Sayugia 2 : Cinta Monyet

633 10 0
                                    

Zaman Remaja

Orang kata zaman cinta monyet ni hubungan tak boleh pakai sebab sekejap aje masa tu.

Aku masa tu walaupun punya rupa paras yang menarik tapi kategori susah untuk didekati. Mungkin masalah dengan didikan dari kecik menyebabkan aku tidak ramai kawan. Aku kategori pendiam.

Kat sekolah aku kalangan pelajar pintar. Jatuh cinta kali pertama dekat cikgu masa aku darjah tiga. Masa ni jumpa cikgu tu bikin aku jadi pemalu dan serba salah. Cikgu ni pula suka mengusik aku. Kadang2 dia suka tarik toncang rambut aku. Siang malam asyik teringat kat cikgu tu. Lepas tu cikgu tu kahwin aku pun lupakan dia. Tapi tak tau camne aku bleh lupakan dia. Kemudian aku jatuh cinta pula dengan cikgu baru. Aku masuk pasukan beruniform. Setiap aktiviti tak pernah miss. Bila cikgu tu kahwin aku jatuh cinta pula dengan budak kelas sebelah. Suka sangat tengok dia yang cute dan budak bijak juga. Kira2 aku dengan dia selalu bersaing dalam markah peperiksaan.
Bila masuk sekolah menengah aku masih dengan perangai yang sama. Pendiam dan mudah jatuh cinta.

Ada seorang budak luar hantar nota untuk berkenalan. Aku yang mula nak kenal dunia terimanya. Perhubungan kami hanya melalui surat sahaja. Aku lupa berapa lama perhubungan surat itu hingga aku tukar sekolah.Di sekolah baru aku jatuh cinta pula dengan konduktor bas yang aku naik setiap hari. Aku jadi bersemangat untuk ke sekolah sebab nak tengok konduktor ni dari jauh pun jadilah. Aku sekolah sesi petang. Konduktor ni pula bas pukul 11.00 pagi. Jadi setiap hari aku akan pastikan awal untuk ke sekolah sebab aku nak jumpa konduktor ini. Tapi aku masih tetap sama pemalu pendam perasaan dari jauh.Hanya berangan sorang2 aje.

Kemudian aku pindah sekolah. Kali ni jatuh cinta dengan rakan sekelas. Dia bukanlah kategori hensem tapi aku suka potongan rambut dia. Tahap angau aku ni sampaikan solat jadi tak khusyuk teringat dekat dia.

Masih lagi sesi aku yang pemalu jatuh cinta dalam diam. Masa tu juga ada budak lelaki dengan beraninya luahkan perasaan kepadaku. Aku dengan angkuhnya tolak sebab hatiku masih angau kat orang lain. Selain itu waktu itu musim abang angkat kakak angkat. Aku tidak terkecuali adalah seorang senior yang kacak dan popular di sekolah waktu itu nak jadikan aku adik angkatnya. Aku pun jadilah adik angkatnya.

Cinta monyet bertepuk sebelah tangan tidak berakhir disitu sahaja. Bersambung ke cerita Zaman Kolej yang semakin panas...

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now