaplah sendiri..." teguran Nenda aku jawab dengan ketawa kecil.

" Dia orang berdua ni memang macam ni Mak Engku . Makan bersuap,"  tambah mummy pula.

" Sayang isteri, Nenda..." jawab Gerald sambil meneruskan suapannya.

Kami berempat menikmati hidangan tengahari itu dengan penuh berselera. Waktu ini juga dapat aku rasa satu suasana yang aku rindui  dan bagaikan mimpi berdepan dengan Nenda. Nenda juga tidak lagi seserius sebelum ini melayan suamiku dan ibu mertua. Syukurlah kerana dibukakan hati Nenda untuk menerima dengan terbuka.

Malam itu aku menemani Nenda ke masjid. Suamiku juga ikut sama. Riuh orang kampung menegur dan berkerumun terhadap suamiku. Rasanya macam selebriti pula. Bahagian kaum ibu juga ramah bertegur sapa denganku . Bermacam-macam Soalan di tanya. Termasuklah soalan, bila nak timang cahaya mata. Ha kalau yang ni aku memang tak dapat jawab. Aku hanya menjenguk kepala memandang ke arah suamiku yang sedang bersembang dengan orang kampung di depan tangga masjid. Dia pun mungkin di tanya soalan yang sama. Yalah dah 2 tahun kami kahwin. Orang lain dah menambah lagi tapi aku masih serasi begini.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now