Bonda macam marah pula bila aku beritahu aku tak balik malam ni. Macam-macam yang ditanya. Macam-macam yang di soalnya.
"Sya jangan nak mengada. Bonda belum jumpa menantu bonda. Bawak balik dulu menantu bonda ke rumah. Lepas tu nak tidur kat mana pun pergilah. Sya buat macam rumah bonda tak ada tempat nak tidur...".
Hambik kau. Bonda dah bising kat telefon. Nasib baik belum kat depan. Bonda dengan Nenda sebenarnya lebih kurang sama sikap. Autokratik. Kena ikut arahan. Berbeza sangat dengan Papa. Aku mungkin ikut sikap papa banyak menurut perintah tapi kadang-kadang ada juga sikap bonda yang aku terikut.
"Bonda, bolehlah. Esok Sya balik dengan menantu bonda. Jangan risau. Sya tak bawak lari menantu bonda." Rayuku lagi. Bonda memang kena cakap meleret-leret sikit. Kena pujuk-pujuk.
Bila aku minta untuk bercakap dengan mummy mujurlah dia bagi.
"Okeylah sayang, mummy faham. Selamat berbulan madu.. usaha yang terbaik ya mana tau mummy jadi nanny pula nanti," ujar mummy tertawa mengekek.
Aku menepuk kepala mendengar cakap mummy. Adoi mummy kesitu pula. Aku faham dengan kata-katanya. Aku menjeling ke arah suamiku yang baru keluar dari bilik air. Dia datang menghampiri katil lalu duduk di sebelahku. Memandangku pelik. Sambil tangannya mengelap rambutnya dengan tuala.
Aku meletakkan telefon tangan ke atas meja di sisi katil. Jubah mandi ku betulkan selisihnya. Ketatkan ikatan. Dia masih lagi mengelap rambutnya.
" Sayang nak solat berjemaah dengan abang tak ni?" Tanyanya sambil bangkit mengambil sejadah di dalam almari. Sejadah di bentangkan di ruangan bilik yang sempit itu.
" Okey, telekung Cella ada dalam kereta. Tadi solat asar Cella guna yang kat masjid je," jawabku dan bangun mengambil pakaian bersih yang telah aku letak di atas katil.
" Okey, abang pergi ambik kejap, Cella dah ambik wuduk ?" Tanyanya sambil berpakaian. Jubah mandi miliknya di lempar ke arahku. Terteleng kepalaku mengelak. Aku tidak jadi mengejarnya apabila dia sudah melangkah ke pintu.
Selepas aku keluar dari bilik air, bunyi ketukan dipintu. Aku mengintai melalui lubang pint pintu. Kelihatan batang tubuh suamiku berdiri sambil menjinjing beg milikku. Aku terus membukanya.
" Dah lewat ni jomlah kita solat dulu. Lepas tu agenda kita..." ujar Gerald sambil ketawa kecil. Aku mencapai beg milikku dan menyelongkar mengeluarkan telekong solat dan pakaian bersih ku.
Selepas solat maghrib kami berehat di katil sambil menonton televisyen. Sementara menunggu Isyak kami hanya duduk sahaja dan aku masih dalam telekong solat yang telah aku sinsing ke bahu.
Selesai solat Isyak kami menukar pakaian santai. Agenda malam ni keluar mengambil angin malam.
Gerald duduk di sofa menunggu aku yang lambat bersiap. Semasa aku lalu di depannya tiba-tiba dia memaut pinggangku. Aku yang tidak bersedia dengan tindakannya terjerit kecil lalu terjatuh ke ribanya.
" Abang...!" Jeritku kaget.
" Sebelum keluar mintak cium sikit..." usiknya lalu memelukku erat. Dia terus mencumbui leherku dari belakang. Terasa geli apabila dagunya yang tidak bercukur mengenai leherku.
" Abang ni gelilah. Tajam janggut abang tu," jeritku terkial-kial melepaskan diri.
Tangan kirinya memaut pahaku dan mulutnya menjalar di leherku. Sementara tangan kanannya mencuri masuk melalui leher bajuku. Aku terus mengeliat kegelian. Kubiarkan gerak kerjanya yang membuat aku terbuai-buai. Tangan kirinya terus meraba ke celah paha. Dari atas seluar dia meraba tundunku dan menggosoknya lembut. Aku mendongak berpaling mengadap wajahnya. Bibir kami bertemu. Dia memegang pipiku dan menolak lidahnya ke dalam mulutku. Entah berapa minit kami meneroka mulut masing-masing. Menyedut dan menghisap sehinggakan aku rasa bahagian bawah ku hampir berdenyut. Sementelah pula aku rasakan ada benda lain yang menjolok bontotku dari belakang.
Ahhhh...
Aku memakai baju tshirt dan jeans. Si dia juga mengenakan tshirt dan jeans juga. Kami berpimpin tangan menuju ke arah restoran tepi pantai yang telah kami nampak petang tadi.
Makam malam kami dengan bertemankan cahaya lampu neon yang malap. Suasana romantis dengan angin laut yang bertiup lembut .
"Sayang, abang rasa nak baby lah.."
Hampir tersembur nasi yang aku kunyah. Pandanganku tajam ke arah wajah sang suami di depanku. Gerald menghulur gelas minuman minuman kepadaku. Dia kemudian bangkit dan mengosok belakangku yang berterusan terbatuk. Alahai suamiku ... kang dah tersedak isterimu ini...
" I'm sorry sayang. Abang cintakan sayang..." ujarnya lagi dan memeluk belakangku. Aku menggeleng kepala menahan rasa perit yang hampir menyekat salur pernafasanku.
Aku meneguk sedikit lagi minuman ais suam di depanku.
" Abang , cakap lepas ni ya hal sensitif tu..." tegurku dan meneruskan menyuap nasi goreng didepanku.
" Abang minta maaf sayang..." Berkali- kali dia mengucapkannya. Malam itu hidangan malam kami terasa sangat hambar.
Pegangan tangan Gerald yang melingkari pinggangku semasa kami keluar dari restoran tepi laut itu juga terasa berbeza. Ianya tidak lagi membuat aku rasa teruja berada di samping lelaki yang bergelar suamiku. Hatiku meronta ingin meluahkan sesuatu yang berbuku di hati.
YOU ARE READING
Serenity Of Love
RomanceCinta adalah satu keterujaan. Adakah bahagia sentiasa mengulit bila kau sendiri alpa? Kisah rumahtangga yang manis dan ada pahitnya. Maaf cerita ini bukan kategori untuk 18Sx atau 21sx tetapi lebih sesuai untuk orang yang dah kahwin dan berfikiran m...