Pagi aku keluar ke pasar sekejap. Menemani ummi membeli bekalan dapur. Ummi mulanya tidak izinkan aku ikut tetapi aku tetap beria juga ingin ke sana.
Aku berehat di kamar. Perut terasa mengeras dan sakit pedih. Mungkin kesan selepas muntah yang teruk. Gara-gara mencuba kuah sos lada hitam yang banyak aku terasa kepanasan.
Aku cuba berbaring di kamar. Cuaca petang itu agak dingin. Hujan baru sahaja berhenti. Papa dan ummi masih di tempat kerja. Mbak Dalima yang menemaniku juga sudah kembali ke rumah keluarganya. Dia akan datang kembali sekiranya aku memanggilnya. Kasihan juga dengan Mbak kerana sudah lama tidak ketemu keluarganya. Aku memberi peluang untuknya bersama keluarga sementara kami berada di sini.
Aku membaca buku yang diberi oleh ummi. Tentang penjagaan bayi dan surah amalan yang sesuai sepanjang mengandung. Pengalaman pertama ini walaupun sedikit rumit tetapi aku cuba kuatkan semangat ku. Tanpa suami dan seorang ayah pada bayi yang kukandung ini membuat aku jadi tabah. Aku harus kuat.
" Sya, ada tamu mahu jumpa kamu," terdengar suara ummi mengetuk pintu kamarku. Tamu? Siapa? Aku sedikit curiga ? Aku di sini tiada sesiapa pun yang tahu. Kecuali keluarga papa di sini dan mummy sahaja. Mustahil...
Aku sudah tak diperlukan lagi. Aku juga tidak berharap. Perpisahan selama 5 bulan ini mengajar aku untuk menjadi kuat. Seberat apapun beban masalah yang dihadapi saat ini, aku percaya bahawa semua itu tidak pernah melebihi batas kemampuanku. Bagiku orang yang kuat hatinya bukanlah mereka yang tidak pernah menangis, tetapi ia merupakan orang yang tetap tegar ketika banyak orang menyakitinya.
Aku cuba tenangkan hatiku dengan kata-kata motivasi ini. Ia memberi aku keyakinan dan kekuatan untuk terus berdepan dengan kenyataan hidup walaupun kadangkala ia terlalu menyakitkan.
Aku mengadap bunga di halaman. Membelakangi pintu gelangsar yang diperbuat dari kayu jati memisahkan ruang tempat aku berdiri dengan taman bunga di depan.
" Assalamualaikum.." Satu suara garau tapi lembut menyapa. Pantas aku berpaling. Aku kenal pemilik suara itu.
Mataku terus meleret jatuh ke arah sosok tubuh yang berada beberapa langkah di depanku kini. Aku terjeda.
Dia memandangku tersenyum. Menghulurkan tangan.
" Waalaikumussalam..." jawabku akhirnya. Aku mencapai kerusi di depanku dan duduk. Aku tidak kuat untuk berdiri lagi.
" Sayang apa khabar?" Tanyanya mesra sambil menarik kembali tangannya yang tidak bersambut. Dia berdiri merenungku lama.
Aku rasa satu turisan sembilu melukakan hatiku di saat ini.
" Encik Gery, apa yang saya boleh bantu," Aku yang sudah terbiasa berdepan dengan pesakit di tempat kerjaku bersuara akhirnya.
" Sayang, abang minta maaf.. Minta ampun..!" Dia tiba-tiba menjatuhkan lututnya menekur lantai. Suatu tindakan yang aku tidak jangkakan. Aku berpaling ke kiri kanan memerhati sekeliling. Gusar andai ada mata lain yang mencuri menonton adegan ini. Apa yang lelaki ini lakukan.
" Abang mohon sayang. Maafkan abang !" Suaranya begitu mendayu. Merayu...
" Abang sedar abang salah...! Tolong maafkan abang ," Dia langsung tidak memberi aku peluang untuk berbicara. Dia bergerak menghampiriku. Aku cuba bangkit melarikan diri tetapi perutku tersangkut di meja.
" Aduh...!"
"Sayang...! Are you okey ," Dia menerpaku. Bangkit dan memegang bahuku. Aku menepisnya.
" Encik... jangan sentuh saya. Saya bukan isteri Encik lagi...!" Jeritku sambil cuba menepis tangannya.
" Sayang, sayang masih isteri abang. Talak belum jatuh sebab sayangkan hamil anak abang ," ujarnya tergagap.
" Tidak, awak dah lafazkan 5 bulan yang lepas Encik Gery...!" Pintasku dan merengus kasar.
" No, masa tu abang tak tahu sayang mengandung ," rayunya lagi.
" Encik Gery, jangan ganggu saya lagi. Saya bahagia dengan kehidupan saya kini...!"
" Sayang, abang masih perlukan sayang. Jangan tinggalkan abang lagi ,"
Aku tidak mahu terus disakiti. Aku menolak kerusi yang menghalang dan berlari meninggalkan tempat itu. Aku tak akan berpaling atas apa yang telah berlaku ini. Lima bulan ini aku boleh berdiri kuat kenapa tidak saat ini...
" Cella sayang...!" Aku tidak pedulikan raungannya yang memanggil namaku. Aku sudah tekad. Jangan cuba gugat hidupku.
Namun pertemuan itu tidak berakhir di situ. Esoknya pagi-pagi lagi dia telah muncul di rumah papa. Berbual mesra dengan papa dan ummi. Dia tidak jemu memujuk dan merayu apabila ianya menjadi rutin hidupnya sehingga tiga hari berturut-turut. Papa dan ummi memadangku sayu.
~~~~~*~~~~~~~
Akhirnya hari ke-4 aku sudah berada di dalam perut flight dari Bandung ke KLIA. Tanganku di genggam erat. Enggan dilepaskan. Aku diam.Tanpa sepatah bicara sepanjang 3 jam perjalanan. Dia mulanya cuba meraih perhatianku. Melayaniku seperti biasa seolah tiada apa yang berlaku.Namun hatiku sudah beku. Sejuk dan sangat dingin.
Aku hanya membiarkan apabila tangannya mula meraba dan mengelus perutku dari dalam jaket labuh yang kupakai. Sebenarnya jika dilihat dari luar aku kelihatan sedikit berisi dan jika tidak diperhatikan dengan teliti tiada yang perasan aku mengandung. Hakikatnya kandunganku sudah masuk 7 bulan dan sepatutnya aku tidak berada lagi di dalam flight ini. Aku memeluk beg sandangku melindungi perutku di sebalik jaket tebal yang kupakai. Sepanjang penerbangan itu aku tidak putus-putus berdoa semoga kandunganku selamat. Apa yang penting aku selamat sampai ke tanahair.
Tepat jam 9.30 malam kami menjejaki kaki lagi di apartmen yang pernah aku tekad tidak akan aku jejaki lagi. Limousin lapangan terbang yang menghantar kami sudah meninggalkan kami di depan blok berdekatan pintu lift.
" Jom sayang,selamat kembali ke istana cinta kita..."
Dia memimpinku masuk. Hatiku rasa sebak dan pilu mengingati apa yang telah aku lalui di sini. Ya, aku rindui saat itu. Semasa dia membuka pintu rumah aku melabuhkan punggungku di bangku di tepi pintu. Aku rindu saat santai duduk di sini. Aku menjeling ke rumah sebelah. Pintu tertutup kemas. Aku mengeluh kesal. Ada satu perkara terkait yang membuat aku jadi begini.
"Jom sayang, kita masuk berehat dulu,"
Dia menarik beg pakaianku ke kamar. Langkahku terhenti. Waspada.
" Maaf, saya mahu bersendirian di kamar tetamu sahaja,"
Langkahnya juga berhenti. Dia memandangku pelik. Beg pakaianku dilepaskan. Perlahan dia menapak ke arahku.
Berdiri di depanku. Tanganku diraihnya. Beg sandang miliku di ambil dan diletak ke atas beg pakaianku.
" Sayang, berilah abang peluang menebus kesalahan abang,"
" No, saya tak boleh..." Tubir mata rasa memberat. Aku menggeleng kepala.
" Sayang , maafkan abang.." Tubuhku terus diraih ke dalam pelukannya. Aku kaku tidak membalasnya. Airmataku terus tumpah.Kesakitan di dada itu terus menyengat.
" Sayang, andainya tiada lagi sekelumit pun cinta sayang pada abang, berilah abang peluang untuk menjaga sayang sehingga anak kita lahir. Beri abang peluang yang telah abang sia-siakan itu . Hanya 3 bulan ini sahaja," Bahuku basah. Ada sesuatu yang tidak aku jangkakan. Tangisan itu seakan melenturkan kekebalan hatiku.
" Sayang masih isteri abang selagi anak kita belum lahir. Abang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga sayang. Beri abang waktu yang ada ini untuk menggalas tugas abang sebagai suami dan ayah kepada anak kita. Abang janji selepas ini abang tak akan minta lebih. Abang tahu had itu," bisiknya lembut di cuping telingaku. Perutku di rabanya lagi. Kesedihan dan kepiluan hatiku telah goyah. Dia mengelap airmataku.
" Izinkan abang," Dia terus merayu. Pipiku dipegang dengan kedua belah tangannya. Aku memejam mata. Enggan bertentangan mata dengannya. Aku takut aku kalah dengan senyuman itu. Tidak aku nafikan hatiku sarat dengan kerinduan tetapi bahagian lain kelukaan itu masih belum sembuh. Bibirku terasa hangat. Aku terkedu.
YOU ARE READING
Serenity Of Love
RomanceCinta adalah satu keterujaan. Adakah bahagia sentiasa mengulit bila kau sendiri alpa? Kisah rumahtangga yang manis dan ada pahitnya. Maaf cerita ini bukan kategori untuk 18Sx atau 21sx tetapi lebih sesuai untuk orang yang dah kahwin dan berfikiran m...