Aloha 26

349 8 3
                                    

Once you've been hurt, it is so hard to get attached again. The fear that it will happen again is what builds the walls arround your heart. Sometimes we hurt ourselves more than anyone could ever hurt us. By keeping our feelings hidden within our heart.

Semua yang kita harapkan tak semestinya akan berlaku. Dan apa yang berlaku tak semesti kita harapkan. Akhirnya kita tahu kita perlu belajar untuk menguatkan hati kita. Jangan biarkan ianya hanyut. Kerana bila kita sedar semuanya sudah tidak berguna lagi.

Aku gelabah apabila terlewat bangun pagi itu. Syania yang menelefonku pagi itu membuat aku tergopoh gapah berlari ke bilik air. Mandiku tidak sebasah seperti biasa. Aku berlari membetulkan tudung di dalam lift. Beg mekap semasa kecemasan aku sambar. Mujurlah suamiku banyak mengajar trick dan trip bagaimana jika terlewat untuk satu perjalanan.

Di dalam kesesakan awal pagi itu aku berlari berkejaran ke punch card. Tapi malangnya ia sudah berbunyi irama menunjukkan aku terlewat. Aku hampir menangis apabila mesin punch card itu membisikkan kata-kata " You're late 35 minute today , ". Aku hampir ingin menangis kerana kelewatan ini. Pagi ini aku menempa sejarah.

Langkah kuatur perlahan menuju ke ruang pejabatku. Beberapa orang kakitangan yang berselisih denganku menegurku ramah. Aku membalas mesra seperti biasa. Namun kemunculan Aida di pintu pejabatku membuat aku tersungil malu.

" Puan, kenapa wajah pagi ni tak berseri. Puan tak sihat ke ?"

Aku tersengih sambil menayangkan beg mekapku.

" Saya terlewat sikit ," jawabku malu.

" Oh ! Saya faham. Suami Puan balik ya ? "

" Hah ! Bukan ! Hari ni baru dia balik, "

" Oh ! tak ada orang yang nak kejutkan, "

Aku tersengih malu dengan omongan Aida. Dia kemudian membiarkan aku mencalit sedikit mekap dipipiku. Membetulkan skarf di kepala. Aida menyusun buku rekod klien di atas mejaku. Dia kemudian keluar dan membiarkan aku sendirian membelek jadual tugasku untuk hari ini.

Aida muncul kembali dengan secawan horlicks dan sebuku kuih. Dia meletakkannya dengan hati-hati di atas mejaku.

" Silakan Puan. Sarapan dulu. Kalau tak sarapan, tak ceria suasana hari ini," Dia mengusikku.

" Terima kasih Aida. Dari mana awak dapatkan kuih ni ? " Tanyaku hairan. Sebiji kuih kasturi bersebelahan dengan minuman horlicks.

" Jangan risaulah. Itu kuih lebihan sarapan pagi. Patutlah saya tak ingin habiskan kuih itu. Rupanya ia rezeki Puan, " ujar Aida sebelum meninggalkan bilik kerjaku.

Aku menikmati secawan horlicks pemberian Aida. Sebiji kuih kasturi menjadi alas perutku pagi itu. Kebiasaannya aku akan singgah di gerai depan tempat kerjaku untuk membeli sarapan sebelum punch card. Hari ini kerana kelewatan aku lupa pasal sarapan.

Tiba-tiba mataku buntang. Aku terlupa sesuatu. Sheena. Gadis itu masih dirumahku. Aku pula telah menguncinya di dalam rumahku. Aku mengetuk mejaku berkali-kali dengan pen. Itu tanda aku keresahan. Aku panik. Bagaimana ni...

" Hello ! Abang Eddy ! Sheena ada di rumah Cella. Abang free tak ?" Suaraku agak kelam kabut di telefon. Mujurlah aku teringat untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai hari itu apabila Eddy datang ke pajabatku. Mengambil kunci rumah denganku. Aku berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada Eddy kerana membantu aku yang dalam kekusutan.

Pening juga melalui hari sepanjang hari ini. Kelewatan bangun pagi. Mengunci Sheena di rumah. Teguran Aida melihatku tanpa mekap. Cukuplah tiga benda yang meruwitkan hariku sepanjang hari ini.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now