Aloha 32

378 15 4
                                    

Syania menghantar kami ke KLIA seawal 6.00 pagi. Kami sarapan sebentar di cafe sekadar mengalas perut. Aku masih mencari roti garlic dan sup mushroom. Segelas fresh oren tanpa ais menjadi santapanku pagi ini. Mbak Dalima juga memilih bubur nasi dan roti garlic bersama air putih. Aku terpegun melihat Syania menyuap anaknya yang berusia 3 tahun dengan segelas horlick dan spaghetti carbonara.

Syania terpaksa meninggalkan aku kerana dia perlu masuk kerja. Sebelum itu dia terpaksa menghantar anaknya ke rumah pengasuh.

Aku melihat jam di tangan. Masih terlalu awal. Boarding pas di dalam beg aku belek. Ada 1 jam lagi masa free sebelum check in. Aku mengajak Mbak Dalima untuk ke balai pemeriksaan.

Jam di tanganku sudah hampir 7.45 pagi. Aku mengucapkan terima kasih kepada Syania yang sudi menghantar aku. Dia juga harus masuk kerja.

Aku duduk di bangku sambil meriba beg. Memerhati sekeliling. Kemunculan sekumpulan petugas anak kapal membuat aku leka memerhati. Bahagianya kelihatan mereka apabila berjalan sekumpulan sambil bergelak ketawa. Dan di belakang sekali kelihatan seseorang yang sangat aku kenali. Jantungku jadi gemuruh . Aku cuba menunduk membaca risalah yang aku ambil di tepi cafe tadi. Ekor mataku sempat lagi menjeling ke arah kumpulan itu yang semakin menghampiri. 

" Sayang...! Sayang nak ke mana ni?" Dia sudah berdiri di depanku. Aku jadi cuak untuk berdepan dengannya. Aku tidak ingin memandang wajahnya. ..

Ooopss..  itu hanya khayalanku. Kumpulan itu melintasiku dan meninggalkan aku yang masih menunduk. Aku tahu dia ada dalam kumpulan itu. Dari belakang aku lihat dia memeluk pinggang seseorang dan yang pastinya bukan aku. Hatiku semakin sakit. Aku tanam tekad tidak akan berharap lagi. Cukuplah aku dari terus di sakiti.

~~~*~~~~~

Aku  berteleku di bangku melepaskan kelelahan setelah hampir 1 jam lebih terperuk di kerusi kelas 1 penerbangan dari KLIA ke Bandung. Akhirnya Lapangan Terbang Seoharto aku jejaki lagi untuk kali ini setelah sekian lama aku tinggalkan di zaman bergelar pelajar beberapa tahun lepas.

Mbak Dalima masih setia menemaniku dengan wajah yang ceria kerana dapat pulang ke tanahairnya. Aku meraba pipiku yang hangat. Terasa sungguh indah bermimpi apabila sidia mencium pipiku. Seolah ianya adalah realiti yang nyata. Sungguh aku tidak nafikan aku rindu kucupan itu.

" Cella, Mbak senang dengan senyumanmu. Sudah lama Mbak tidak melihat senyuman manismu ini ," Mbak Dalima menegurku tiba-tiba. Aku kaget dan tersipu. Segan, mungkinkah dia perasan dengan keceriaan wajahku ini. 

Ya, untuk apa aku bersedih lagi. Aku ke sini untuk satu kehidupan yang baru. Meninggalkan kekalutan dan kesedihan di nun sana seberang selat Melaka. Buka buku baru. Itu kata-kata mummy. Entahlah kenapa aku seolah tidak dapat lupakan keberkaitan dengan dia. Walaupun mummy adalah ibu mertuaku tapi keakraban ini menjadikan aku amat menyayanginya. Bahkan dia lebih rapat denganku berbanding bondaku sendiri. Dia seorang ibu yang sangat memahami dan menyayangi anak-anaknya bahkan aku satu-satunya menantu yang sudah menjadi seperti anaknya sendiri.

Sekali lagi aku meraba pipiku. Kehangatan ciuman itu membuat aku rasa sakit. Pedih dan ngilu menusuk tangkai hati. Benci...! Benci ! Benci aku untuk mengenanginya walaupun ianya sekadar mimpiku di kerusi empuk kelas 1 penerbangan itu. 

Kesakitan itu semakin menyucuk apabila mataku terpandang ke arah kananku. Sekali lagi sekumpulan anak kapal lebih kurang 7 orang menarik perhatianku untuk memandangnya. Pedih dan ngilu melihat hayunan langkah mereka yang penuh ceria dan senda gurau. 

Mataku masih mencuri pandang seseorang yang berjalan di belakang sambil mengheret luggage dan beg sandangnya. Dia berjalan menunduk. Wajahnya..! Wajahnya sangat sarat dengan kesayuan. Sudah 5 bulan aku tidak memandang wajah itu dengan teliti. Aku melihat wajahnya dicukur licin. Tiada lagi kumis dan jambangnya yang nipis dan seksi padaku.

Serenity Of LoveWhere stories live. Discover now