chapter 2

591 29 2
                                    

Arghh perlu ke masuk sekolah ni ? Apa takde sekolah lain dah ke ? Kenapa mesti dia ? Dalam banyak banyak negeri ada dekat Malaysia ni Ipoh jugak yang dia pilih . Nak semak dekat sini tu apahal . Eeyy rosak first day aku . Rungut syafira.

Atyla dan alia menuju ke arah shafira yang sedang asyik mengelamun.

Buukkkk !
" woi , kau mengelamun apa !" Kata atyla dan alia serentak .

" aduh sakitlah ngok , agak agak lah " shafira mencebik .

" hehe sorry la , aku tengok kau jauh sangat mengelamun teringat kan buah hati ke ?" Usik atylla lalu ketawa.

" nonsense " shafira bingkas bangun dari tempat duduknya menuju ke arah kantin . Tak kuasa dia ingin melayan karenah dua orang kawan nya itu .

Atylla dan alia mempercepatkan langkah mengejar shafira .

" tunggu la woi , tak ingat kawan betul " jerit alia daripada belakang .

**********

15 minit selepas membeli makanan , mata fira melilau mencari kelibat atyla dan alia .

" fira ! Sini " panggil atyla apabila melihat fira seperti bingung mencari mereka .

Fira segera melangkah ke arah mereka.

" jauhnya, penat aku cari. Lainkali tunggu lah aku ni tak main tinggal je " bebel shafira.

Tiba tiba dia terasa ada seseorang duduk di bersebelahan nya. Sungguh terkejutnya dia apabila melihat orang yang berada di sebelah nya adalah .....

Korang rasa siapa ?

" apahal kau tiba tiba duduk sini , dah takde tempat lain ke " tanya shafira .

Aizriel mengangkat bahu dan terus makan.

" argh semak , dalam kelas nampak muka kau takkan la rehat pun aku nak hadap muka kau. Meluat aku lah ". Fira menjulingkan matanya .

" ada aku suruh kau pandang muka aku ke ? Takkan so, boleh tak jangan kacau aku makan "

Atyla , farah dan alia hanya memerhati kelakuan mereka berdua. Mereka bertiga berpandang sesama sendiri lalu menggelengkan kepala. Tapi apakah sebenarnya hubungan mereka berdua ?

" hey korang ni nak makan ke nak gaduh. Nak gaduh bukan sini tempatnya . tu tu tu nampak tak tulisan tu ' KANTIN '. So kalau taknak makan korang boleh berambus " akhirnya atylla bersuara

Siapa sahaja tak kenal dengan sikap kawan mereka yang sorang itu. Takde sifat penyabar langsung.

Shafira dan aizriel terdiam . aizriel menoleh ke arah shafira lalu memberikan senyuman namun senyuman nya mati apabila shafira memberikan jelingan maut kepadanya.

Selepas dimarahi atylla, tiada siapa berani mahu membuka mulut. Keadaan di meja makan itu senyap. Selepas menghabiskan sandwich, aizriel bingkas bangun. Tidak betah dia nak duduk lama lama di situ. Lain yang di rancang lain pulak yang jadi..

**********

Aizriel melangkah masuk ke dalam kelas. Baru sahaja dia melabuhkan punggung nya bahunya ditepuk dengan kuat.

" woi sakitlah " jerit aizriel. Terasa sengal di bahunya .

" kau rehat dengan siapa tadi " tanya zarish .

" adalah, tak payah nak sibuk "

" kau tahu tak aku separuh mati cari kau, kau boleh tinggalkan aku". Bebel zarish.

Aizriel malas mahu melayan karenah zarish kalau bab membebel ni serah je dekat dia sampai esok pun belum tentu habis. Tak pasal pasal kejadian beberapa tahun lepas pun diungkitnya.

" hoi kau dengar tak aku cakap apa tadi " marah zarish.

" yow bro " sapa iqbal dan darwin.

" ha nasib baik korang datang, takdelah aku nak dengar mamat ni membebel. Boleh bernanah telinga aku ni dengar " balas aizriel dengan riak selamba.

" apa ni kecoh kecoh , relax la bro " kata iqbal.

" takde apa lah " kata zarish selamba.

" weh korang cikgu ada mensyuarat harini , so buat kerja masing masing dan jangan bising nanti aku pulak yang kena " kata aiman selaku ketua kelas 5 orkid.

" yeayyy " bingit kelas itu.

Zarish apa lagi, mulalah nak korek rahsia orang. Dia menarik kerusinya menuju ke iqbal dan darwin.

" weh bro, aku nak tanya ni hehe " kata zarish sambil tersengih ke arah mereka.

"Apa "kata iqbal dan darwin serentak . aiceh dah macam buat chores speaking.

" korang ada awek tak ?ye la, aku tengok korang ni boleh tahan macho la jugak. Takkan takde awek ? Ala story la. Dengan member pun nak berkira ke. Zarish cuba memujuk iqbal dan darwin untuk bercerita tentang aweks mereka.

" perlu ke aku cerita dekat kau ? Tah tah kau nak sambar awek aku. Woo woo tak boleh tak boleh " kata iqbal .

" ha kan. Nanti kau sambar awek aku , aku nak cari mana ? Ingat senang ke nak pilih awek. Darwin juga menyokong kata-kata iqbal. Siapa tak sayang awek weh ? Hahahaha.

" ishh tak la. Aku nak tau je kisah korang dengan awek korang. Tak terfikir lagi nak rembat awek orang ok. Tak main la ambik bekas orang ni." Bangkang zarish.

" serious ni ? Ok aku cerita la. Aku mana ada awek hahahahah".kata iqbal dan terus gelak." Tapi adalah minat dekat sorang ni ".

"Siapa ? Oohh tak bagitahu aku pun . sampai hati". Kata darwin sambil mencebikkan bibirnya tanda protes.

Aizriel sekadar mendengar dan langsung tiada niat untuk bersuara atau mencelah.

" alololo, ye la aku nak bagitahu la ni" kata iqbal yang cuba memujuk darwin. Darwin ni manja ek! Tengok je jambu hahahaha. " girl tu kelas kita. Lama dah aku suka dia tapi takde chance nak masuk line. Susah siott nak tackle dia! Adalah haritu aku usha dia, then aku nampak ada sorang lelaki ni kasi bunga dekat dia. Kau tahu dia buat apa ?

" dia buat apa, dia buat apa ?" kata zarish teruja.

" dia ambik bunga tu " kata iqbal dalam nada yang agak sedih. Lelaki lain kasi bunga dekat crush kita ingat tak sedih ke ? Lelaki pun ada perasaan ok!

" kesiannya kau, then ' si dia ' tu buat apa ?dia senyum ke ? Mesti menari nari kan ? Ye la, dapat bunga dari lelaki, girls mana yang tak suka kan?"

" part ni aku suka hahahaha. Dia ambik, tapikan dia terus bagi bunga tu dekat pelajar perempuan lain. Perempuan tu apalagi suka la dia bila dapat tahu lelaki yang kasi. ' si dia ' terus tengking lelaki tu and terus blah macam tu je. Happy ending bukan ? "

Happy ending untuk kau je la, bukan orang lain " kata darwin lagi.

" eh tapikan, apa nama ' si dia ' tu ?" Zarish bersuara untul memenuhkan rasa ingin tahu tentang perempuan tersebut.

" nama dia Aryana Shafira " iqbal menyebut nama itu dengan satu nafas sahaja.

Aizriel yang senyap dari tadi terus batuk dengan kuat apabila terdengar nama shafira. ' betul ke apa yang aku dengar ? Iqbal suka shaf ?' Desis hati aizriel.

" kau ok tak ni riel ? Bukan main kuat kau batuk " kata zarish yang agak risau dengan keadaan aizriel.

" ak..ak..aku ok. batuk sikit je, tersedak air liur " kata aizriel sambil tersengih.

" haish buat kalut je kau ni " kata darwin pula .

" so sekarang ni, kau still suka dekat dia lagi lah?" Tanya aizriel. Wahh tak pernah pernah menyampuk baru sekarang nak tanya hahahaha.

" suka tu suka la tapi takde la sampai nak couple dengan dia. Aku tengok dia ni pun macam tak layan lelaki sangat je. Mana taknya lelaki baru nak masuk line dah kena tengking. Sama je empat empat tu. Elok sangat lah " kata iqbal lagi.

" ouh " kata aizriel dengan riak wajah yang yang lega dan sedikit pelik.' Sampai macam tu sekali ke dia berubah 'desis hati aizriel lagi..

All About Us " Where stories live. Discover now